Jejas keistimewaan

2010/06/23

KESATUAN Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menganggap usaha kementerian untuk menyelesaikan masalah perjawatan 24,000 guru kumpulan DG29 dalam tempoh dua tahun terlalu lama.

Kelewatan itu kata Presidennya, Mohamad Sabri Mohd Arsad, menjejaskan kenaikan pangkat dan keistimewaan kumpulan berkenaan.Beliau berkata, jika kelewatan itu disebabkan faktor kewangan kerana perlu menganjurkan kursus, masalah berkenaan boleh diatasi dengan mengadakannya di tempat yang tidak menggunakan perbelanjaan tinggi.

Antara lokasi alternatif ilihan katanya, di Institut Pendidikan Guru, universiti awam (ketika cuti semester) atau Institut Tadbiran Awam Negara seluruh negara kerana kos pengurusan lebih rendah.

“Kumpulan pertama 5,000 guru berkenaan akan dipanggil mengikuti kursus induksi berkenaan tahun ini. Bakinya tahun seterusnya. Jumlah yang dipanggil terlalu kecil dan keadaan ini melambatkan proses pengesahan jawatan.

“Guru berkenaan perlu mengikuti kursus bagi menerangkan kepada mereka mengenai tanggungjawab hakiki yang menjadi syarat pengesahan jawatan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, dilaporkan sebagai berkata, kementerian akan menyelesaikan masalah pengesahan jawatan 24,000 guru kumpulan berkenaan secara berperingkat.
Katanya, proses pengesahan itu dijangka mengambil masa selama dua tahun. Jika tahun ini 5,000 guru mengikutinya masing-masing masih berada dalam tempoh dua tahun selepas lantikan.

Mengulas kekurangan guru Program Jawi, Quran dan Fardu Ain (j-QAF), pula, Mohamad Sabri berkata, pihaknya menyokong keputusan kementerian meneruskan usaha mengambil guru berkenaan di kalangan graduan universiti berteraskan Islam dari luar negara dan tempatan.

Pengambilan guru tambahan kata beliau perlu disegerakan kerana ketika ini guru j-QAF dibebani tugas yang mencecah sehingga 30 ke 32 waktu seminggu. Waktu tambahan itu begitu membebankan berbanding 24 hingga 26 waktu seminggu.

Guru berkenaan juga katanya, terbabit dengan Kem Solat Bestari setiap hujung minggu yang mana aktiviti ini tidak boleh dilaksanakan guru biasa.

Mengulas tuntutan perjalanan guru diperuntukkan RM30 sebulan sejak awal tahun ini, Mohamad Sabri berkata, KGMMB faham dengan masalah berkenaan dan akan mencari alternatif bagi memastikan guru diberi imbuhan sewajarnya.

Beliau berkata, pihaknya faham kekangan kewangan kerajaan, namun perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana membabitkan kebajikan guru secara keseluruhan.

“Sebagai usaha mengurangkan kos pengurusan, masing-masing disaran menganjurkan seminar mahupun bengkel di sekolah masing-masing. Segala dasar boleh disampaikan terus melalui pihak pentadbiran sekolah,” katanya.

Kementerian ambil alih Permata Negara

23/06/2010

Oleh Alzahrin Alias

bhnews@bharian.com.my

Perincian semula struktur, pelaksanaan pembaharuan perkasa program menjelang 2012

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengambil alih pelaksanaan Program Permata Negara mulai 2012 selepas dua akta berkaitan dipinda di Dewan Rakyat.

steri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata Akta Pelajaran 1996 dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 perlu dipinda serta diselaraskan bagi tujuan itu dan ia mengambil masa menyebabkan perancangan awal pengambilalihan pada Mac tahun depan tidak dapat dilaksanakan.

eliau yang juga Penaung Permata, berkata perincian membabitkan bidang kuasa agensi terbabit, termasuk penyediaan tenaga pendidik Permata yang terlatih dan pengambilalihan itu hanya membabitkan program asuhan serta didikan awal kanak-kanak.

“Kementerian akan mengambil alih dari segi pelaksanaan manakala dasar dan pemantauan masih lagi di bawah Majlis Pelaksanaan Program Permata, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program Permata, yang dipengerusikan saya sendiri” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan pemerkasaan program Permata Negara di kediamannya, di sini, semalam.

