Guru patut akur arahan bertukar

02/01/2010

Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my

Enggan pindah punca jumlah tenaga pengajar tidak seimbang: Muhyiddin

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas sikap segelintir guru yang sentiasa mengemukakan rayuan sama ada ditukarkan ke sekolah lain atau terus kekal di sekolah tertentu sehingga menjejaskan usaha kerajaan memantapkan sistem pendidikan negara.

Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri tidak terkecuali dihujani permohonan guru yang merayu supaya tidak ditukarkan atau ditukarkan ke sekolah lain.

//

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, tindakan guru terbabit akan menyebabkan kementerian berdepan dengan masalah lebihan guru di sesetengah sekolah, manakala di tempat lain menghadapi masalah kekurangan guru.

“Ia (tindakan) satu masalah pada kementerian kerana jika dia berminat untuk kekal selama-lamanya, kita akan berdepan dengan masalah kekurangan dan lebihan guru.

“Sebagai contoh, ada negeri yang kurang guru dan ada negeri yang lebih guru kerana guru tidak mahu ditukarkan ke negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari di Bandar Pinggiran Subang di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom.

Muhyiddin berkata, sebagai kakitangan kerajaan yang tertakluk pada arahan kementerian, guru harus memahami jika kementerian memutuskan untuk menukar, memindah atau menempatkan mereka di sekolah tertentu.

Beliau berkata, tindakan tukar-menukar sekolah tidak dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya berdasarkan keperluan sekolah dan mata pelajaran yang diajar di sekolah itu.

Dalam isu berkaitan, Timbalan Perdana Menteri berkata, sebanyak 76 sekolah baru termasuk 40 SK yang boleh menampung 58,140 pelajar akan mula beroperasi tahun ini.

Daripada jumlah itu, 20 sekolah termasuk 11 SK dibuka bulan ini, manakala selebihnya Jun depan.

Mengulas keadaan sesak di SK Subang Bestari, Muhyiddin berkata, bagi menangani masalah itu pihaknya menyediakan peruntukan untuk membina sekolah baru di kawasan berhampiran bagi menampung bilangan murid yang kini mencecah 3,260 orang.

“Ibu bapa boleh menghantar anak mereka ke sekolah baru pada sesi persekolahan awal 2012 dan sebagai langkah jangka pendek bagi mengurangkan kesesakan di sekolah itu kementerian menyediakan kabin yang selesa dan kondusif.

“Jika sekolah mempunyai pelajar yang melebihi nisbah sepatutnya iaitu sehingga satu kelas 40 hingga 50 pelajar, ia boleh menjejaskan proses pembelajaran,” katanya.

Sementara itu, Alimuddin berkata kementerian sedang ke arah menjadikan pembelajaran satu sesi di semua sekolah di seluruh negara tetapi enggan menyatakan bila ia boleh dilaksanakan.

Kementerian jamin persekolahan lancar

02/01/2010

Oleh Hussain Said dan M Hifzuddin Ikhsan
bhnews@bharian.com.my

Keperluan pembelajaran dipastikan cukup

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memberi jaminan persediaan pembukaan sesi persekolahan 2010 bermula hari ini dan esok berjalan lancar dengan setiap pelajar akan dipastikan mendapat kerusi, meja serta buku teks untuk memulakan proses pembelajaran.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata persiapan rapi sudah dibuat sejak sebulan lalu menerusi mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

//

“Mesyuarat bertujuan meneliti secara dekat persiapan untuk menghadapi sesi baru persekolahan 2010 dan memastikan semua isu berkaitan penggal persekolahan ditangani sebelum sesi bermula.

“Antara aspek utama persediaan ialah memastikan bekalan buku teks, perabot dan tenaga pengajar di 10,000 sekolah seluruh negara mencukupi, selain infrastruktur di sekolah mesti bersih, kemas serta teratur. Ini termasuk penggantian perabot rosak di beberapa sekolah sekitar Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah akibat banjir.

“Daripada perkembangan dan laporan yang diterima, semua persiapan berjalan lancar dan berharap proses pengajaran dan pembelajaran dapat dimulakan serta berjalan seperti biasa pada hari pertama persekolahan esok (hari ini) dan lusa (esok),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Alimuddin turut menegaskan penyeragaman bayaran tambahan untuk sesi persekolahan baru yang ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 pelajar sekolah menengah berbanding pakej pembayaran A, B dan C berdasarkan pekerjaan ibu bapa sebelum ini, sebagai tidak membebankan mereka.

