Kekurangan guru BI tidak serius

05/01/2010

KUCHING: Masalah kekurangan guru bahasa Inggeris, terutama di kawasan luar bandar dijangka dapat diatasi dengan pengambilan 13,000 guru mata pelajaran itu oleh institut perguruan (IPG) serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihaknya mengetahui memang berlaku masalah kekurangan guru bahasa Inggeris bagi ditempatkan di sekolah rendah serta menengah di seluruh negara, namun situasinya tidak serius.

Katanya, kebanyakan guru bahasa Inggeris di sekolah menengah ialah graduan IPTA yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dengan bilangan mereka ketika ini adalah terhad.

//

“Berikutan itu, Kementerian Pelajaran bercadang melatih 13,000 guru baru yang akan ditempatkan di IPG dan IPTA secara berperingkat bagi memastikan masalah kekurangan ini dapat diatasi.

“Namun perlu dijelaskan bahawa bukan semua graduan mengambil bidang pengajian bersama pendidikan akan menjadi guru kerana mereka perlu melalui proses temu duga Inventori Sahsiah Keguruan (Insak) sebelum layak mendapat biasiswa kementerian,” katanya pada sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam, Sadong Jaya, di sini, semalam.

Dr Puad sebelum itu meninjau sesi persekolahan di SK Ja’ie dan SK Pendam, bagi melihat sendiri keadaan fizikal kemudahan sekolah luar bandar serta merancang program pembangunan jangka panjang kementeriannya.

Turut sama Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Dr Julaihi Bujang.

Profesion perguruan diperkemas

05/01/2010

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my


MUHYIDDIN memalu gong ketika merasmikan Kongres Antarabangsa Ke-23 Untuk Penambahbaikan dan Keberkesanan Sekolah (ICSEI) 2010 di KLCC, semalam.

Program pembangunan profesional berterusan pertingkat kualiti: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan ada keperluan mendesak untuk meningkatkan kualiti guru dengan pesat menerusi program pembangunan profesional yang berterusan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kualiti guru adalah laluan ke arah pendidikan cemerlang, sekali gus menjadi tulang belakang pencapaian sekolah dan menentukan hasil pelajar, malah kualiti sistem pendidikan tidak boleh melebihi kualiti guru.

//

Dalam konteks itu, katanya, program pembangunan profesional yang berterusan menyasarkan kepada matlamat mempertingkat kompetensi, ilmu pengetahuan serta kebolehan guru.

“Usaha juga mesti dilakukan bagi menarik lebih ramai berkebolehan untuk memasuki profesion keguruan dengan membangunkan proses pemilihan berkesan tinggi dan menawarkan laluan kerjaya menarik,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Antarabangsa Ke-23 Untuk Penambahbaikan dan Keberkesanan Sekolah (ICSEI) 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Kongres selama empat hari itu bertema ‘Empowering Schools for Leaning: From Improvement Policy to Effective Practice’ dan dihadiri kira-kira 600 peserta dari dalam dan luar negara.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan amat komited terhadap usaha meningkatkan kualiti guru dan antara langkah diambil ialah menaikkan taraf semua maktab perguruan kepada institut pendidikan guru yang menawarkan program pada peringkat ijazah.

Di samping itu, beliau berkata, langkah turut diambil untuk meningkatkan tahap kelayakan akademik guru dengan memperkenalkan Program Khas Pensiswazahan untuk pegawai pendidikan bukan siswazah serta mereka yang dalam perkhidmatan.

Katanya, program itu memberi peluang kepada guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran melalui pengajian jarak jauh, selaras matlamat kementerian untuk meningkatkan bilangan guru siswazah di sekolah rendah dan menengah.

Malah, beliau berkata, kementerian menggariskan strategi memartabatkan profesion keguruan dengan memperketat syarat pemilihan guru pelatih, menambah baik persekitaran pengajaran, menaikkan imej, menanam harga diri dan semangat tinggi di kalangan guru serta memberi sokongan berterusan kepada mereka.

“Kementerian menyediakan banyak peluang peningkatan kerjaya, termasuk peluang kenaikan pangkat kepada guru dan pengetua cemerlang sebagai insentif untuk terus meningkatkan pencapaian, sekali gus membolehkan pengajaran dan pembelajaran lebih baik,” katanya.

