Program pendidikan probiotik fokus kesihatan usus

KESEDARAN mengenai kepen­tingan penjagaan kesihatan usus terutama kepada murid te­rus dipergiat bagi memastikan masyarakat memahami secara menyeluruh kepentingan me­ngekalkan sistem penghadaman yang sihat.

Presiden Persatuan NutrisiMalaysia (NSM), Dr. Tee E. Siong berkata, sejajar dengan usaha itu, pihaknya melancarkan program pendidikan probiotik bermula di sekolah melalui kempen dan pengetahuan untuk makan secara sihat dan aktif setiap hari sebagai kunci amalan gaya hidup sihat.

“Melalui program itu, pihak­nya juga memberi kesedaran bahawa setiap individu tidak seharusnya mengabaikan kesihatan usus walaupun masalah berkaitan sistem penghadaman tidak mengancam nyawa namun tetap mengganggu kehidupan.

“Fakta Kesihatan 2017 Kementerian Kesihatan menunjukkan rakyat negara ini mempunyai tahap kesihatan usus yang kurang memuaskan dengan penyakit berkaitan usus dilaporkan sebagai punca keempat kemasukan ke hospital swasta dan menjadi punca ketujuh kemasukan ke hospital awam serta punca keenam kematian di kedua-dua jenis hospital,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran Program Pendidikan Probiotik di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Objektif program itu adalah untuk membantu masyarakat mem­punyai pemahaman lebih men­dalam tentang probiotik dan bagaimana ia boleh mem­pe­ngaruhi kesihatan usus di sam­ping merungkai sebarang salah faham berkaitan produk probiotik.

Untuk itu, pihaknya mengedarkan buku Probiotik: Bakteria Baik untuk Kesihatan yang boleh didapati dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Cina.

Informasi tentang kesihatan usus yang mudah difahami oleh orang awam juga boleh diperoleh secara percuma di laman rasmi http://www.nutriweb.org.my/probiotics.

Selain itu, poster-poster infografik dengan gaya visual yang menarik juga dipaparkan di kli­nik dan sekolah terpilih.

Advertisements

Perkasa harap kerajaan baharu tidak iktiraf UEC

KUALA LUMPUR 20 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berharap Kementerian Pendidikan yang akan diterajui oleh Dr. Maszlee Malik tidak akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk digunakan dalam mana-mana urusan kemasukan ke institusi pengajian tinggi atau tujuan lantikan perjawatan kerajaan.

SIRAJUDDIN SALLEH
SIRAJUDDIN SALLEH

Timbalan Presidennya, Datuk Sirajuddin Salleh berkata, hal demikian ini kerana peperiksaan untuk sijil tersebut tidak menggunakan kurikulum kebangsaan serta pengajaran dan pembelajaran adalah sepenuhnya dalam bahasa Mandarin.

“Mengiktiraf UEC adalah melanggar Akta Pendidikan 550 yang hanya mengiktiraf pendidikan yang berteraskan kurikulum kebangsaan.

“Selain itu, Perkasa berharap kedaulatan bahasa Melayu dapat diperkukuh dalam semua aspek pengajaran dan pembelajaran dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. Melalui pendidikan, bahasa Melayu akan terus dijulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Teach For Malaysia kukuhkan sokongan terhadap KPM

KUALA LUMPUR 18 Mei – Pihak Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) akan sentiasa menyokong transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) demi pemerkasaan pelajar, pelaksanaan inovasi pembelajaran dalam abad ke-21 dan berusaha untuk menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan utama oleh generasi muda.

Pengarah Urusan Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) berkata, berdasarkan kadar pembangunan teknologi yang pesat serta cabaran besar yang dihadapi masa kini sudah tiba masanya untuk memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan emosi dan sosial, serta menukar sesi pembelajaran di dalam bilik darjah supaya menjadi lebih menarik.

