Lebih 100 kanak-kanak prasekolah beradu tenaga

03/06/2010

GURU dan murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan muncul juara keseluruhan bersama Md. Jais Samat (lima dari kanan) pada Kejohanan Olahraga Prasekolah Daerah Mersing di SK Teluk Lipat, Mersing, baru-baru ini.


MERSING 2 Jun – Sebanyak 28 sekolah rendah dari seluruh daerah ini mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Prasekolah ke-10 di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Lipat, Endau baru-baru ini.

Kejohanan itu diadakan untuk memilih wakil daerah ini ke kejohanan peringkat negeri yang akan diadakan pada 5 dan 6 Jun ini di Batu Pahat.

Lebih 100 kanak-kanak prasekolah dari empat Zon iaitu Endau, Bandar Mersing, Tenggaroh dan Nitar menyertai kejohanan itu.

SK Mersing Kanan muncul juara keseluruhan apabila berjaya memenangi lima pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.

Naib johan dimenangi SK Bandar Mersing yang memperoleh tiga pingat emas, tiga perak dan dua gangsa, manakala tempat ketiga diraih pasukan tuan rumah, SK Teluk Lipat dengan dua emas dan satu gangsa.

Para pemenang menerima hadiah piala pusingan dan piala iringan yang disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing (PPD), Md. Jais Samat.

Sementara itu, atlet terbaik kejohanan dirangkul peserta tuan rumah, Nur Najibah Hanim Abdul Halim yang berjaya memenangi dua pingat emas dalam acara 60 meter dan lompat jauh serta turut memecahkan rekod kejohanan bagi kedua-dua acara tersebut.

“Kemenangan ini adalah hasil usaha dan latihan berterusan yang dikendalikan oleh guru,” katanya semasa ditemui Utusan Malaysia.

Acara yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 2 petang itu mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa, penjaga, guru serta penduduk sekitar Kampung Semanyir, Teluk Lipat dan Belukar Juling yang ingin menyaksikan kejohanan berkenaan.

Sementara itu, Md. Jais dalam ucapannya berharap peserta yang terpilih mewakili daerah Mersing ke peringkat negeri dapat memberikan saingan kepada peserta lain.

“Saya berharap pada kejohanan peringkat negeri nanti wakil dari daerah Mersing dapat mencipta kemenangan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_06.htm

103 pelajar mohon jadi juruterbang MAS

03/06/2010

KUALA TERENGGANU 2 Jun – Seramai 103 pelajar dari Terengganu memohon kepada kerajaan negeri untuk mengikuti kursus juruterbang Malaysia Airlines (MAS).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu, seramai 63 orang layak dipertimbangkan.

“MAS hanya menawarkan 20 tempat sahaja dan kita akan buat rayuan supaya ditambah menjadi 40,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Begitu juga dalam bidang jurutera kapal terbang, kerajaan negeri mendapati 203 daripada 219 permohonan layak dipertimbangkan sedangkan MAS setuju mengambil 20 orang.

Dalam bidang kedoktoran pula, kerajaan negeri menerima sebanyak 434 permohonan dan daripada jumlah itu 353 layak dipertimbangkan.

“Ini semua menggambarkan tahap pencapaian anak-anak Terengganu dalam bidang pendidikan semakin berkualiti,” kata Ahmad.

— BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_05.htm

IPGKPT sumbang alat tulis, buku kepada 35 murid SK Kampung Pagi

03/06/2010

JERANTUT 2 Jun – Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) Cheras, Kuala Lumpur memberi sumbangan peralatan menulis dan buku kepada seramai 35 orang murid Sekolah kebangsaan (SK) Kampung Pagi dekat sini kelmarin.

Pengarah IPGKPT Cheras, Zakiyah Idris berkata, sumbangan itu sempena lawatan kerja 12 pensyarah institut berkenaan ke sekolah terbabit yang terletak di kawasan pedalaman Hulu Tembeling.

