Prospek berkesan

28/01/2010

Oleh Noor Aznida Alias
bhkt@bharian.com.my

SERAMAI 564 pelajar Tingkatan Lima dan Enam daripada 13 sekolah menengah sekitar Hulu Terengganu menyertai Seminar Pendidikan Kebangsaan (Prospek) 2009/2010 anjuran Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Berita Harian dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu, baru-baru ini.

Selain penyertaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Intan sebagai tuan rumah, seminar sehari itu turut disertai pelajar SMK Matang; SMK Kuala Telemong; SMK Mahmudiah; SMK Jenagor; SMK Menerang; SMK Tersat; SMK Seri Berang; SMK Imtiaz Kuala Berang; SMK Bukit Diman; SMK Ajil; SMK Jenderis dan SMK Landas.

Timbalan Pengarah Projek, Nur Atiqah Daud yang juga penuntut tahun dua UM, berkata Prospek adalah program khas tahunan anjuran Kolej Kediaman Keempat universiti itu dan dikendalikan oleh 40 ahli jawatankuasa yang terdiri daripada penghuni asrama berkenaan.

Katanya, penganjuran yang masuk tahun ketiga itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk segala kursus yang ditawarkan, kelebihan sesebuah IPT, pinjaman atau biasiswa yang ditawarkan di Malaysia.

“Tahun ini sudah tiga tahun UM bekerjasama dengan Berita Harian menganjurkan Prospek dan kerjasama yang diberikan oleh PPD di setiap negeri yang dilawati amat baik dan memberangsangkan.

“Malah, selain menyebarkan maklumat mengenai universiti, Prospek juga dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi UM dengan pelajar sekolah berkenaan,” katanya ketika ditemui di SMK Tengku Ampuan Intan. 

Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Noor Othman dan Eksekutif Kanan Bahagian Penjenamaan dan Pemasaran Berita Harian, Ahmad Firdaus Salahuddin Shah.

Nur Atiqah berkata, UM sentiasa berusaha untuk menambah baik penganjuran Prospek saban tahun dan pada tahun ini, pihaknya akan mengadakan siri lawatan ke-12 negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, pada tahun ini kita sasarkan Prospek kepada pelajar di sekolah pedalaman kerana kami ingin pastikan mereka turut mendapat pendedahan dan maklumat berkaitan IPT sama seperti pelajar di kawasan bandar.

“Malah mengikut pengalaman lalu, pelajar luar bandar lebih berminat untuk mengikuti seminar sebegini berbanding pelajar bandar yang mungkin sudah biasa menerima pendedahan seperti akses melalui internet,” katanya. 

Sementara itu, seorang pelajar dari Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang, Sharifah Nur Ain Zulaikha Syed Othman berkata, Prospek perlu diteruskan setiap tahun kerana ia menyalurkan maklumat penting terutama kepada pelajar Tingkatan Lima berkenaan hala tuju selepas menamatkan alam persekolahan.

Dia berkata, walaupun selalu mendapat maklumat daripada guru mengenai IPT, Prospek lebih berkesan kerana ia disampaikan sendiri oleh penceramah yang terdiri daripada pensyarah yang pastinya lebih mengetahui perkembangan semasa universiti.

“Selepas mengikuti tiga slot Prospek, saya berasa lebih jelas tentang hala tuju selepas menamatkan alam persekolahan dan merancang masa depan dengan lebih baik,” katanya.

Rakannya, Mohd Nor Shafiq Aziz, 17, berkata, dia berminat untuk menyertai Prospek selepas mendapat maklumat melalui abangnya yang pernah mengikuti program berkenaan.

“Bukan saja dapat maklumat baru tetapi kami juga dapat beramah mesra dengan kakak dan abang dari UM yang baik hati berkongsi pengalaman serta tip berguna dalam menghadapi kehidupan sebagai mahasiswa nanti,” katanya.

 http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Pendidikan/20100128035833/Article/index_html

// // //  

Anggota Seomeo diminta sedia pendidikan berkualiti

28/01/2010

TAN Sri Muhyiddin Yassin mahukan semua negara anggota Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asean (Seameo) memberi komitmen dan keutamaan dalam menyediakan pendidikan asas berkualiti pada peringkat awal kanak-kanak.