Gembira masuk sekolah sebagai warga negara

05/01/2010

GEORGETOWN: Tahun baru kali ini membawa seribu makna kepada seorang kanak-kanak lelaki yang baru menerima kewarganegaraan, apabila diterima memasuki Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (C) Kheng Tean, Jelutong, di sini, semalam.

Lim Sae Wang (kanan), 7, berkata, perasaannya tidak boleh digambarkan melalui kata-kata apabila dapat menjejak kakinya ke sekolah seperti rakan sebaya dengannya.

“Saya dapat masuk kelas 1 Merah. Seronok sangat kerana dapat berjumpa dengan rakan baru. Ingatkan mimpi rupa-rupanya kenyataan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

//

Lim menerima kewarganegaraan pada 16 Disember lalu, selepas enam tahun diusahakan bapanya, Kolonel (B) Lim Tow Leang, 62, bekas juruterbang ujian Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bapanya yang berkahwin dengan wanita Indonesia, I Siu Lin, 38, pada 2002, berusaha hampir enam tahun gagal mendapatkan kerakyatan sehingga menafikan haknya untuk mendapat keistimewaan warga negara termasuk mendapatkan pelajaran.

Beliau berkata, selepas menerima kewarganegaraan itu, hidupnya mengalami perubahan kerana dapat menikmati kehidupan dan kemudahan seperti warga negara yang lain.

“Apa yang lebih penting kini, saya ingin belajar bersungguh-sungguh dan menolong kedua ibu bapa saya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Ibrahim Mohamad, berkata seramai 24,658 murid tahun satu melaporkan diri di seluruh negeri ini.

“Semua proses pendaftaran berjalan lancar dan kelengkapan persekolahan dan buku teks mencukupi selepas melakukan dua kali pemantauan sejak tahun lalu,” katanya selepas mengadakan lawatan hari pertama sesi persekolahan 2010 ke Sekolah kebangsaan Bukit Gelugor, di sini, semalam.

Tak takut sekolah

05/01/2010

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my

Kanak-kanak sudah didedah dengan dunia persekolahan sejak di tadika

PADA masa lalu, memasuki tahun satu, bagaikan dunia baru bagi setiap kanak-kanak berusia tujuh tahun. Kejadian menangis ditinggal ibu bapa untuk melalui detik awal persekolahan di kelas perkara biasa. Malah tidak keterlaluan rasa takut, hingga terbuang air di dalam kelas atau tidak sempat memberitahu guru, senario biasa di lihat bagi pelajar baru.

Bagaimanapun, ketakutan itu semakin hilang selepas kanak-kanak didedahkan alam prapersekolahan. Hari ini rata-rata murid-murid yang bakal memasuki tahun satu semakin berani, yakin dan tidak takut bersosial. Hal ini diakui ibu muda, Noor Azlina Jamari dan suami, Mat Zain Seman.

//

Anak sulungnya, Nuraesyah Mawaddah, antara 500,000 anak muda mendaftar ke tahun satu di negara ini yang cukup teruja mengenali rakan sekelas baru, malah bagaikan tidak sabar-sabar bergelar murid kerana sering dilihat mencuba baju serta kasut sekolahnya.

“Nuraesyah memang seronok. Saya fikir amat berbeza dengan zaman kecil saya dulu. Masuk ke darjah satu diiringi tangisan, malah ada rakan-rakan yang tidak membenarkan ibu atau bapa pulang ke rumah.

“Berbeza bagi Nuraesyah, dia seronok dan yakin. Saya fikir keyakinan itu terbina sebab saya menghantarnya ke tadika pada usia empat tahun lagi. Bila dia bercampur dan mengenali dunia bermain dan belajar dengan rakan-rakan sebaya saya dapat melihat perkembangan sosialnya itu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

NOOR AZLINA dan suami membantu anak sulung mereka membuat persiapan ke sekolah.

Nor Azlina mempunyai dua lagi permata hati, Muhd Ziqry Nasehin, enam tahun dan Muhd Mueez Nuaym, setahun.

Untuk kelengkapan persekolahan Nuraesyah, beliau memperuntukkan kira-kira RM500 termasuk pembelian pakaian, beg sekolah, yuran sekolah serta kos pengangkutan pergi dan balik ke sekolah.

