Selangor allocates RM16mil for schools

21/01/2010

SHAH ALAM: The Selangor Government has allocated RM16mil for development of schools in the state, said state Education and Higher Education committee chairman Dr Ha­li­mah Ali.

“The application is open to all including Chinese, Tamil and religious schools from now till April 1,” Dr Halimah told reporters after the weekly state executive council meeting here yesterday.

She said the schools could obtain the application forms from their respective elected representatives offices or her office.

On a separate issue, Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the state would set up an entrepreneurs’ campus here to speed up the state’s transformation into a knowledge-based economy.

The campus would be able to provide relevant services including designing organisational structure, marketing operation and supply chain management, he said.

Khalid also said that the state had identified I-City in Section 7, here as the location for the campus.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/21/nation/5513908&sec=nation

Three rob Chinese primary school

21/01/2010

KUALA LUMPUR: Three men ar­med with machetes robbed a Chinese primary school in Puchong of RM20,000 and injured one of the two school guards yesterday.

Subang Jaya police chief ACP Zainal Rashid Abu Bakar said in the 2am incident, the suspects attacked the guards before they jumped over the fence into the compound.

Both guards were tied and drag­ged to the school office where the suspects broke the steel cabinet containing RM20,000 in cash. — Bernama

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/21/nation/5516531&sec=nation

Minda Pengarang: Syarat ambilan ikut ijazah mampu lahirkan pendidik berkualiti

21/01/2010

TAHNIAH kepada 1,473 calon yang terpilih untuk menyertai Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi sesi ambilan Januari 2010. Mereka adalah kelompok yang sangat bertuah menyedari persaingan mendapatkan tempat mengikuti kursus itu amat sengit kerana kementerian menerima kira-kira 60,000 permohonan. Kita berasa cukup bangga kerana angka permohonan yang tinggi membuktikan minat terhadap profesion keguruan dalam masyarakat hari ini masih amat menebal, di sebalik pelbagai isu yang dikatakan membelenggu kerjaya murni berkenaan. Jika sekalipun ada pemohon itu ialah mereka yang ‘terpaksa’ kerana gagal mendapat peluang dalam kerjaya yang diinginkan, angka 60,000 permohonan itu tetap membuktikan ramai memang memilihnya sebagai profesion mereka. Kita cuma berharap 1,473 calon yang terpilih itu adalah mereka yang benar-benar menanam hasrat untuk menjadi guru demi membela nasib anak bangsa dan memartabatkan agenda pendidikan negara. Dalam konteks ini, langkah kementerian mengetatkan syarat pengambilan dengan menetapkan semua calon mesti memiliki ijazah dalam pengajian yang sesuai dengan kursus amat tepat sekali. Ini dapat menjadikan proses tapisan calon yang berjaya lebih relevan dengan kehendak dan cabaran kerjaya terbabit, sekali gus meningkatkan daya saing apabila mereka berkhidmat kelak. Ia juga sejajar pendekatan KPLI yang lebih menjurus kepada aspek pedagogi kerana semua calon yang terpilih sepatutnya sudah mempunyai ilmu yang cukup ketika mengikuti pengajian peringkat ijazah.

Selain itu, langkah kementerian mengutamakan faktor tempat ketika memilih calon juga dilihat sebagai pendekatan proaktif untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir berkhidmat di pedalaman. Ia juga mampu menangani isu penghijrahan guru daripada terlalu berleluasa sehingga memberi impak negatif kepada sistem pendidikan. Kita cuma berharap selepas ini, calon tidak melancarkan strategi baru untuk meningkatkan peluang mereka terpilih mengikuti KPLI dengan menggunakan alamat ‘transit’ di lokasi kekurangan guru. Kementerian perlu mempunyai kaedah khusus untuk mengenal pasti taktik sedemikian bagi mengelak masalah sama terus berulang selepas calon terbabit berkhidmat sebagai guru. Satu lagi isu yang harus ditangani ialah ketidakseimbangan antara calon lelaki dan wanita yang memohon mengikuti KPLI. Walaupun ketika ini jurang bilangan antara guru lelaki dan wanita belum sampai ke tahap membimbangkan, angka permohonan menunjukkan ada kemungkinan ia akan terus melebar pada masa depan. Tindakan sewajarnya perlu diambil bagi menangani masalah itu demi memastikan pelbagai inisiatif yang dirancang dapat dijayakan sewajarnya. Dalam pada itu, kita berharap semua calon yang terpilih untuk menyertai KPLI tahun ini mampu memikul amanah mereka sebaiknya demi memastikan masa depan negara terus terjamin, sejajar keutamaan yang diberikan kerajaan terhadap bidang pendidikan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Rencana/20100121004954/Article/index_html

Program pembangunan profesional tingkat martabat, baiki kualiti guru

21/01/2010

Oleh Norsayyidatina Che Rozubi
rencanabh@bharian.com.my

PENGUMUMAN Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan sedar wujud keperluan mendesak untuk meningkatkan kualiti guru dengan pesat menerusi program pembangunan profesional yang berterusan adalah berita gembira dan ditunggu-tunggu oleh seluruh warga pendidik di Malaysia. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran itu meniupkan semangat baru untuk warga pendidik memajukan diri mereka.