Rosmah berkata, Kementerian Pelajaran akan mengambil alih program seperti pendidikan dan penjagaan kanak-kanak manakala Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil alih pengendalian Taska.
Beliau berkata, sebahagian Taska Kemas dan Taska Perpaduan sudah mematuhi pendekatan kurikulum yang diguna pakai oleh Permata Negara.

Mengenai rancangan memperkasakan Program Permata, Rosmah berkata, sebuah Pusat Anak Permata Negara (PAPN) akan dibina di tiga Parlimen setiap negeri kecuali di Terengganu dan Sarawak.

“Kita sudah bina PAPN di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu manakala di Sarawak, kita bekerjasama dengan Taska Jabatan Ketua Menteri (JKM). Setakat bulan ini, sebanyak 27 PAPN sudah memulakan kerja pembinaan dan dinaik taraf,” katanya.

Selain itu, katanya, kerja pembinaan dan menaik taraf 70 Taska KEMAS, 27 Taska Perpaduan, lapan Taska JKM Sarawak dan 20 Taska Tempat Kerja/Komuniti, dilaksanakan.

“Bagi memastikan program Permata ini berjaya, seramai 1,200 orang pendidik bakal mendapatkan latihan Kursus Pendidik Permata. Setakat Mei, seramai 428 pendidik sudah mengikuti latihan ini,” katanya.

Ujian khas masuk sekolah asrama penuh

23/06/2010

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan mewujudkan ujian khas menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai kelayakan untuk memasuki sekolah berasrama penuh.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bagaimanapun berkata, ujian khas itu tidak akan diwajibkan, sebaliknya terbuka kepada pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh.

“Sebelum ini pun ada pelajar cemerlang mendapat 5A dalam UPSR, tetapi tidak mahu memohon asrama penuh dan mahu kekal di sekolah harian, jadi mungkin kita tidak mewajibkannya, sebaliknya terbuka untuk pelajar berminat,” katanya pada sidang media selepas menerima lawatan kira-kira 49 anak yatim dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di sini, semalam.

Dr Mohd Puad berkata, ujian khas itu juga akan diselaraskan Kementerian Pelajaran sendiri dan bukan pihak sekolah berasrama penuh.

Di BANGI, Pengambilan pelajar lepasan sekolah rendah dan sekolah menengah ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak akan terjejas jika kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata MRSM mempunyai kaedah sendiri dalam membuat penilaian bagi pengambilan pelajar ke maktab berkenaan dan bukannya berdasarkan kepada keputusan UPSR atau PMR sepenuhnya.

“Saya ingat itu tak jadi masalah dan jika Kementerian Pelajaran memutuskan untuk memansuhkan UPSR dan PMR, kita akan guna pakai kaedah penilaian sedia ada dalam MRSM untuk dasar pengambilan pelajar,” katanya.

Dr Mohd Puad berkata, ujian khas itu juga akan diselaraskan Kementerian Pelajaran sendiri dan bukan pihak sekolah berasrama penuh.

Di BANGI, Pengambilan pelajar lepasan sekolah rendah dan sekolah menengah ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak akan terjejas jika kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata MRSM mempunyai kaedah sendiri dalam membuat penilaian bagi pengambilan pelajar ke maktab berkenaan dan bukannya berdasarkan kepada keputusan UPSR atau PMR sepenuhnya.
“Saya ingat itu tak jadi masalah dan jika Kementerian Pelajaran memutuskan untuk memansuhkan UPSR dan PMR, kita akan guna pakai kaedah penilaian sedia ada dalam MRSM untuk dasar pengambilan pelajar,” katanya.

Dr Mohd Puad berkata, ujian khas itu juga akan diselaraskan Kementerian Pelajaran sendiri dan bukan pihak sekolah berasrama penuh.

Di BANGI, Pengambilan pelajar lepasan sekolah rendah dan sekolah menengah ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak akan terjejas jika kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata MRSM mempunyai kaedah sendiri dalam membuat penilaian bagi pengambilan pelajar ke maktab berkenaan dan bukannya berdasarkan kepada keputusan UPSR atau PMR sepenuhnya.

