Studying hard to rise above disability

Monday, 26 September 2016

Proud moment: Siti Safura posing with father Jaapar Abdullah and mother Kalsom Abdul Wahab after the Perdana University Inaugural convocation ceremony at IOI Marriott Hotel in Putrajaya.

PUTRAJAYA: Siti Safura Jaapar may be suffering from spinal muscular atrophy (SMA) but it does not stop her from studying hard to find answers to help people with similar conditions.
The 33-year-old has just received a post-graduate diploma in bioinformatics and is now pursuing a PhD programme in Health, with a focus on bioinformatics (a combination of biology and IT).

“I enjoy studying and I want to find answers to SMA so that people with my condition could be helped,” she said after the Perdana Uni­versity Inaugural Convocation here yesterday.

Siti Safura, who also holds a Master’s degree in phytochemistry, started her PhD in February after completing her post-graduate diploma in January.

Sumber:  The Star Online  –  http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/09/26/studying-hard-to-rise-above-disability/

Giant DNA helix sculpture using jeans makes it into MBR

Monday, 26 September 2016

Setting a record: Guests at the ‘Jeans for Genes Malaysia 2016’ campaign playing their role in forming the DNA double helix.

 PETALING JAYA: A 531m-long DNA double helix structure formed out of over 1,000 pairs of jeans has made it into the Malaysia Book of Records (MBR). It was created by Universiti Malaya (UM) students at the “Jeans for Genes Malaysia 2016” campaign.
The annual campaign that started six years ago aims to increase awareness of genetic disorders, especially those affecting children, and also to raise funds for patients afflicted with the disorder.

The creation was awarded the “Longest Jeans DNA Double Helix Chain Formation” title by MBR.

The activity, which was conducted in conjunction with the campaign, was held at UM’s Dewan Tunku Canselor yesterday.

 Jeans for Genes Malaysia director and campaign organiser Dr Azlina Ahmad Annuar said the sculpture was the world’s first double chain DNA helix using denim jeans.

“A lot of people supported the campaign.

“Some of them showed up on the day of the event bringing even more jeans.

“We wanted to do something different where it will be more meaningful and significant for the public to help the organisation raise funds,” she said.

She added that getting donations will be made easier with the sale of the jeans, rather than asking people for money.

“During the campaign, the visitors mingled with some of the genetically-affected people. This will help more people to learn about genetic disorders,” she said.

MBR office manager Lee Pooi Leng said the record was the first ever created of its kind.

“A project like this requires a lot of hard work and effort as they had to get various parties and sponsors to help,” she said, adding that it took her over an hour to measure the giant DNA helix sculpture.

Lee also called on the event organiser to apply for a place in the Guinness World Records.

Sumber:  The Star Online  –  http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/09/26/giant-dna-helix-sculpture-using-jeans-makes-it-into-mbr/

Officials to meet soon over safety of students on roads

Tuesday, 27 September 2016

PETALING JAYA: Officials from the Education Ministry, the police, Rela and Home Ministry, will meet soon to identify schools located in accident-prone areas and provide help to ensure that students cross roads safely during peak periods.

The Education Ministry has directed its Daily School Management Division to meet immediately with the Home Ministry, People’s Volunteer Corps (Rela) and the police to tackle the issue.

Education director-general Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof said that the discussions would include identifying schools in high-risk, accident-prone areas nationwide.

“The ministry welcomes the Deputy Prime Minister’s offer to place Rela personnel to control traffic near school compounds,” he said in a statement.

Dr Khair said the ministry also reminded state education departments and district education offices to follow the directives related to its circulars on students’ safety.

Deputy Education Minister Datuk P. Kamalanathan said the ministry would consider Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi’s offer.

“The ministry will look into this and study its feasibility for quick implementation,” he said in a text message.

Dr Ahmad Zahid, who is also Home Minister, said the responsibility of students’ safety could not be placed solely on the Education Ministry or schools, but also on vehicle operators and parent-teacher associations (PTAs).

Last Wednesday, a Year Four pupil of SK Teluk Medan in Bagan Serai, Perak, Mohammad Haikal Helme, was killed when he was knocked down by a trailer while crossing the road in front of his school.

A day earlier, a student in Dungun, Terengganu, was also hit by a vehicle while crossing a road to school.

Parent Action Group for Education Malaysia (Page) chairman Datin Noor Azimah Abdul Rahim said the Government should first identify the schools that needed Rela guards as not all schools would require them.

“These schools are those where heavy vehicles ply the surrounding roads,” she added.

A teacher in Kuala Lumpur said having the officers there would be very helpful.

“I think it’s a must as sometimes, the traffic volume is quite high and students cross the road carelessly,” she said.