“Kami berharap semua pelajar diperkasakan untuk menjadi seorang pemimpin masa hadapan negara yang bertanggungjawab bukan sahaja pada pembelajaran mereka tetapi juga untuk masa hadapan mereka dan ini perlu dimulakan di dalam bilik darjah.

“Bagi mencapai visi ini, negara kita memerlukan pemimpin-pemimpin yang berpotensi untuk bekerjasama dengan komuniti-komuniti tempatan agar pelajar kita dapat diperkasakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

YTFM merupakan sebuah organisasi yang mempunyai misi agar kanak-kanak di Malaysia boleh mendapat pendidikan yang cemerlang melalui kerjasama dengan KPM untuk memberi impak di sekolah KPM yang paling mencabar.

Tambah beliau, salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan pelajar adalah kualiti pendidikan dan pendidikan yang diselaraskan dalam sistem sejajar dengan janji kerajaan untuk menjadikan sekolah awam pilihan terbaik untuk warganegara Malaysia.

Hamzah Tokoh Guru 2018 – Terima RM45,000 sumbangan Yayasan Tun Hussein Onn, Bank Islam

PUTRAJAYA 16 Mei – Bekas Guru Cemerlang Sains Gred Khas C, Hamzah Othman, 62, diangkat sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2018 sempena sambutan Hari Guru Pe­ringkat Kebangsaan Ke-47 di sini hari ini.

Beliau yang bersara awal pada 2010 dengan jawatan terakhir tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor, Terengganu menerima penghargaan dalam bentuk wang tunai RM45,000 sumbangan Yayasan Tun Hussein Onn dan Bank Islam, plak, pingat dan sijil penganugerahan.

Hadiah tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad dengan disaksikan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Semin.

Hamzah menyatakan sangat terharu dengan pengiktirafan yang diberikan itu memandang­kan beliau merupakan tokoh guru pertama yang dipilih bukan daripada kalangan pengarah atau pegawai kanan kementerian.

“Saya sangat terharu, bersyu­kur dan bangga kerana pertama kali guru bilik darjah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan kerana biasanya yang dipilih ialah di peringkat pengarah dan ke­pemimpinan.

“Saya mewakili guru dalam kelas rasa sangat teruja dengan pemilihan ini, saya juga ingin memberitahu bahawa apa jua dasar kerajaan atau secantik mana sekali pun kalau guru tidak mampu laksanakannya maka sistem itu akan gagal,” katanya kepada pemberita.

Hamzah pernah menerima Anugerah Inovatif Kementerian Pendidikan pada 2001 di sam­ping memenangi kategori Guru Inovatif Terengganu selama tujuh kali sejak 1993.

Pemilihan Hamzah berdasarkan sumbangannya dalam memperkasakan mata pelajaran Sains termasuk penghasilan Kaedah Pecutan Kognitif Sains yang diguna pakai sehingga kini oleh pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Selain itu, beliau turut menghasilkan modul Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) bagi menterjemahkan pelbagai teori dan cadangan pengajaran kepada amalan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada murid-murid.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof pula dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2018 di atas jasanya sepanjang menjawat jawatan tersebut selama tiga tahun bermula 2013.

Sementara itu, Anugerah Ikon Guru Inovatif Kebangsaan disampaikan kepada Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, Melaka, Jasmi Amin; Guru SMK Ayer Baloi, Johor, Haslena Abdul Aziz (Guru Cemerlang Pendidikan Khas); Guru SMK Padang Pak Amat, Kelantan, Mazlina Mohd. (Guru Cemerlang Orang Kurang Upaya) dan Guru Sekolah Kebangsaan Pos Musoh LZ, Perak, Azman Abdul Manaf (Guru Cemerlang Pendidikan Alternatif).