“Saya ingat itu tak jadi masalah dan jika Kementerian Pelajaran memutuskan untuk memansuhkan UPSR dan PMR, kita akan guna pakai kaedah penilaian sedia ada dalam MRSM untuk dasar pengambilan pelajar,” katanya.

Ujian Khas ganti UPSR ke SBP?

23/06/2010

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM
pengarang@utusan.com.my

DR. MOHD. Puad Zarkashi menyampaikan sumbangan sempena lawatan Sambil Belajar Anak-anak dan Pengasuh Asrama Anak-anak Yatim Johor di Acheh di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 22 Jun – Satu Ujian Khas mungkin bakal menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai penilaian untuk penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, bagaimanapun ujian itu tidak akan diwajibkan kepada semua pelajar, bahkan diadakan untuk mereka yang berminat memilih sekolah tersebut bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah.

“Mungkin Ujian Khas ini akan diselaraskan tetapi bukan dijadikan peperiksaan wajib sebagaimana yang pernah dibuat oleh Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

“Banyak juga kes pelajar yang mendapat 5A tetapi mereka tidak berminat memasuki sekolah berasrama penuh.

“Bagaimanapun perkara ini masih di peringkat cadangan dan banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk memilih pelajar memasuki sekolah ini. Ia akan diumumkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan RM130,199.70 untuk Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia sempena lawatan 37 anak yatim dan 12 guru dari asrama itu ke Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Sumbangan itu diterima daripada pelbagai badan korporat dan individu negara ini termasuk Kementerian Dalam Negeri dan sekolah-sekolah negeri Johor bagi pengurusan asrama itu yang dibina sejak empat tahun lalu akibat bencana tsunami.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, setakat ini kementerian menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak termasuk tokoh akademik tentang cadangan memansuhkan UPSR dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi membolehkan satu sistem pendidikan secara holistik diadakan.

Di peringkat kementerian, katanya, kajian sudah dijalankan termasuk melihat kepentingan menjadikan vokasional sebagai sistem pendidikan arus perdana bagi mewujudkan sistem dua aliran iaitu akademik dan vokasional.

“Bagaimanapun, maklum balas daripada masyarakat cukup penting kerana pendidikan merupakan perkara dinamik yang perlu ditransformasikan berdasarkan kehendak semasa.

“Kementerian sudah menjalankan kajian kerana sistem pentadbiran sudah berubah sama ada kita mahu menggunakan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan ataupun sebaliknya,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Semua calon lulus kursus diserap guru tetap

23/06/2010

PUTRAJAYA 22 Jun – Semua calon yang telah lulus kursus perguruan tidak akan lagi dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih sebaliknya diserapkan sebagai guru tetap tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kerajaan bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi juga memberikan status perjawatan yang lebih baik kepada guru terlatih itu.

”Dalam pengambilan yang akan datang, kita tidak perlu ada guru sandaran terlatih lagi dan kalau ada jawatan yang kita perlukan, penempatan boleh dibuat secara langsung ke mana-mana sekolah yang sesuai.

”Apa yang penting kita hendak guru yang cukup baik dan terpilih diberikan jawatan tetap selepas proses tapisan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, bagi melaksanakan tindakan tersebut, sewajarnya perkongsian maklumat dari segi data pelatih antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan SPP dapat diperkemaskan.

Ini supaya proses pelantikan ke jawatan tetap itu dapat dilaksanakan dengan cekap, pantas dan berkesan.

”Buat masa ini pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan dikendalikan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran dan Unit Pusat Universiti Kementerian Pengajian Tinggi.

”Mereka yang telah lulus latihan kemudiannya akan dilantik sebagai guru oleh SPP,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menggariskan lima syor yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti guru.

”Lima syor itu adalah mengadakan kempen merekrut calon-calon guru terbaik, memastikan guru-guru menumpukan sepenuhnya kepada tugas mengajar dan bukannya tugas perkeranian.

”Selain itu, meningkatkan akauntabiliti institut pendidikan guru melalui pengenalan sistem penarafan berdasarkan tahap kecemerlangan masing-masing, merekrut guru-guru berkualiti dalam bidang kritikal dan menambahbaik laluan kerjaya guru,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm