Gym fun for school holidays

04/06/2010

Kickstart Gymnastics offers a wide variety of activities, as well as an emphasis on gymnastic skills.

Kickstart Gymnastics offers a wide variety of activities, as well as an emphasis on gymnastic skills.

KUALA LUMPUR: With the school holidays just around the corner, Kickstart Gymnastics is offering a gym fun programme for students.

The programme, for children aged 6 to 12, will be held on June 10-11 at the Sport Planet Ampang.

It offers children the opportunity to participate in activities including mini Olympics, dance, art and craft and team building games.
Kickstart was founded by former national gymnast Wan Dina Norazrin Wan Kamaruzzaman with the mission of giving children a chance to kick-start their interest in gymnastics while socialising with friends.

Kickstart Gymnastics offers a wide variety of activities, as well as an emphasis on gymnastic skills. The programme is open to the public

Three Kickstart gymnasts won the team gold in a competition in Kedah. They were Lee Shu Wern, Chan Sze Lyn and Rennele Alyssa Marinus.
Shu Wern, who also won the individual overall title, is now preparing for the next competition in November.

Call 012-2106 824 for details. — Afrita Nasril

Read more: Gym fun for school holidays http://www.nst.com.my/nst/articles/reiuerij/Article/#ixzz0psQlBmm7

Scholarships only for those at top varsities

04/06/2010

IPOH: Mara will only provide scholarships to students who secured places in top foreign universities or colleges, equivalent to Cambridge and Oxford universities in the United Kingdom or Harvard University in the United States from next year.

Currently, it offers scholarships to students pursuing courses at other higher institutions of learning overseas.

Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Shafie Apdal said the move was to promote local universities which also offered courses and facilities at par with their foreign counterparts.
This was discussed in the cabinet meeting and it will be implemented next year,” he said.

“Some of our universities such as Universiti Malaya are at par with many foreign universities. We should take advantage of our own resources before turning to foreign universities,” he said after visiting University Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak ( yesterday.

“Why waste funds by sponsoring expensive foreign education that eventually produces the same quality as our own local graduates?”

Read more: Scholarships only for those at top varsities http://www.nst.com.my/nst/articles/2lar/Article/#ixzz0psPldicK

Tarikh baru penubuhan Melaka perlu diiktiraf dunia

04/06/2010

KUALA LUMPUR 3 Jun – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka bagi mendapat pengiktirafan dunia berhubung tarikh baru penubuhan Kerajaan Melayu Melaka yang dikesan bermula pada 1262 dan bukannya 1400.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, bagaimanapun bukti mengenai tarikh tersebut perlu diperakukan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

‘‘Walaupun ia telah dibuktikan oleh pakar sejarah dan ahli akademik tempatan yang menjalankan kajian sejak awal tahun lalu tetapi ia perlu mendapatkan pengiktirafan daripada badan atau organisasi sejarah dunia.

‘‘Kesahihan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu dan disahkan secara bersama pakar sejarah tempatan dan antarabangsa melalui penemuan bukti-bukti yang ditemui.

‘‘Kementerian bersedia bekerjasama bagi mendapatkan pengiktirafan tarikh baru itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kuala Lumpur Ke-45 di sini hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan mengenai rumusan sekumpulan penyelidik mengenai sejarah penubuhan Kerajaan Melayu Melaka yang didapati diasaskan pada 1262 dan bukannya 1400 yang menjadi rujukan sebelum ini.

Keputusan memilih 1262 sebagai tarikh penubuhan Kerajaan Melayu Melaka diputuskan hasil kesepakatan sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_30.htm

Bukan kerana gam

04/06/2010

Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR 3 Jun – Bedah siasat terhadap murid tahun tiga yang meninggal dunia dipercayai akibat tertelan gam semalam, menunjukkan kematian kanak-kanak itu bukan berpunca daripada faktor tersebut.

Sebaliknya, Nor Awatif Azalela, 9, dari Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu disahkan meninggal dunia akibat mengalami pendarahan di dalam otak.

