Kementerian ambil alih Permata Negara

23/06/2010

Oleh Alzahrin Alias

bhnews@bharian.com.my

Perincian semula struktur, pelaksanaan pembaharuan perkasa program menjelang 2012

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengambil alih pelaksanaan Program Permata Negara mulai 2012 selepas dua akta berkaitan dipinda di Dewan Rakyat.

steri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata Akta Pelajaran 1996 dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 perlu dipinda serta diselaraskan bagi tujuan itu dan ia mengambil masa menyebabkan perancangan awal pengambilalihan pada Mac tahun depan tidak dapat dilaksanakan.

eliau yang juga Penaung Permata, berkata perincian membabitkan bidang kuasa agensi terbabit, termasuk penyediaan tenaga pendidik Permata yang terlatih dan pengambilalihan itu hanya membabitkan program asuhan serta didikan awal kanak-kanak.

“Kementerian akan mengambil alih dari segi pelaksanaan manakala dasar dan pemantauan masih lagi di bawah Majlis Pelaksanaan Program Permata, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program Permata, yang dipengerusikan saya sendiri” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan pemerkasaan program Permata Negara di kediamannya, di sini, semalam.

Rosmah berkata, Kementerian Pelajaran akan mengambil alih program seperti pendidikan dan penjagaan kanak-kanak manakala Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil alih pengendalian Taska.
Beliau berkata, sebahagian Taska Kemas dan Taska Perpaduan sudah mematuhi pendekatan kurikulum yang diguna pakai oleh Permata Negara.

Mengenai rancangan memperkasakan Program Permata, Rosmah berkata, sebuah Pusat Anak Permata Negara (PAPN) akan dibina di tiga Parlimen setiap negeri kecuali di Terengganu dan Sarawak.

“Kita sudah bina PAPN di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu manakala di Sarawak, kita bekerjasama dengan Taska Jabatan Ketua Menteri (JKM). Setakat bulan ini, sebanyak 27 PAPN sudah memulakan kerja pembinaan dan dinaik taraf,” katanya.

Selain itu, katanya, kerja pembinaan dan menaik taraf 70 Taska KEMAS, 27 Taska Perpaduan, lapan Taska JKM Sarawak dan 20 Taska Tempat Kerja/Komuniti, dilaksanakan.

“Bagi memastikan program Permata ini berjaya, seramai 1,200 orang pendidik bakal mendapatkan latihan Kursus Pendidik Permata. Setakat Mei, seramai 428 pendidik sudah mengikuti latihan ini,” katanya.

Kurikulum Permata seluruh negara diperkasa

05/05/2010

KUALA LUMPUR: Program Permata Negara akan memperkasakan pemakaian kurikulum Permata kepada 210 pusat selain merancang melatih 1,000 tenaga pendidik bagi memberi peluang kepada 8,400 kanak-kanak mendapat manfaatnya.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata rancangan melatih pendidik itu akan dapat memberi manfaat kepada ramai kanak-kanak bawah usia empat tahun mendapat kurikulum Permata di seluruh negara.

Katanya, sudah menjadi hasratnya melihat lebih banyak pusat asuhan terutama di tempat kerja menggunakan kurikulum Permata bukan saja yang di bawah kelolaan kerajaan, tetapi juga swasta. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara berkata, setakat ini penggunaan kurikulum Permata untuk pusat jagaan dan taska di bawah kelolaan kerajaan.

“Walaupun ada sebahagian kecil taska di bawah kelolaan pihak swasta menggunakan kurikulum Permata ini, tetapi ia dilaksanakan secara sukarela. Selain itu, saya juga menyeru pihak majikan menyediakan Taska di syarikat atau pejabat masing-masing untuk kemudahan ibu bapa.

“Dengan adanya taska di tempat kerja ini kaum ibu dapat menumpukan perhatian kepada kerja mereka dengan lebih produktif,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Taska Permata Perkeso di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, Timbalannya, Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Eksekutif Perkeso, K Selvarajah.
Dalam perkembangan lain, Rosmah berkata beberapa pegawai sudah dihantar ke Hulu Selangor untuk mencari bangunan yang sesuai untuk dijadikan Pusat Permata Negara di situ.
“Pegawai sudah mula mencari bangunan bersesuaian sama ada rumah atau lot rumah bagi mewujudkan pusat itu. Sekiranya tidak mendapat tanah, kami merancang untuk membeli sebuah rumah untuk dijadikan pusat itu seperti di Kuching, Sarawak,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KurikulumPermataseluruhnegaradiperkasa/Article

Permata centre planned for Hulu Selangor

05/04/2010

HULU SELANGOR: A Pusat Permata Negara (Permata) has been planned for Hulu Selangor as many parents have expressed interest in sending their children to the early childhood care and education centre, said Datin Seri Rosmah Mansor.

The Prime Minister’s wife is Permata policy executive committee chairman.

Plans to build the centre here was temporarily halted after it encountered several problems, including land acquisition and failure to secure a suitable premise.

“Parents here have expressed interest in sending their children to Permata,” said Rosmah after visiting villagers of Kampung Sungai Buaya here yesterday.

She added that there were 420 Permata centres in rural areas nationwide.

Rosmah said it costs RM200,000 to equip a centre with toys and games.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/4/5/nation/5994747&sec=nation

Permata anjur Program Perkasa Remaja Mac ini

06/02/2010

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata) akan memperkenalkan Program Perkasa Remaja bermula 1 Mac ini dalam usaha membangunkan remaja positif ke arah menangani masalah sosial golongan tersebut.