Sumber:  The Star Online  –  http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/09/27/officials-to-meet-soon-over-safety-of-students-on-roads/

Tutor dalam talian: Anak anda sudah berdaftar?

KEJAYAAN sektor pendidikan dalam talian di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat telah mendorong pelbagai pihak di negara ini untuk cuba membawa kaedah yang sama ke rantau Asia Tenggara.

Semenjak beberapa tahun ini, banyak syarikat tidak kira besar mahupun kecil telah menembusi pasaran Malaysia dengan menyediakan portal-portal yang berbentuk tutorial untuk kemudahan para pelajar sekolah rendah, menengah mahupun para profesional.

Tanpa perlu berbelanja lebih dengan memanggil guru ke rumah atau bersusah-payah keluar dari rumah ke pusat tuisyen berhampiran, anda kini mempunyai tutor persendirian untuk anak-anak anda.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah mempunyai kemudahan internet dan komputer, kemudian mendaftar anak-anak anda di dalam portal tersebut dan pembelajaran boleh dimulakan dengan serta-merta. Amat mudah sekali.

Dengan kelebihan ini, jenama-jenama portal ini amat yakin ia akan dapat menarik ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka dan juga para profesional untuk mendaftar diri demi memajukan karier mereka.

Pelbagai bentuk pemasaran dilakukan oleh jenama-jenama portal bagi menarik perhatian para pengguna dan secara langsung ingin menjadikan mereka sebagai pelanggan berbayar mereka.

Dengan poster-poster menarik, promosi melalui Facebook, tidak kurang juga yang menggunakan video pendek untuk Instagram, membeli ruangan iklan di akhbar-akhbar tempatan, di radio dan televisyen serta menyediakan infografik-infografik menarik, portal-portal ini menggunakan semua bentuk pemasaran dengan efektif sekali dalam menarik perhatian pasaran.

Walaupun kos membuat kandungan-kandungan seperti ini dan juga pengedarannya tidak murah, tetapi ia perlu dibuat.

Namun, sebaliknya berlaku. Secara realiti, tidak ramai yang yakin dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian ini. Ibu bapa di bandar terutamanya yang sering menjadi pengguna tegar untuk apa sahaja aplikasi dalam talian juga kurang yakin untuk mendaftarkan anak-anak mereka.

Apatah lagi dengan pengguna luar bandar. Faktor yuran bulanan yang murah dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan juga seolah-olah tidak dapat meyakinkan mereka. Kenapa ini berlaku?

n Budaya

Faktor budaya tradisional kita yang masih menebal. Dahulu industri perbankan dalam talian, dua tahun pertama ia diperkenalkan tidak begitu ramai orang yang yakin untuk menggunakannya.

Kini hampir semua orang menggunakan aplikasi perbankan yang ada di dalam telefon pintar masing-masing. Malah kini ke mesin ATM juga jarang-jarang. Industri pendidikan dalam talian juga memerlukan masa untuk ia serasi dengan budaya tempatan.

Kepada para jenama portal ini, anda hanya perlu teruskan aktiviti-aktiviti pemasaran digital anda. Pastikan promosi-promosi anda sampai kepada sasaran pasaran dan bukan orang lain. Kepada para pengguna yang lebih awal menggunakan kemudahan tutor dalam talian ini, ia pasti akan menguntungkan anda dan juga anak-anak anda.

n Tiada Cerita

Hampir kesemua portal-portal tutor dalam talian ini tidak mempunyai blog. Apabila portal anda tiada cerita yang mampu lebih meyakinkan pengguna, kitaran untuk meyakinkan mereka akan menjadi lebih panjang dan rumit.

Selain faktor budaya, mungkin ini juga menjadi salah satu punca utama mengapa tidak ramai lagi orang yang datang dan menjadi pelanggan berbayar portal anda.

n Berita Berkala atau Newsletter

Minda manusia perlu diingatkan dari masa ke semasa sekiranya anda mahu mereka ingatkan jenama anda. Sebab itulah anda akan ingat AirAsia apabila ingin bercuti kerana mereka mahu anda ingatkan tambang murah mereka (walaupun sebenarnya tidaklah semurah mana).

Anda akan sentiasa berjumpa dengan promosi-promosi mereka di mana sahaja anda berada tidak kira di internet ataupun ketika memandu. Tapi elemen sebenar di mana mereka ‘membasuh otak’ para pengguna ialah di e-mel. Mereka menggunakan pemasaran e-mel yang juga dikenali sebagai berita berkala yang dihantar setiap minggu ke semua pengikut mereka.

