Pelajar luar sertai program inap desa

22/01/2010

MELAKA 21 Jan. – Seramai 32 pelajar luar negara Kolej Antarabangsa Nilai akan menyertai program inap desa yang akan diadakan di Kampung Alai dekat sini selama empat hari bermula esok.

Pengarah Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa kolej itu, Shadan Othman berkata, semua penuntut yang terlibat dengan program itu berasal dari Kenya, Tanzania, Zimbabwe, China, Pakistan dan Uganda.

Menurutnya, sepanjang program tersebut, para peserta akan didedahkan kepada kehidupan sebenar masyarakat kampung di samping mendalami keunikan adat istiadat perkahwinan penduduk Melayu Melaka.

”Mereka akan terlibat dalam aktiviti gotong-royong persiapan majlis perkahwinan mengikut adat Melayu Melaka bermula daripada majlis pertunangan sehingga majlis persandingan.

”Seekor lembu akan disembelih sempena majlis tersebut yang akan bermula pada sebelah petang dan beberapa acara tradisi lain diselitkan seperti berzanji, majlis cukur jambul, pertunjukkan bunga api dan juga persembahan dondang sayang,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, pelajar terbabit yang bakal tinggal bersama keluarga angkat mereka sepanjang program tersebut berlangsung akan diraikan pada majlis suai kenal di Balai Raya Baruh Alai.

Pada hari kedua program katanya, para peserta akan dibawa melawat ternakan lembu tenusu, perusahaan kuih tradisional dan dodol serta menyertai acara permainan sukan tradisional.

”Pada sebelah malam pula mereka akan dibawa menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot Melaka Rivercruise,” ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Kem motivasi anak soleh

22/01/2010

HULU SELANGOR 21 Jan. – Pusat Pengajian al-Quran Sistem Individu menjemput orang ramai yang berminat untuk menghantar anak mereka ke kem sehari motivasi anak soleh yang akan diadakan pada 30 Januari ini.

Menurut kenyataan pusat itu, kem yang akan diadakan di Rock Resort, Kilometer 7, Jalan Sungai Tua itu terbuka kepada mereka yang berumur tujuh sehingga 17 tahun.

Kata kenyataan itu lagi, antara aktiviti yang akan dijalankan ialah treking hutan, flying fox, camp fire, explorace dan mandi sungai.

Orang ramai yang berminat boleh terus menghubungi pusat itu di talian 019-2202327, 019-9207442, 03-41053542 atau melayari http://www.pupaqsi.edu.my untuk pendaftaran dalam talian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_07.htm

Rosmah jemput pelajar New Delhi sertai Permata Pintar

22/01/2010

NEW DELHI 21 Jan. – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menjemput pelajar-pelajar di New Delhi School, sebuah sekolah untuk pelajar-pelajar cemerlang di sini menyertai program Permata Pintar yang dicetuskan oleh beliau di Malaysia.

Dalam lawatannya ke Delhi Public School di sini, beliau berucap kepada 300 pelajar dan guru sekolah itu juga memaklumkan akan memanjangkan jemputan yang sama kepada pelajar-pelajar di negara lain.

Menjawab soalan seorang pelajar mengenai program itu, Rosmah berkata, Permata lahir atas sifat keibuannya yang mahu melihat generasi hari ini tidak dipersia-siakan.

Beliau yang berkongsi pengalaman mengenai perkembangan Permata Negara dan Permata Pintar memberitahu, program Permata telah diperkembangkan dengan kewujudan Permata Seni Muzik dan Permata Seni Koir.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

New Delhi School menempatkan pelajar cemerlang dalam lingkungan umur 3 hingga 17 tahun.

Rosmah juga menegaskan, adalah penting generasi muda di dunia ini berinteraksi dan memahami antara satu sama lain yang berbeza budaya, fahaman dan cara hidup.

”Semangat saling hormat menghormati dan bekerjasama perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak tanpa mengenal batas sempadan, budaya, agama dan cara hidup bagi memastikan dunia akan terus aman dan terpelihara,” katanya.