Selain itu, Guru Sekolah Kebangsaan Kubu, Melaka, Nor­hisham Jasmi dan Guru SMK Seremban2, Khairda Kamat ma­sing-masing dinobatkan sebagai johan Guru Inovatif bagi Kategori Individu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Bagi Anugerah Ikon Guru pula diberikan kepada empat orang guru iaitu Guru SMK Methodist, Sibu, Sarawak, Yew Ko Woo; Guru Sekolah Sukan Bukit Jalil, Mohamad Sukri Abdul Mutalib; Guru SMK Bintulu, Sarawak, Ling Sim Hie dan Guru di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Segamat, Johor, Ismadi Mohd. Arsad.

Guru pemacu transformasi pendidikan – M. Thirugnana Sambanthan

HARI GURU yang disambut setiap 16 Mei merupakan hari yang amat bermakna bagi warga pendidik. Semalam, para guru diraikan demi menghargai jasa dan menyanjungi pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa. Ia merupakan pengiktirafan masyarakat dan kerajaan atas sumbangan yang tidak ternilai dalam mencorak masa hadapan anak bangsa dan membangunkan negara.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai “Hari Guru” kerana pada tarikh inilah dalam 1956, Laporan Jawatankuasa Pelajaran yang dikenali sebagai “Laporan Razak” yang telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan telah diterima oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu.

Objektif sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di negara kita adalah:

1. Menitikberatkan peranan guru da­lam pembinaan kebangsa­an, pembangunan negara dan per­khidmatan kepada ma­sya­rakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk semangat perpa­duan ikhtisas dan muhibah di an­tara guru.

4. Meninggikan martabat dan ta­raf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru me­la­lui seminar, persidangan, me­­­­lanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya pera­nan itu lebih berkesan.

Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.

Tema ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai de­ngan lebih cepat dan berkesan.

Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan. Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasio­nal seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.

Tema ini bertepatan dengan peranan guru sebagai pemacu dan penterjemah dalam usaha menuju dan mencapai matlamat dan hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Demi merealisasikan agenda transformasi pendidikan, pera­nan guru amat diperlukan berkor­ban masa serta menempuh pelbagai cabaran dalam menjayakan misi ini dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

Prasyarat utama membina sebuah negara bangsa yang teguh, harmoni dan sejahtera dalam se­buah negara majmuk seperti Malaysia ini, adalah melalui pe­ngukuhan perpaduan, pembinaan identiti nasional, persefahaman dan saling meraikan kepelbagaian resam budaya dan keutuhan semangat kebangsaan bersesuaian dengan kepesatan pembangunan negara dalam menghadapi era dunia tanpa sempadan.

Peranan dan perjuangan guru telah terpahat dalam sejarah negara ini sebelum mencapai kemerdekaan lagi. Semangat perjuangan guru yang tulus gigih berjuang dan berani menentang pihak penjajah sentiasa terpahat dalam sejarah negara.

Kini, peranan guru telah ber­ubah kepada menyuntik perasaan perpaduan dan pembangunan negara, memperkukuh perkongsian nilai dan menyemarakkan lagi se­mangat patriotisme dan sifat cintakan negara dan bangsa dalam kalangan anak-anak kita. Sekolah-sekolah merupakan agen perpa­duan dan medan penyubur nilai sosial seperti semangat kekitaan, sifat toleransi, demokratik, saling hormat menghormati, taat setia kepada raja dan negara dan mempunyai keazaman untuk hidup bersama dengan bersepakat, rukun dan harmoni dalam masyarakat majmuk negara Malaysia.

Guru merupakan penggerak kepada pembangunan pendidikan dengan menyahut cabaran transformasi pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Menerusi transforma­si tersebut, peradaban bangsa boleh diperkukuhkan lagi melalui penghasilan modal insan yang dinamik. Guru juga berperanan memastikan generasi muda diberikan pendidikan berkualiti seiring era kemajuan terkini. Warga pendidik perlu melestarikan pembangunan profesionalisme bagi menyokong usaha pelaksanaan transformasi pendidikan negara ini. Melalui pendidikan berkualiti dan mantap, kita dapat menghasilkan murid bertaraf dunia dan mempunyai pemikiran kritikal abad ke-21 sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kerjaya guru masa kini memerlukan guru sentiasa me­lakukan anjakan minda dan per­u­bahan budaya kerja dengan memperbaharui pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran me­lalui pembelajaran berterusan. Akhlak dan budi pekerti yang telah dipelihara sekian lama ini perlu kita teruskan supaya guru terus dipandang tinggi dan menjadi teladan kepada anak didik dan masyarakat. Kita juga perlu menyayangi profesion keguruan kerana bakti luhur dan jasa murni guru sesungguhnya tidak terbalas.