Isteri Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, program tersebut disasarkan kepada golongan berusia 18 hingga 25 tahun khususnya mereka yang ‘bermasalah.’

Sebagai permulaan, katanya, pihak Permata akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan remaja yang pernah melanggar undang-undang untuk menyertai program tersebut.

“Setakat ini seramai 15 remaja daripada kira-kira 30,000 remaja yang pernah melanggar undang-undang telah bersetuju untuk menyertai program ini.

“Ia akan diberikan secara percuma dan akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang penuh interaktif dan motivasi,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dasar Program Permata yang diadakan di kediamannya di sini, hari ini.

Rosmah berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mempunyai kemahiran dan pendekatan khusus untuk menjayakan program dua bulan itu.

“Kita juga sedang berbincang dengan Peguam Negara untuk meminda undang-undang bagi membolehkan anak muda yang melakukan kesalahan memilih menyertai program berkenaan sebagai alternatif kepada hukuman penjara,” katanya.

Menurut Rosmah, pihaknya juga telah merancang secara komprehensif bagi mengenal pasti potensi kanak-kanak untuk dikembangkan secara optimum dalam bidang berkaitan termasuk memperkenalkan program Permata Insan selain meneruskan pelaksanaan program sedia ada.

Bagi program Permata Insan, kata Rosmah, seramai 50 pelajar disasarkan untuk menyertai perkhemahan selama dua minggu itu yang dipilih melalui ujian secara dalam talian yang bermula Mac ini.

Mengulas mengenai program Permata Negara, Rosmah memberitahu, sebanyak tiga buah Pusat Anak Permata Negara (PAPN) akan ditubuhkan di tiga kawasan Parlimen di setiap negeri.

“Di beberapa negeri yang mempunyai masalah teknikal seperti Selangor, Kedah dan Pulau Pinang untuk membangunkan pusat Permata, kita akan membeli rumah atau kedai yang telah siap dengan harga berpatutan bagi mewujudkan pusat jagaan Permata,” katanya.

Mengulas mengenai program Permata Pintar, kata Rosmah, pihaknya akan meneruskan perkhemahan dengan sasaran seramai 1,000 peserta tahun ini selain mempelawa 10 kanak-kanak dari negara ASEAN untuk menyertainya.

Sementara itu menurutnya, bagi program Permata Seni pula, selain menganjurkan konsert bagi kanak-kanak di bawah 15 tahun, program tersebut juga akan melaksanakan Kem Muzik pada cuti penggal persekolahan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

UM dipelawa latih pengasuh Permata

30/01/2010

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mempelawa Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) bekerjasama dengan Permata Negara dalam menyediakan latihan kepada pengasuh kanak-kanak bagi progam itu.

Rosmah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara, berkata dengan pencapaian UM yang berjaya melahirkan ratusan pendidik dan membentuk pasukan profesional daripada pelbagai latar belakang dalam pendidikan awal kanak-kanak sejak 12 tahun lalu, kerjasama itu memberi manfaat dalam usaha melatih pengasuh Permata.

“Setakat ini, Permata bekerjasama rapat dengan jayanya bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kita mengalu-alukan penyertaan UM dalam bidang ini,” katanya ketika merasmikan Persidangan Asia Pasifik Siswazah Pendidikan Awal Kanak-kanak (APAC) 2010 di universiti itu di sini.

Rosmah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara, berkata dengan pencapaian UM yang berjaya melahirkan ratusan pendidik dan membentuk pasukan profesional daripada pelbagai latar belakang dalam pendidikan awal kanak-kanak sejak 12 tahun lalu, kerjasama itu memberi manfaat dalam usaha melatih pengasuh Permata.

Beliau berkata, kira-kira 210 pusat Permata akan dibina, dinaik taraf dan diberi kelengkapan dengan alat pembelajaran melalui peruntukan sebanyak RM100 juta yang diberikan kerajaan bagi tahun ini.

Katanya, pada penghujung tahun lalu, lebih 400 pusat asuhan kanak-kanak bagi Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Perpaduan Negara, komuniti dan di tempat kerja sudah dibina, dinaiktaraf atau diperbaharui sebagai pusat Permata Negara melalui peruntukan RM150 juta di bawah pakej rangsangan pertama tahun lalu dan memberi manfaat kepada lebih 16,000 kanak-kanak berumur di bawah lima tahun.

“Cabaran kepada kita adalah untuk memastikan usaha memberikan pendidikan mencukupi dan jagaan kepada kanak-kanak adalah inklusif dan tidak ada kanak-kanak ketinggalan,” katanya. Rosmah juga berharap, ibu bapa yang menghantar anak ke pusat Permata dapat meluangkan masa bersama anak mereka sekurang-kurangnya sejam seminggu.

“Ibu bapa boleh menjenguk anak mereka semasa makan tengah hari, makan bersama anak-anak kerana pusat Permata menggalakkan ibu bapa datang berinteraksi dengan anak mereka apabila mereka ada masa,” katanya.Rosmah juga berharap, ibu bapa yang menghantar anak ke pusat Permata dapat meluangkan masa bersama anak mereka sekurang-kurangnya sejam seminggu.

“Ibu bapa boleh menjenguk anak mereka semasa makan tengah hari, makan bersama anak-anak kerana pusat Permata menggalakkan ibu bapa datang berinteraksi dengan anak mereka apabila mereka ada masa,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20100130001339/Article/index_html