Kelas pulih murid lembap

08/01/2010

Oleh Johari Ibrahim dan Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my


MUHYIDDIN ketika berucap menyampaikan perutusan Tahun Baru 2010 kepada warga kementeriannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

  • Pelajar Tahun Satu gagal ujian khusus diasing
  • Guru terbaik tingkat penguasaan 3MPUTRAJAYA: Mulai tahun ini, semua murid Tahun Satu akan menjalani ujian khusus selepas dua bulan memulakan persekolahan bagi menguji tahap penguasaan dalam menulis, membaca dan mengira (3M) selaras dengan pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (Linus).Menerusi ujian itu, murid yang dikenal pasti lembap dalam pembelajaran akan dimasukkan ke kelas pemulihan, manakala yang mengalami kecacatan fizikal seperti masalah telinga atau mata ditempatkan di kelas pendidikan khas di sekolah sama.

    //

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program itu adalah antara empat inisiatif sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memperkukuhkan tahap literasi murid sekolah rendah daripada 87 peratus tahun lalu kepada 90 peratus tahun ini.

    Tiga lagi sasaran awal empat sub NKRA ialah meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah, melahirkan Sekolah Berprestasi Tinggi dan merangka insentif berbentuk kewangan serta bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata program Linus akan disokong dengan penempatan guru terbaik untuk mengajar murid Tahun Satu, selain menambah guru pemulihan pada nisbah satu guru bagi 15 murid berbanding satu guru untuk satu sekolah sekarang.

    “Penambahan guru ini akan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran menulis, mengira dan membaca,” katanya ketika menyampaikan perutusan Tahun Baru 2010 kepada warga kementeriannya di sini semalam, yang turut disiarkan secara langsung menerusi RTM, TV3, Astro Awani dan Eduweb.

    Hadir sama, kedua-dua timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi; Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

    Pada majlis sama, Muhyiddin turut menerima sumbangan RM2 juta untuk Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) daripada Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas, Juniwati Rahmat Hussin.

    Pada sidang medianya, Muhyiddin berkata, program Linus akan dilaksanakan dengan bantuan Kementerian Kesihatan bagi menguji tahap penglihatan dan pendengaran murid ketika mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah.

    “Program ini adalah komitmen kerajaan untuk memastikan semua murid mampu menguasai 3M dalam tempoh tiga tahun awal persekolahan di sekolah rendah.

    “Walaupun peratusan murid yang gagal menguasai 3M hingga Tahun Enam adalah rendah, kita mesti berusaha membantu mereka kerana mungkin kegagalan itu berpunca daripada keadaan fizikal masing-masing,” katanya.

    Muhyiddin turut mengumumkan kajian penilaian terhadap sistem pendidikan negara akan diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) tahun depan.

    Beliau berkata, kajian itu bertujuan mendapatkan pandangan pihak luar mengenai sistem pendidikan negara supaya kerajaan dapat menambah baik segala kelemahan sekiranya ada.

    “Kita perlu mengesahkan dakwaan bahawa sistem pendidikan kita adalah yang terbaik dan Unesco mampu memberikan maklum balas yang diperlukan dengan kerjasama kementerian.

    “Hasil kajian yang bakal dilaksanakan nanti diharap mampu memperkukuhkan lagi sistem pendidikan negara,” katanya.

    Sementara itu, Alimuddin ketika dihubungi menjelaskan kaedah pemarkahan akan digunakan dalam ujian bagi murid Tahun Satu untuk menentukan sama ada pelajar berkenaan berupaya meneruskan pembelajaran dalam aliran perdana.

    Beliau berkata, murid yang lembap dalam pembelajaran berdasarkan keputusan ujian berkenaan, akan dimasukkan ke kelas pemulihan di sekolah sama sebelum dimasukkan semula ke aliran perdana.

    “Selagi tidak pulih, murid berkenaan akan terus ditempatkan dalam kelas pemulihan sehingga mampu menguasai 3M.

    “Murid yang mengalami masalah fizikal yang disahkan doktor pula ditempatkan di kelas pendidikan khas untuk meneruskan pembelajaran, juga di sekolah yang sama,” katanya.

    Beliau berkata, had maksimum penempatan murid itu dalam kelas pemulihan bergantung kepada keupayaannya menguasai semula 3M berdasarkan ujian yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

    Program itu bagaimanapun tidak membabitkan penambahan waktu persekolahan kerana murid berkenaan dipindahkan ke kelas pemulihan atau pendidikan khas dan menjalani pembelajaran seperti rakan lain pada waktu sekolah.

  • Ujian kepada murid Tahun Satu dalam tempoh dua bulan: TPM

    08/01/2010

    PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan mengadakan ujian dalam tempoh dua bulan ini kepada murid Tahun Satu bagi mengenal pasti tahap kemahiran mereka dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata melalui pendekatan 3M itu, yang akan ditingkatkan dengan pengenalan program Literasi dan Numerasi (Linus), pihaknya dapat mengetahui tahap setiap pelajar sebelum ditempatkan di kelas masing-masing.

    Beliau berkata kelas-kelas pemulihan akan diberikan kepada murid-murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M selepas siri ujian itu dilakukan.

    //

    “Kita akan mengambil inisiatif secara menyeluruh. Semua murid yang masuk Tahun Satu, kita kena pantau dalam tempoh beberapa bulan, kita akan buat ujian.

    “Jika terdapat pelajar yang tidak berapa sempurna penglihatan atau pendengaran sehingga sukar untuk kuasai 3M, kita akan adakan program khusus kerana matlamat kita, selepas tiga tahun bersekolah semua murid dapat menguasai 3M,” katanya yang juga Menteri Pelajaran.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru 2010 kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

    Terdahulu semasa berucap, Muhyiddin berkata pengenalan program Linus pada peringkat sekolah rendah akan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M.