Tanggungjawab kita sememangnya semakin hari semakin kompleks serta mencabar selaras dengan perkembangan yang amat pesat pada masa kini. Setiap ge­rak laku, tutur bicara dan tindakan para guru sentiasa menjadi perhatian dan dinilai oleh masyarakat. Marilah kita bersama-sama memastikan martabat profesion keguruan dipelihara, disanjung dan sentiasa dipertingkatkan. Jasa dan pengorbanan seorang guru itu sukar untuk dibalas walaupun dengan segunung intan dan emas permata.

Guru itu umpama lautan luas

Menghampar ilmu tak terluas

Bagai hempasan keras gelombang

Kepada murid mendamai tenang

Guru itu laksana gunung agung

Tinggi berbukit sabar iktibar

Persis batu dan pasir terdampar

Tugasnya mulia mendidik 
me­­ngajar

Selamat “Hari Guru” kepada semua kaum guru dan warga pendidik di Malaysia.

PENULIS ialah pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Nurturing interest in STEM

SCIENCE, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) permeate every aspect of today’s world, and the innovations that emerge from these fields underpin much economic development leading to the establishment of creative enterprises and rewarding careers.

People working in STEM are changing the face of the world we live in everyday, whether it is by making life-saving drugs and devices, researching new cures for cancer or creating new technologies that keep us healthier, safer and of course, entertain us.

Our education system plays a key role in equipping students with the knowledge, skills and dispositions to effect these changes.

“We need a national focus on STEM education in our early years settings and schools to ensure we have an engaged society and a highly-skilled workforce in place.

“This requires a clear understanding of STEM education in the Malaysian context. The embedding of this understanding across our education system will help transform the STEM education experience throughout the schooling years,” said Education director-general Datuk Dr Amin Senin.

STEM is at the heart of a new wave which is transforming the way we live and the way we work. STEM will help a competitive country to be part of the world’s developed countries.

The World Economic Forum’s report states that as many as 65% of children in primary school today will work in new, STEM-based fields in the future when they enter the workforce.

Let’s do it: Dr Amin (second from right) launching the STEM Colloquium in Kota Kinabalu.

Let’s do it: Dr Amin (second from right) launching the STEM Colloquium in Kota Kinabalu.

The Education Ministry has taken steps by introducing the Enhancing STEM Education initiative through the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 to encourage pupils to venture into STEM fields in secondary level and tertiary education.

It is vital as strong fundamental skills in STEM enables students to think critically and solve problems thus preparing them as highly skilled workers needed in the industry.

The initiatives to enhance STEM education have considered the six students’ aspirations and how to provide qualified and adequate students in the STEM field through three steps:

* Increase students’ interest through the new teaching and learning approach and the strengthening of the curriculum;

* Improve teachers’ skills and abilities; and

* Improve student and public awareness.

STEM education is multi-faceted and goes well beyond the main disciplines that constitute the acronym STEM.

The foundations for STEM education begin in early childhood. From the earliest years through their play experiences and family environment, children engage with the world in ways that can promote learning related to STEM.

“Young children naturally engage in early STEM exploration through hands-on multisensory and creative experiences.

“By engaging in these experiences, young children are developing curiosity, inquisitiveness, critical-thinking and problem-solving capacities which are built on through their primary and secondary school experience,” said Dr Amin.

Dr Azwan: All stakeholders need to work together to develop a connected learning network to benefit STEM education.