Timbalan Perdana Menteri, berkata usaha itu penting untuk memastikan pendidikan rendah berterusan, sekali gus mencapai matlamat Pendidikan Untuk Semua (EFA) iaitu kesamarataan jantina di rantau ini, menjelang 2015.

Katanya, walaupun setiap negara anggota berdepan cabaran ekonomi dunia, ia bukan mustahil matlamat itu dapat dicapai, jika setiap negara anggota memberi keutamaan dan komitmen masing-masing.

“Jika kita gagal menyalurkan bantuan sewajarnya, terutama pada peringkat pendidikan asas, ia akan menjejaskan pembangunan ke arah pendidikan rendah yang lebih sejagat.

“Kita wajar meneruskan pelaburan dalam bidang pendidikan, bagi mencapai matlamat Pendidikan Untuk Semua (EFA) di rantau Asean,” katanya ketika berucap kepada delegasi Persidangan Majlis Menteri-menteri Pelajaran Asean ke-45 (Seamec ke-45) di sini, semalam.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas tamat hari kedua persidangan Seamec, petang semalam Muhyiddin berkata, mesyuarat kali ini meluluskan penubuhan sebuah lagi pusat pendidikan serantau Seameo di Malaysia, selain yang sedia ada di Pulau Pinang.

Beliau berkata, buat masa ini rancangan pendidikan khas dijalankan di tapak sementara di Melaka, manakala pusat tetapnya akan dibangunkan di Nilai, Negeri Sembilan, tidak lama lagi.

Mengenai perjumpaan dua hala dengan Menteri Pelajaran tiga negara anggota iaitu Filipina, Singapura dan Vietnam, Muhyiddin berkata ketiga-tiga negara sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam meningkatkan pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris.

Katanya, antara bidang yang bakal dilaksanakan bersama ialah dalam menyediakan latihan tenaga pengajar terlatih dalam pengajaran bahasa Inggeris.

“Usaha ini selaras dengan dasar yang kerajaan umumkan untuk Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ,” katanya. 

 http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20100128041836/Article/index_html

Dana RM700j biaya semula bantuan pelajaran dihenti

28/01/2010

Daripada Zainor Said di Cebu, Filipina


MUHYIDDIN bersalaman dengan Setiausaha Eksekutif kepada Presiden Filipina, Eduardo Ermita selepas majlis perasmian Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara Kali Ke-45 (Seameo) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asean kali kelima (Ased) di Filipina, semalam.

Ibu bapa miskin tanggung beban banyak skim dipotong: TPM

KEMENTERIAN Pelajaran akan mendapat peruntukan tambahan RM700 juta bagi membiayai semula pelbagai bentuk bantuan yang terpaksa dihentikan sebelum ini, berikutan pengurangan peruntukan diberikan tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pada mesyuarat Kabinet pagi semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersetuju supaya bantuan dihentikan sebelum ini dilaksanakan semula bagi meringankan beban pelajar dan ibu bapa.

Katanya, bantuan berkenaan membabitkan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) pelajar miskin, bantuan pakaian seragam unit beruniform, bantuan makanan asrama, rancangan makanan tambahan, elaun murid berkeperluan khas dan bantuan sukan dan kokurikulum.

“Kita sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan, mana-mana kemudahan sebelum ini terpaksa dipotong dan kini bebannya mula memberi kesan kepada rakyat, kita harus kaji dan laksanakan semula.

“Langkah ini membuktikan kerajaan prihatin dengan beban yang terpaksa ditanggung rakyat terutama ibu bapa yang berpendapatan rendah di pedalaman. 