Sejak lima tahun lalu, Noor Azlina menetap di Bangi, Selangor dan berulang ke tempat kerja di ibu kota. Memikirkan tidak mempunyai pembantu rumah untuk memantau anak di rumah, pasangan itu mengambil keputusan menghantar anak ke tadika pada usia masih kecil.

Katanya, melihat anaknya semakin bijak itu mendorong beliau menghantar anak kedua ke tadika pada usia empat tahun juga.

“Sekarang saya sudah ada pembantu, tetapi merasakan lebih yakin menghantar ke tadika pada usia lebih muda. Saya fikir lagi awal kita menghantar ke tadika, lebih cepat mereka belajar berbanding dipantau pembantu rumah, sebab kita juga bekerja,” katanya.

Mengulas mengenai sekolah pilihan, pasangan itu bersetuju memilih sekolah swasta, Sekolah Rendah Al-Amin berdekatan rumahnya.

Katanya, pemilihan sekolah itu dilakukan kerana memikirkan prestasi murid sekolah itu cemerlang selain turut menyediakan sekolah agama pada sebelah petang menjadikan beliau tidak perlu gusar mengenai keadaan anak yang perlu pergi ke sekolah lain untuk mengikut pendidikan agama pula.

Noor Azlina juga memilih perkhidmatan van untuk mengambil dan menghantar Nuraesyah ke sekolah setiap hari kerana beliau dan suami perlu bergegas ke pejabat kira-kira jam 7 pagi setiap hari.

Mengenai pendidikan anak-anak, Noor Azlina cukup bersetuju bahawa ia perlu bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memantau pendidikan dan sosial anak-anak, dan bukan terletak di bahu pihak sekolah saja.

Hubungan positif antara pihak ibu bapa serta sekolah antara jaminan memastikan anak dapat bersekolah dan belajar dengan baik.

“Nampaknya jadual kami berdua akan semakin sibuk tahun ini. Apabila anak-anak bersekolah, bukan saja perlu menyediakan bekalan ke sekolah, sebaliknya komitmen kami untuk menyemak kerja sekolahnya atau ke sekolah sekiranya dipanggil mengenai hal berkaitan.

“Sebelum mendaftar masuk ke sekolah ini, saya juga diberitahu guru bahawa sebagai ibu bapa, adakah kami bersedia bekerjasama dalam memastikan pendidikan anak berjalan dengan lancar? Apabila kita bersetuju bererti kita perlu melakukannya,” katanya.

Sebagai ibu, Noor Azlina tidak menafikan perasaan bimbang melepaskan anak sulungnya itu sekolah, tetapi mencampakkan perasaan itu jauh-jauh.

“Sedikit sebanyak saya melihat Nuraesyah bagaikan bayi yang baru semalam saya lahirkan, tetapi terpaksa akur, lambat laun dia semakin membesar dan akan menempuh fasa hidup berdikari. Sedikit demi sedikit dia akan membina ruang untuk dirinya sendiri.

“Saya akan terus memanjatkan doa dan bertawakal kepada Allah supaya keselamatan dan langkahnya ke sekolah, selamat. Dan itulah yang perlu dilakukan oleh semua ibu bapa terhadap anaknya,” katanya.

All Malay newbies at Chinese school

05/01/201

By Alina Simon

TEMERLOH: Growing interest among the Malay community here in learning Chinese saw a rise over the years in enrolment at SRJK (C) Ladang Sungai Kawang. But yesterday, the school created history when all of the 11 new 7-year-olds who registered for Year One were Malays.

School headmaster Lim Chu Chau said the school was built at the plantation in the 1950s by the Chinese community there to allow their children to get a Chinese education, but over the years, enrolment shrank.

However, he said recent years saw a changing trend when the Malays started sending their children there.

“Malay parents send their children here since they live nearby and are interested in their children learning a second language.

“Last year, only six of the 31 pupils in Year One to Year Six were Chinese while the rest were Malay.
“This year, the number of Malay pupils is expanding.”

The school has 11 teachers.

Adira Abdul Jalil, 37, said her youngest son had expressed an interest in learning Chinese.

“My three elder children went to national schools, but my youngest likes it here so I will have to travel two kilometres daily from our home to bring him here.

“It will be good for him to learn a new language.”

Another parent, Rohaya Salleh, 38, said she sent her eight children there as she wanted them to learn a different language.

“It will help them later in life as they know another language and will also be able to mingle better with other people.”