Antara strategi dirangka untuk memartabatkan profesion perguruan ialah meningkatkan kualiti guru dengan menaikkan taraf semua maktab perguruan kepada institut pendidikan guru yang menawarkan program pada peringkat ijazah. Di samping itu, kementerian akan memperketat syarat pemilihan guru pelatih, menambah baik persekitaran pengajaran, menaikkan imej, menanam harga diri dan semangat tinggi di kalangan guru serta memberi sokongan berterusan kepada profesion perguruan.

Selain itu, Kementerian Pelajaran akan menyediakan banyak peluang peningkatan kerjaya, termasuk peluang kenaikan pangkat kepada guru dan pengetua cemerlang sebagai insentif untuk terus meningkatkan pencapaian, sekali gus membolehkan pengajaran dan pembelajaran lebih baik. Ini seharusnya dilihat sebagai usaha dan perkembangan positif dalam memartabatkan profesion perguruan kerana program pembangunan profesional yang berterusan mensasarkan kepada matlamat mempertingkatkan kompetensi, ilmu pengetahuan serta kebolehan guru.

Strategi ini juga bertujuan memberi galakan kepada individu yang berkebolehan dan berbakat menyertai profesion perguruan dan melihat bidang ini mempunyai prospek kerjaya menarik. Segala strategi ini dijangka mampu memberi motivasi dan galakan kepada guru untuk lebih bekerja keras dalam menjalankan amanah mendidik anak bangsa yang menjadi pewaris masa depan negara.

Profesion perguruan sentiasa dilabelkan sebagai satu kerjaya mudah, tidak mencabar, masa bertugas yang pendek, banyak cuti dan sebagainya. Kenapa kita sering mendengar persatuan perguruan meminta pelbagai tuntutan daripada kerajaan, mengapa kita sering membaca luahan guru yang tidak berpuas hati dengan beban tugas yang pelbagai. Jawapannya cukup mudah kerana guru adalah satu profesion yang dipertanggungjawabkan dengan beban tugas pelbagai. Pengalaman dan pemerhatian mendapati guru bukan saja memainkan peranan untuk mengajar dan mendidik, malah lebih daripada itu.

Guru memainkan peranan yang pelbagai selain penekanan bidang akademik pelajar, guru juga perlu memastikan kokurikulum pelajar juga seiring dengan pencapaian akademik. Itu tidak lagi termasuk tugas pengurusan dan pentadbiran contohnya mesyuarat tidak kira masa termasuk pada hari minggu, mengiringi pelajar untuk projek sekolah ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Individu yang terbabit dalam bidang perguruan antara warga Malaysia yang berkebolehan, cemerlang akademik, berkelulusan tinggi, berbakat dan berjaya dalam pelbagai aspek. Namun, mengapa individu yang cemerlang dan menjadi aset berguna ini memilih profesion perguruan berbanding profesion lain yang lebih hebat seperti perubatan, kejuruteraan, perakaunan, perundangan dan sebagainya. Individu ini berjiwa besar dan mencintai anak bangsa dan melihat bidang perguruan sebagai wadah untuk mereka mendidik anak bangsa dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki.

Walaupun ganjaran dan pendapatan diperoleh tidak memadai dengan tanggungjawab dipikul dan ilmu dimiliki, golongan guru tetap menjalankan amanah diberikan sebaik mungkin. Kenapa tidak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran yang menjadi payung kepada seluruh guru di Malaysia mempertimbangkan sedikit ganjaran atau insentif khas kepada guru untuk menghargai pengorbanan mereka selama ini mendidik dan meluangkan masa tanpa berkira mendidik anak kita sehingga berjaya menjadi manusia berguna.

Guru tidak pernah mengharapkan sebarang ganjaran apabila melihat kejayaan anak kita, cukuplah sekadar sumbangan guru dihargai dan diingati. Namun, masyarakat sering tidak meletakkan guru pada tempat sepatutnya dengan segala penat lelah yang mereka sumbangkan.

Sekiranya profesion perguruan tidak dimartabatkan pada tempat sepatutnya pada hari ini, kesannya pada masa akan datang bidang perguruan tidak lagi dipandang tinggi dan kurang penyertaan golongan profesional kerana ganjaran tidak setimpal dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, kemahiran dan ilmu dimiliki mereka.

Ganjaran bukanlah isu utama kepada guru, namun tanggungjawab mereka juga bertambah seiring dengan kemajuan negara dalam membentuk modal insan berkualiti. Oleh itu, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan cadangan untuk memastikan profesion guru di Malaysia mencapai standard kualiti yang diingini, menjadi prospek kerjaya yang menarik, memberi motivasi kepada guru untuk terus menjalankan amanah dan memartabatkan profesion guru di mata masyarakat Malaysia.

Penulis ialah pelajar sarjana Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan UKM

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Rencana/20100121005440/Article/index_html