“Dengan langkah ini, kita harap tidak akan timbul masalah ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah kerana bantuan kini disalurkan semula, ” katanya kepada wartawan Malaysia petang semalam, selepas tamat hari kedua Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asean ke-45, di sini, yang bermula kelmarin dan berakhir esok.

Kemudahan SBT hanya diberikan kepada murid Tahun Empat, Lima dan Enam sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan dengan pendapatan bulanan keluarga kurang RM530 di Semenanjung, Sabah (RM585) dan Sarawak (RM685).

SBT bertujuan membantu murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta Sains, dan mereka layak menerima 10 baucar bernilai RM10 untuk setiap mata pelajaran berkenaan.

Berhubung perasaan tidak puas di kalangan pemimpin kesatuan guru di Sabah dan Sarawak apabila mendapati tidak terdapat sekolah di negeri berkenaan tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi yang diumum beliau kelmarin, Muhyiddin berkata, kementerian tidak bersikap menganaktirikan mana-mana sekolah di negeri tertentu.

Katanya, pemilihan 20 sekolah itu berdasarkan kriteria ketat serta piawaian yang ditetapkan.

Beliau berkata, soal piawaian dan kriteria pemilihan tidak boleh di kompromi dan setiap sekolah yang dipilih harus memenuhi standard yang ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya, pihak kementerian akan mengumumkan 30 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi kumpulan kedua tahun depan dan 50 lagi pada 2012 menjadikan semua 100 sekolah.

Sehubungan itu, katanya, sekolah yang tidak terpilih kali ini masih mempunyai peluang untuk tersenarai.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20100128041957/Article/index_html

Schools can decide length of CNY break

28/01/2010

INDEPENDENT Chinese schools are allowed to decide on the number of days to take off for Chinese New Year without any interference from Dong Zong.

Sin Chew Daily quoted Dong Zong (United Chinese School Committees Association of Malaysia) president Dr Yap Sin Tian as saying that the group did not give any advice on the number of school holidays during the festive season.

Dr Yap made the comment in reference to complaints from certain quarters that Tsun Jin High School in Kuala Lumpur would reopen on the sixth day of Chinese New Year.

This year, most government schools will reopen on the eighth day of Chinese New Year.

School principal Cheng Ah Swee said the school management made the decision after considering the progress of study.

“We have about 2,800 students. In the past, some parents felt that the Chinese New Year holiday was too long. It is difficult for the school to please every parent,” he said.

> MCA Public Services and Complaints Department head Datuk Michael Chong has shared about his acting experience in a local movie about loan sharks.

He told China Press how he had misunderstood the director on the first day of filming.

“The director said ‘N.G.’ about 15 times during my shot. I thought he was calling a worker named Angie,” said Chong.

As it turned out, “N.G.” meant “no good”.

“I was very uneasy after I found out the truth,” he quipped.

Chong took on a guest-starring role in the movie, which also featured actors and actresses from Hong Kong, China and Malaysia.

Other News & Views is compiled from the vernacular newspapers (Bahasa Malaysia, Chinese and Tamil dailies). As such, stories are grouped according to the respective language/medium. Where a paragraph begins with a sub-heading, it denotes a separate news item.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/28/nation/5557729&sec=nation

Four students trespass into rival school and start fight at canteen

28/01/2010

KUALA LUMPUR: Four students trespassed into a secondary school in Selayang and assaulted a Form Five student at the school canteen.

The incident occurred during recess at about 10.15am yesterday.

The attackers – Form Four students of SMK Sri Selayang – entered SMK Taman Selayang to look for the victim and found him at the canteen.

Gombak police chief Asst Comm Abdul Rahim Abdullah said a fracas broke out when other students joined in resulting in chairs, dustbins, flower pots and stones being thrown at each other.

“The flying objects hit and injured some of the students, including bystanders, before the fight was stopped by teachers,” he said.

ACP Abdul Rahim said 20 students involved in the fight were taken to the Gombak police station to have their statements recorded before being released on bail. — Bernama

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/28/nation/5562930&sec=nation