“Daripada maklum balas sekolah yang menjalankan minggu orientasi untuk murid Tahun Satu, hampir 80 hingga 90 peratus ibu bapa yang menghantar anak masing-masing sudah membayar bayaran yang ditetapkan.

“Sebarang bayaran tambahan lain bergantung kepada persetujuan pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berdasarkan keperluan aktiviti murid di sekolah masing-masing dengan mengambil kira latar belakang ekonomi ibu bapa mereka.

“Jadi, tidak timbul isu berhubung bayaran yang ditetapkan itu kerana kadarnya lebih rendah berbanding tahun lalu,” katanya.

Sementara itu di KUCHING, seramai 45,256 murid Tahun Satu dan 35,818 pelajar Tingkatan Satu mendaftar di seluruh negeri ini untuk memulakan sesi persekolahan baru, esok.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata sepatutnya empat sekolah menengah baru dibuka mulai semalam, tetapi berikutan masalah kegagalan kontraktor menyiapkan pembinaan sekolah, ia gagal menampung pelajar baru.

“Bagi mengatasi masalah itu, semua pelajar akan ditumpangkan di sekolah berdekatan dengan kita menjangka empat sekolah baru berkenaan akan dapat beroperasi sepenuhnya dan menerima pelajar antara Mac hingga Jun depan,” katanya.

Empat sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya 2, Samarahan; SMK Kemena, Bintulu; SMK Nanga Dap, Sibu dan SMK Beladin, Betong.

Menurutnya, seramai 1,000 guru terlatih sekolah rendah turut dijangka memulakan tugas mereka esok di seluruh Sarawak, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Sekolah kena pastikan tiada kenaikan di kantin

02/01/2010

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) akan mencari kaedah dan mekanisme terbaik bagi memastikan tiada kenaikan harga makanan di kantin sekolah seluruh negara berikutan kenaikan harga gula berkuatkuasa 1 Januari.

Presidennya, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata memang tidak dinafikan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang menjadikan harga runcit baru di Semenanjung RM1.65 sekilogram dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak akan memberi kesan terhadap harga makanan dan minuman di kantin sekolah.

“Apa yang paling penting ialah rundingan antara jawatankuasa kantin yang dianggotai pengetua atau guru besar dan pengusaha kantin untuk menetapkan harga terbaik yang dipersetujui semua pihak selain perlunya pemantauan berterusan bagi memastikan pengusaha mengikut harga yang dipersetujui.

//

“Kalau ada kenaikan harga, perkara itu juga perlu dipersetujui secara bersama dan tidak membebankan ibu bapa dan pelajar” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, sekolah juga boleh memainkan peranan dalam mendidik anak-anak melalui kempen pemakanan sihat, terutama menggalakkan pengambilan makanan segar seperti buah-buahan.

Katanya, umum mengetahui purata pengambilan gula di kalangan rakyat di negara ini adalah 26 sudu sehari dan ia adalah satu jumlah yang tinggi.

Justeru, beliau berkata, Kementerian Pelajaran perlu mengambil tindakan dengan menyelaraskan pelbagai usaha bukan sahaja dalam melaksanakan kempen mengurangkan pengambilan gula tetapi juga memastikan penyelarasan harga makanan di kantin supaya tidak membebankan ibu bapa.

Don’t raise prices, canteen operators warned

02/01/2010

Wee: School canteen operators cannot raise food prices

KUALA LUMPUR: School canteen operators have been warned not to raise the prices of their food and drinks despite the increase in sugar price.

Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong said such costs had been fixed when operators submitted their tender to operate in schools.

“The canteen has to display the prices of food. The school must ensure that the price displayed is the same as the price list the operator submitted during the tendering process.

“The operators have signed an agreement and they must stick to the contract,” he said.

Asked whether appeals for a price review by operators would be entertained, Dr Wee said the issue did not arise as they had to honour their agreement.

“I urge all canteen operators to not take advantage of the sugar price increase to raise prices, especially of food. Alternatively, they can reduce the amount of sugar used, which is also a healthier practice,” he said.

On another matter, Dr Wee said the Education Ministry had to slash subsidies to students after its operating budget was cut by 20%.

In the past, financial assistance to schools, including the tuition assistance scheme and school food scheme, cost the Government about RM3bil annually.

Innovation make-over to improve standing