Education Performance and Delivery Unit (PADU) Student Learning executive director Dr Azwan Abd Aziz said that various activities and programmes are planned and will be implemented under the Enhancing STEM Education initiative.

The initiative targets to increase student’s interest in STEM subjects through the new teaching and learning approach and curriculum enhancement, improving teachers skills and abilities and raising student and public awareness on education and career in the STEM field.

The ministry hopes to produce students with the ability to think logically, are inventive, technology-savvy and are able to solve problems creatively and innovatively.

To sustain a supportive STEM education ecosystem, all stakeholders will need to work together to develop a connected learning network which is advantageous to all.

Multiple stakeholders have a role to play in supporting the STEM education experience of our young people so that we, as a nation, can overcome current misconceptions concerning ability and/or gender. Creating a sustainable STEM education ecosystem is the responsibility of the wider society and will play a key role in enabling and encouraging learners to become active and responsible citizens.

Improving teachers

The objectives of the STEM Education Colloquium are to create interest and awareness among teachers on the importance of STEM in schools, as well as to improve the skills of STEM teachers through hands-on activities. The colloquium is in collaboration with higher education institutions, government agencies and the National Blue Ocean Strategy (NBOS) industry players, as they provided the complimentary venue and industry experts who contributed voluntarily for the colloquium.

The STEM Education Colloquium theme is “Education Through Exploration”.

In 2018, STEM education colloquium will be implemented in four zones – Sarawak, Sabah, Kelantan and Perak – involving nearly 1,200 participants in each zone.

The university partners in each zone are Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Kelantan, and Universiti Pendidikan Sultan Idris respectively.

This is a continuation of the colloquium that was implemented in 2017 in the Central Zone (Universiti Sains Islam Malaysia), Eastern Zone (Universiti Malaysia Terengganu), Northern Zone (Universiti Sains Malaysia) and Southern Zone (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) involving more than 6,000 teachers.

Source: The Star Online

Guru pemacu transformasi negara Dr. Hayati Ismail

MALAYSIA mencatat sejarah pada Mei 2018 apabila rakyat memilih untuk memberi peluang kepada kerajaan baharu menerajui kepimpinan negara. Setelah hampir 61 tahun mengecap kemerdekaan, rakyat kini mempunyai kematangan untuk menggunakan hak mereka dalam menentukan hala tuju negara. Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan negara yang telah mengembalikan keyakinan rakyat bahawa negara kita akan terus gemilang di persada antarabangsa.

Satu perkara yang amat menarik mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (pru-14) tempoh hari adalah mengenai nilai murni yang sangat ketara dapat dilihat dalam kalangan pengundi di negara ini.

Keluhan dalam media sosial bahawa mereka terpaksa beratur panjang lebih satu atau dua jam sebenarnya membuktikan bahawa; pertama, kebanyakan pengundi mahu menunaikan tanggungjawab mereka dalam memilih calon yang layak untuk mewakili mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri; kedua, mereka mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menunaikan tanggungjawab tersebut; dan ketiga, mereka menzahirkan semangat patriotisme untuk melihat negara terus berada pada hala tuju yang betul melalui proses demokrasi.

Banyak perkongsian yang menyentuh perasaan juga dapat dilihat melalui media sosial yang kini menjadi saluran komunikasi terpenting dalam kalangan rakyat di negara ini.

Kita tersentuh apabila melihat warga emas dibantu oleh golongan muda untuk sama-sama ke pusat pengundian. Kita terharu apabila mendengar kisah orang kurang upaya yang dimudahkan urusan mereka oleh pihak yang mengendalikan pusat mengundi dan pertolongan daripada orang ramai yang berada di tempat yang sama. Kita merasa bangga apabila melihat rakyat berbilang bangsa bersama-sama meraikan calon yang berjaya memikul amanah untuk memajukan negara yang amat kita cintai ini.