Jadi untuk membasuh minda para pengguna setiap minggu, anda perlu gunakan cara yang sama untuk portal tutor dalam talian anda. Tahun lalu, anak saya menggunakan portal Tutor Utusan Malaysia untuk ulangkaji setiap subjek pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Saya amat mengesyorkan Tutor Utusan Malaysia untuk ini dan juga portal Home Tutor oleh Dasar Jati kerana bukan sahaja murah tetapi amat efektif.

Saya akui pada mulanya saya kurang yakin dengan kaedah ini, namun saya teruskan juga niat saya untuk daftarkan anak saya dengan portal-portal ini. Dan apabila keputusan UPSR keluar ternyata saya bersyukur dengan pilihan saya.

AZLEEN ABDUL RAHIM adalah Pakar Pemasaran Digital. Ikuti blog beliau di facebook.com/azleenabdrahim

– Sumber : Utusan online

Ranking: Universiti tidak wajar ambil jalan pintas

RADUAN CHE ROSE (empat dari kiri) bersama ahli panel (dari kanan)

RADUAN CHE ROSE (empat dari kiri) bersama ahli panel (dari kanan) Fauziah Md. Taib, Omar Shakataly dan Mohd. Fauzi Ramlan serta Hassan Mohd. Noor (dua dari kiri) dalam Program Advokasi Ilmuwan, Ranking Universiti Malaysia: Adakah Relevan anjuran Majlis Profesor Negara dengan kerjasama Utusan Malaysia, USM dan RTM di Pulau Pinang, semalam. UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

PULAU PINANG 27 Sept. – Universiti tempatan tidak wajar mengambil jalan pintas semata-mata untuk mendapatkan ran­king lebih baik dalam Kedudukan Universiti Terbaik Dunia yang diselia Quacquaerelli Symonds (QS) pada masa hadapan.

Dekan Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Fauziah Md. Taib berkata, ini kerana terdapat universiti yang sanggup berbelanja besar bagi memenuhi enam kriteria utama penilaian yang ditetapkan QS.

Menurut beliau, terdapat universiti mengupah pensyarah dari luar negara dan membayar gaji lebih rendah semata-mata memenuhi kriteria nisbah pensyarah antarabangsa sedangkan kualiti yang dimiliki pensyarah tempatan jauh lebih baik.

“Perbelanjaan besar juga terpaksa dikeluarkan untuk membuat pemasaran, malah ada juga universiti-universiti yang mula mengurangkan pengambilan pelajar pasca siswazah.

“Persoalannya adakah ini sesuatu yang bagus untuk bidang pendidikan negara dalam jangka masa panjang?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pandangan dalam Program Advokasi Ilmuwan, Ran­king Universiti Malaysia: Adakah Relevan anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Utusan Malaysia, USM dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini.

Program yang diacarakan Shuhaimi Mohamed dari RTM itu turut disertai Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kimia USM, Prof. Datuk Dr. Omar Shakataly dan Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan (UPM).

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor.

Sementara itu Mohd. Fauzi berkata, kejayaan UPM melonjak 61 anak tangga dalam ranking QS adalah disebabkan komitmen universiti berkenaan memenuhi enam kriteria yang ditetapkan, selain pada masa sama membawa kualiti pendidikan negara ke tahap yang diiktiraf badan antarabangsa.

“Ada banyak penilaian berhubung ranking, bukan sahaja oleh QS dan garis panduan ini diterima oleh masyarakat global dan itu yang UPM lakukan, namun pada masa sama, tujuan asal penubuhan universiti tidak diabaikan,” katanya.

– Sumber  : Utusan online

Kolej Komuniti Jelebu juara

Noorul Ainur Mohd. Nur (tengah) bersama peserta pada majlis perasmian

Noorul Ainur Mohd. Nur (tengah) bersama peserta pada majlis perasmian Perisa di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

TEMERLOH 27 Sept. – Kejayaan Kolej Komuniti Jelebu menemui kaedah penghasilan telur pindang dalam masa lima jam berbanding kebiasaan lima hari berjaya memikat hati juri apabila Kolej Komuniti berkenaan dinobatkan sebagai Johan Kategori Makanan dan Minuman dalam Pertandingan Inovasi Pensyarah Kolej Komuniti (Perisa) 2016 yang diadakan di Kolej Komuniti Temerloh di sini, baru-baru ini.

Pada pertandingan kali kedua itu, Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan yang disertai tiga pensyarah iaitu Sazaliana Sapian, 31, Jalifa Ridzuan, 32, dan Izwan Kamal Abdul Wahab, 38, berjaya menewaskan 17 peserta lain dalam kategori makanan dan minuman.

Sazaliana berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil usaha keras daripada semua ahli pasu­kan yang bertungkus lumus me­la­kukan penyeldikan bagi menghasilkan inovasi berguna itu.