Penemuan itu disahkan oleh doktor yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Nor Awatif di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini semalam.

Bapa tirinya, Saiful Anwar Azmi, 48, berkata, dia dan isterinya, Rogayah Ahmad, 35, tidak menyangka Nor Awatif menghidap penyakit tersebut kerana Allahyarham tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sedang sakit.

“Nor Awatif sebaliknya adalah seorang anak yang ceria dan cerdik, malah jika sakit hanya sekadar demam biasa sahaja. Doktor kata mungkin arwah mengalami kelainan pada otaknya sejak kecil.

“Namun semalam dipercayai telah berlaku pendarahan di otaknya itu sehingga menyebabkan kematiannya,” ujarnya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Alor Mengkudu, di sini hari ini.

Saiful berkata, pada mulanya, dia dan isterinya, menerima kematian Nor Awatif dengan reda serta enggan menjalankan bedah siasat terhadap Allahyarham.

Katanya, namun disebabkan banyak cerita yang tersebar mengenai kematian Nor Awatif, dia dan sekeluarga mengambil keputusan agar mayat itu dibedah siasat.

“Oleh itu, saya ingin memaklumkan, anak saya meninggal dunia kerana mengalami pendarahan di dalam otak. Ia langsung tiada kena mengena dengan termakan gam,” ujarnya lagi.

Semalam, Nor Awatif pengsan di dalam kelasnya kira-kira pukul 12 tengah hari dan dikejarkan ke Poliklinik Simpang Kuala di sini untuk mendapatkan rawatan, namun, kanak-kanak itu meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang.

Dalam pada itu, Rogayah memberitahu, dua hari sebelum Nor Awatif meninggal dunia, anaknya itu ada mengadu mengalami sakit kepala.

“Dia mengadu pada waktu siang. Namun, bila saya tanya pada malamnya, Nor Awatif kata sakit kepalanya sudah hilang.

“Pagi esoknya dia kata, dia mengalami sakit-sakit badan namun dia tetap ke sekolah dengan ceria. Tak sangka dia akan meninggal dunia semalam,” ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_27.htm

Pelajar wanita mati terbakar

04/06/2010

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

SEORANG wanita terbakar selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah lori di Bulatan Batu 3 1/2, Jalan Cheras berhampiran Taman Pertama, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Jun – Seorang wanita mati dalam keadaan menyayat hati apabila terbakar di dalam keretanya yang terlibat dalam satu kemalangan di Bulatan Batu 3 1/2, Jalan Cheras berhampiran Taman Pertama, di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh ialah Florina Joseph, 27, iaitu seorang pelajar kolej dari Kuching, Sarawak yang tinggal di Damai Perdana, Cheras.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, kereta Perodua MyVi yang dipandu Florina terlibat dengan kemalangan bersama dua buah kenderaan lain iaitu sebuah Toyota Vios dan sebuah lori membawa muatan sayur.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Vios terbabit yang dinaiki satu pasangan, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan.

Kereta itu kemudian bertembung dan merempuh kereta yang dipandu mendiang Florina.

Malangnya pada masa sama, sebuah lori yang datang dari arah belakang gagal mengelak dan terus merempuh belakang kereta mendiang.

Berikutan rempuhan itu, mendiang tersepit dalam keretanya yang remuk teruk sebelum ia mula terbakar.

Lebih menyedihkan, mendiang dikatakan sempat menjerit meminta tolong, namun orang ramai tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.

Mendiang meninggal dunia di tempat kejadian kerana melecur teruk di seluruh badannya.

Pemandu lelaki berusia 24 tahun dan pasangannya, 17, yang cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, kereta Perodua MyVi itu telah dipinjam mendiang daripada teman lelakinya selepas kereta miliknya rosak.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kertas siasatan dibuka mengikut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan menyebabkan kematian.

Difahamkan, siasatan menjurus kepada kemungkinan pemandu kereta Toyota Vios memandu di bawah pengaruh alkohol.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_25.htm