Nilai murni yang dapat kita lihat ini bukanlah satu lakonan. Ini adalah hasil daripada didikan berterusan yang diperoleh daripada ibu bapa, guru dan masyarakat melalui sistem pendidikan formal dan diperkukuh melalui interaksi dengan komuniti.

Statistik pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tahun ini menunjukkan bahawa 7.09 juta pengundi daripada 14,806,185 pengundi berdaftar adalah pengundi muda berusia 21 hingga 39 tahun, iaitu sebanyak 47.8%, manakala mereka yang berusia antara 40 hingga 49 tahun adalah seramai 3.01 juta atau 20.3%. Ini bermakna bahawa lebih 68.1% pengundi di bawah 50 tahun adalah anak-anak pasca merdeka yang mengikuti pendidikan formal selepas Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (Laporan Kabinet) ditubuhkan pada 1974, yang memberi penekanan kepada perpaduan negara untuk membangunkan bangsa dan negara.

Usaha berterusan untuk memupuk semangat cintakan negara dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat negara ini menjadi teras kepada pendidikan negara, dan asas kepada penyampaian sistem pendidikan ini adalah guru yang berkhidmat di seluruh pelosok negara. Institusi keguruan adalah paksi kepada pelaksanaan sebarang dasar pendidikan yang dibangunkan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mendokong usaha berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara holistik berasaskan kepatuhan kepada Tuhan, justeru guru memainkan peranan yang sangat signifikan bagi memastikan insan yang sejahtera ini dapat dibangunkan. Seringkali diulang sajak Datuk Usman Awang, Guru oh Guru terutama ketika sambutan Hari Guru menjelang 16 Mei setiap tahun, seolah-olah satu ingatan bahawa jasa guru jangan dilupakan.

Zaman sudah banyak berubah. Kalau dahulu di awal merdeka, guru menjadi sumber ilmu semata-mata. Ungkapan ‘pergi ke sekolah untuk menimba ilmu’ memang sangat relevan ketika itu, kerana gurulah orangnya yang mencurahkan ilmu kepada anak-anak yang dahagakan pengetahuan demi masa hadapan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Namun sekarang, ilmu berada di hujung jari melalui telefon pintar khususnya, yang menghubungkan anak-anak masa kini dengan seluruh dunia. Tidak keterlaluan jika dikatakan dari segi pemerolehan maklumat, anak-anak kita mungkin mempunyai maklumat yang lebih dalam pelbagai bidang berbanding dengan guru mahupun ibu bapa sendiri.

Walau bagaimanapun, dari segi ilmu, iaitu penghayatan dan kefahaman terhadap sesuatu pengetahuan, anak-anak kita mungkin belum mampu untuk memahami, menghayati ataupun membentuk kemahiran dan nilai berdasarkan pengetahuan tersebut tanpa bimbingan seorang insan bergelar guru.

Proses pengajaran dan pembelajaran juga telah banyak melalui transformasi. Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang telah masuk tahun keenam pelaksanaannya, Anjakan 4 iaitu Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan telah direalisasi melalui pelbagai inisiatif termasuk peningkatan kualiti dan kemahiran guru.

Bagi memastikan para guru bersedia untuk menghadapi cabaran kepesatan teknologi era Revolusi Industri Keempat (4IR), guru diberi latihan secara berterusan menerusi pelbagai mod, sama ada bersemuka mahupun secara atas talian. Usaha ini sebenarnya selaras dengan FPK yang menganjurkan usaha berterusan untuk membangunkan potensi individu, tidak kira mereka golongan guru, mahupun murid ataupun masyarakat umum.

Sempena Hari Guru pada 16 Mei ini, jasa mereka akan terus dikenang sebagai pembina generasi masa hadapan negara. Tidak kira di mana mereka berada, bait-bait sajak Sasterawan Negara Usman Awang yang dinukilkan pada 1979 akan terus relevan hingga akhir zaman.

Jadilah apa pun akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan didulangi ilmu

Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat

Selamat Hari Guru 2018!