Katanya, penemuan kaedah penghasilan telur pindang, bu­kan­lah datang sekelip mata kera­na ia memakan masa kira-kira lapan bulan untuk mereka mela­kukan penyelidikan dan pembangunan.

“Alhamdulillah kejayaan ini amat bermakna sekali bagi kami dan diharap menjadi pendorong untuk kami dan kumpulan lain menghasilkan lebih banyak lagi inovasi yang bermanfaat pada masa akan datang.

“Kami berharap penemuan ini akan dapat dipa­tenkan dan dipasarkan bukan sahaja di pa­saran tempatan tetapi untuk pasaran antarabangsa,” katanya ketika ditemui pada majlis peras­mian Perisa yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kolej Komuniti, Mohd. Nasir Abd. Ghani; Pengarah Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan Kolej Komuniti, Wan Izni Rashiddi Wan Mohd. Razalli; Ketua Penolong Pengarah Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti, Dr. Ishak Mohamad dan Pengarah Kolej Komuniti Temerloh, Ismail Samsuddin.

Pertandingan Perisa 2016 menyaksikan Kolej Komuniti Jelebu dinobatkan Johan dalam kategori makanan dan minuman; Pengurusan dan Perkhidmatan (Kolej Komuniti Kuantan); Fesyen dan Pakaian (Kolej Komuniti Temerloh); Kejurute­raan (Kolej Komuniti Kuala Langat); Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Kolej Komuniti Paya Besar) dan Pem­belajaran dan Pengajaran (Kolej Komuniti Hulu Selangor).

Menurut Sazaliana, melalui inovasi berkenaan, telur pindang dapat dihasilkan dalam masa yang cepat tanpa menyebabkan ia berubah dari segi rasa berbanding dengan pembuatan melalui kaedah tradisional.

Katanya, melalui kaedah itu telur berkenaan akan dimasak dengan campuran adunan serbuk 14 jenis daun berbanding kaedah tradisional yang hanya menggunakan daun yang tidak diproses.

Sementara itu, Noorul Ainur berkata, pertandingan Perisa yang mula diadakan pada tahun lalu amat signifikan dalam membentuk budaya motivasi dan menghasilkan lebih banyak produk inovasi dalam kalangan warga Kolej Komuniti.

Katanya, pertandingan Pe­risa yang melibatkan enam ka­tegori itu dilihat terus mendapat sambutan menggalakkan apabila merekodkan peningkatan jumlah penyertaan kepada 145 peserta berbanding 116 peserta tahun lalu.

– Sumber : Utusan online

Sarawak juara Pertandingan Robotik Kebangsaan 2016

Kontinjen dari Sarawak dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan

Kontinjen dari Sarawak dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2016 di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.

PARIT 27 Sept. – Kontinjen Sarawak muncul juara keseluruhan Per­tandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2016 yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dekat sini kelmarin.

Sarawak yang menghantar penyertaan 11 ciptaan mengungguli dua kategori utama pertandingan iaitu Terbuka dan Bola Sepak.

Kemenangan itu melayakkan Sarawak mewakili negara dalam pertandingan Olimpiad Robotik Dunia (WRO) 2016 di New Delhi, India pada 25 hingga 27 November ini.

Sebanyak 187 pasukan dari sekolah rendah dan menengah seluruh negara menyertai pertan­dingan tersebut yang dianjurkan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad dan Jabatan Pendidikan ne­geri.

Hadiah kepada pemenang di­sampaikan oleh Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendi­dikan, Dr. N. Mehander Singh yang mewakili Ketua Pengarah Pendi­dikan, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik) UTP, Prof. Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.

Ketua Kontinjen Sarawak, Pu­yang Ngau Wan berkata, pasukannya akan membuat persiapan rapi terutamanya aspek teknikal robotik menjelang pertandingan WRO.

“Penyertaan dalam pertan­dingan di sini memberi peluang kepada kami untuk memperbaiki beberapa kelemahan. Semoga ka­­mi dapat mempamerkan aksi yang lebih baik dalam pertan­di­­ng­an WRO November ini,” katanya.

Sementara itu, dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Mehander, Khair berkata, program tersebut merupakan langkah terbaik untuk menarik minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Katanya, kemahiran dalam bidang itu dapat membantu golong­an pelajar membina kemahiran penting yang diperlukan dalam era moden.

“Pertandingan ini menggalakkan pelajar berlatih kemahiran dalam mengeluarkan, memperbaharui idea dan menganalisis masalah secara mendalam di samping mengaplikasi konsep STEM semasa cabaran pertan­ding­an,” katanya.

– Sumber : Utusan online