Beliau juga menekankan perlunya diadakan interaksi dan dialog untuk golongan kanak-kanak dari seluruh dunia agar mereka dapat membincangkan langkah-langkah bagi memastikan kesempurnaan hidup mereka pada masa akan datang.

Rosmah turut mencadangkan supaya diadakan pertandingan koir kanak-kanak peringkat antarabangsa. – UTUSAN

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Pelajar sarjana mohon PTPTN pertimbang kurang bayaran bulanan

22/01/2010

SURAT

SAYA adalah antara ribuan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sekalung penghargaan untuk pihak kerajaan kerana menyediakan ‘bank’ untuk rakyatnya demi mendapat segulung diploma atau ijazah. Ini sesuatu yang perlu diakui.

Untuk makluman, pada 15 Oktober lalu saya menerima surat daripada PTPTN menyatakan saya menangguh pembayaran PTPTN. Saya kecewa menerima surat ini disebabkan hampir setiap bulan saya membayar tanpa gagal walaupun dengan jumlah yang sedikit iaitu RM100.

Saya sudah menulis surat kepada pihak PTPTN bertarikh 26 Oktober 2009 untuk memohon pertimbangan pengurangan bayaran, namun pihak PTPTN tidak dapat mempertimbangkannya. Hal ini berikutan alasan yang saya kemukakan tidak menepati prosedur ditetapkan. Untuk makluman, saya sekarang sedang menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Di dalam surat jawapan, permohonan tidak diluluskan oleh kerana saya adalah pelajar separuh masa atau program luar kampus. Adakah ini realistik? Mana mungkin, saya perlu berhenti kerja semata-mata untuk menyambung pengajian bagi menepati syarat PTPTN.

Saya sendiri menggunakan pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk membiayai yuran, namun tidak juga mencukupi sebaliknya perlu ditambah sendiri. Sepatutnya, menyambung pengajian tidak perlu diletakkan sebagai syarat memandangkan tidak ramai yang ingin menyambung pengajian ketika bekerja, apatah lagi untuk golongan yang sudah berumah tangga.

Saya tidak memohon untuk menangguhkan pembayaran sebaliknya hanya pengurangan. Untuk golongan ini, sudah pasti niat mereka suci murni iaitu bagi memperbaiki taraf hidup keluarga, serta menyumbang ke arah pembangunan negara.

Tiada bezanya untuk sepenuh atau separuh masa. Semuanya melalui proses dan penilaian sama. Jadi adakah syarat ini relevan dan menepati kehendak masyarakat. Pihak PTPTN sendiri sebelum ini meletakkan sesuatu polisi iaitu mesti selari dengan kehendak dan aspirasi rakyat, oleh kerana penubuhan PTPTN ini juga adalah untuk rakyat.

Mengikut matematik, jumlah keseluruhan pinjaman saya adalah sebanyak RM63,000 yakni diploma sebanyak RM15,000 dan ijazah pertama RM48,000. Mengikut jadual PTPTN termasuk caj perkhidmatan, saya perlu membayar RM450 sebulan.

Dengan gaji yang tidak seberapa saya tidak mampu membayar jumlah terkumpul serta ansuran yang bakal mencecah RM500 sebulan.

Setiap bulan, caj perkhidmatan akan terus meningkat disebabkan PTPTN mengamalkan sistem dua akaun. Sebagai contoh, saya membayar ansuran untuk peringkat diploma tetapi untuk ijazah caj perkhidmatannya akan terus naik tanpa belas ihsan.

Selepas, menerima surat balasan saya menghubungi pegawai PTPTN untuk cuba berbincang. Alangkah ‘moleknya’ apabila mendengar jawapan ‘Encik… CEO kami sudah membuat keputusan, jadi encik mesti bayar seberapa segera yang boleh jika tidak bakal berdepan tindakan undang-undang.’

HISWADI ANUAR,
Pulau Pinang.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Surat/20100121223859/Article/index_html