    Katanya kadar literasi dalam kalangan murid sekolah rendah pada masa ini adalah 87 peratus dan peningkatan sebanyak tiga peratus disasarkan pada tahun ini.

    Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian penilaian ke atas sistem pendidikan negara pada tahun hadapan dengan kerjasama Petubuhan Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) bagi memastikan sistem pendidikan negara terus relevan dan berdaya saing.

    Langkah itu, katanya bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan untuk menambah baik sistem pengurusan pendidikan, kurikulum, latihan perguruan, proses pengajaran dan pembelajaran serta aspek-aspek lain secara keseluruhannya.

    “Kajian itu mungkin mengambil masa antara enam bulan hingga setahun,” katanya. – Bernama

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100107162757/Article/

    Guru Tahun Enam di Terengganu akan diberi e-Book

    08/01/2010

    KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan mengagihkan 800 unit e-Book kepada semua guru yang mengajar murid Tahun Enam di negeri ini sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun ini.

    Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata sebelum itu, guru berkenaan akan terlebih dahulu menjalani tiga siri kursus yang dikendalikan syarikat komputer Intel dengan kerjasama kerajaan negeri.

    “Kita tidak mahu murid menggunakan komputer manakala guru masih menggunakan buku biasa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kecemerlangan pelajar UPSR Terengganu 2009 di sini, hari ini.

    Pada peperiksaan UPSR lalu, 3,664 murid di Terengganu memperoleh 5A, sekali gus menjulang Terengganu sebagai negeri yang berjaya mengungguli peperiksaan itu selama sembilan tahun berturut-turut.

    Ahmad berkata kerajaan negeri juga akan menampung kos bagi memasang peralatan komputer dengan kerjasama Intel untuk membolehkan guru mengawal komputer murid di dalam kelas.

    Beliau berkata dengan kemudahan itu, semua murid Tahun Enam akan menjalani peperiksaan bulanan secara online bermula Jun ini, dan murid yang mendapat tempat pertama hingga ke 10 setiap bulan di setiap sekolah akan diberi hadiah wang tunai. – Bernama

    Kadar penyertaan murid prasekolah akan ditingkatkan: TPM

    08/01/2010

    PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mensasarkan untuk meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak lima peratus kepada 72 peratus tahun ini dengan membabitkan kanak-kanak seawal umur empat tahun, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata langkah itu merupakan tumpuan Kementerian Pelajaran kepada usaha untuk mencapai sasaran awal bagi satu daripada empat sub-Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan, tahun ini.

    “Penyertaan kanak-kanak seawal umur empat tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dari awal lagi.

    //

    “Perluasan pendidikan prasekolah ke dalam aliran perdana pendidikan akan membolehkan negara kita menepati standard antarabangsa dalam menyediakan pendidikan bagi tempoh 12 tahun bagi setiap murid,” katanya pada majlis Perutusan Tahun Baru 2010 kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

    Tiga sub-NKRA pendidikan yang lain ialah penguasaan 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira akan ditingkatkan dengan pengenalan program Literasi dan Numerasi (LINUS); melahirkan Sekolah Berprestasi Tinggi; dan merangka suatu insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah. – Bernama

    Tamil school fun for Malay kids

    08/01/2010

    By NELSON BENJAMIN

    PAGOH: Like many students nationwide, seven-year-old Muhammad Khair Allie Mohd Tazili finds school fun and exciting.

    After just one week, he has already learned how to greet people in Tamil, calling out “vanakam (greetings)”.

    A unique class: Devi (standing) looking at teachers S. Nareshkumar (left) and S. Komala (partly hidden) teaching Muhammad Khair (right) and the others at SJK (T) Ladang Ban Heng yesterday.

    Muhammad Khair is among 14 students studying at SRJK (T) Ladang Ban Heng, the only Tamil school in the state with Malay students. The school, located 45km from Muar, is in Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s constituency.

    Muhammad Khair is not alone — his elder sister Noor Hardiana Rasidin, 12, is studying at the same school along with two other Malay children.

    His mother Rofiah Ali, 49, a plantation worker, said she had no regrets sending her two children to the school.

    “Besides getting a lot of attention from their teachers, my children are also able to pick up another language,” she said, adding that her eldest daughter was able to read and write Tamil.

    “We are a closely-knit family here and a school located within the plantation is very convenient,” she said, adding that her daughter would be sitting for the UPSR this year and would take up Tamil among her seven subjects.

    Another parent, Mohd Tazili Mohd Shah, 32, whose son is in Year One, said it would be good for the boy to pick up a new language.

    “Many parents send their children to Chinese schools. Why not to a Tamil school?” he said, adding that he was satisfied with the teachers at the school.

    Mohd Tazili added that he intended to send all his three children to the school.

    Headmistress P. Devi, 48, said the school, set up in 1947, had four Malay students in Years One, Three and Six. Their parents work at the plantation.

    Devi, who has been a teacher for 20 years, said over the years the school had 10 or 11 students, but this year the number had risen.

    “We have seven teachers at the school with three classrooms. We also use the library and resource centre because there is a shortage of classrooms,” she said, adding that the students get a lot of attention and guidance as the ratio was one teacher to two students.

    Last year the school’s four UPSR candidates passed the examination.

    Devi added that the parent-teacher association, along with the residents in the area, were supportive of the school and its activities.

    “I hope that we will be able to expand the school by having three more classrooms.”

    According to an education department official, more than 2,300 new students entered Year One in 70 Tamil schools statewide this year.

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/8/nation/5430804&sec=nation