Beliau berkata, lawatan tersebut bertujuan membuat tinjauan dan soal selidik mengenai pencapaian pelajar, aspek pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah berkenaan, selain beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Katanya, sumbangan yang diberikan diharap dapat membantu murid terbabit yang rata-rata datang dari keluarga berpendapatan rendah dan ada di kalangan mereka yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.

“Lawatan ke SK Kampung Pagi juga adalah untuk melihat lebih dekat pembelajaran murid di sekolah berkenaan.

“Walaupun berada di kawasan pedalaman, tetapi pencapaian murid sekolah berkenaan dalam semua mata pelajaran agak membanggakan kerana mendapat bimbingan guru-guru siswazah terlatih,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis pertemuan dengan guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di SK Kampung Pagi, dekat sini kelmarin.

Hadir sama Guru Besar SK Kampung Pagi, Ideris Zainol; Ketua Kampung, Zakaria Ramly dan Pengerusi PIBG sekolah berkenaan, Abdul Razak Yatim.

Menurut Zakiyah, kaji selidik yang dijalankan adalah untuk membolehkan penambahbaikan dilakukan kepada program latihan yang diberikan kepada guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

”Perkara yang kita beri perhatian ialah pembelajaran dan pengajaran subjek Bahasa Inggeris, Kemahiran Hidup, Matematik dan Sains dengan memperoleh input pengetahuan, kemahiran dan pengalaman guru di sini,” katanya.

Zakiyah menambah, institut itu juga sedang menimbang untuk menghantar guru pelatih melawat dan menjalani latihan jangka pendek di sekolah pedalaman di daerah ini untuk memberi pendedahan awal mengenai senario di kawasan berkenaan.

”Kita masih dalam perancangan, namun input dan output menerusi kajian dan soal selidik selama dua hari ini merupakan suntikan berguna dan penting dalam usaha kami merancang latihan perguruan bersifat profesional di institut berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Razak berkata, pihaknya terharu dengan keprihatinan institut berkenaan dalam membantu murid-murid di sekolah terbabit.

”Kehadiran pelawat dari kalangan profesional dan pensyarah yang mempunyai kepakaran tertentu sudah pasti menyuntik semangat anak- anak kami untuk belajar hingga ke menara gading,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_07.htm

Pregnancies spark alarm

03/06/2010

KUALA TERENGGANU: A spate of 16 pregnancies and four deliveries since last year prompted the Parent-Teacher Association (PTA) of a secondary school here to convene an emergency meeting on Tuesday.

The PTA only got wind about the pregnancies after a Form Three student gave birth to a baby boy at Sultanah Nur Zahirah hospital last Sunday.

Her friend related the incident to a PTA committee member. When the news spread, there was an uproar in the community which led to the PTA convening an emergency meeting.
One of the committee members said another girl had applied to be transferred to a school in Setiu when she was six months’ pregnant.

He said the transfer did not take place as the Form Five girl’s uncle in Setiu had refused to let her stay at his house after knowing about her pregnancy.

“The girl delivered a baby boy on April 26 and has now been transferred to a different school,” he said.
It is understood that 16 other students had become pregnant since last year after they were involved in sexual relations with their boyfriends, some of whom were their classmates.

State Education, Higher Education and Human Resource Committee chairman Ahmad Razif Abd Rahman said he was informed about the matter and had instructed the Education Department to investigate.

“The investigation has revealed that four students had delivered babies since last year. This is regrettable and I am very disappointed.”

Read more: Pregnancies spark alarm http://www.nst.com.my/nst/articles/11prx/Article#ixzz0pksjcJkb

Residents demand 2 schools

03/06/2010

Mohd Sazwan Kamaludin (left) handing over a memorandum on their problem to Rohasam Shah, the head of Umno Youth Pasir Gudang.

Mohd Sazwan Kamaludin (left) handing over a memorandum on their problem to Rohasam Shah, the head of Umno Youth Pasir Gudang.

MORE than 400 residents living in and near Taman Scientex in Johor Baru recently staged a peaceful picket calling on the authorities to build a primary and secondary school for their children.

The picketing started at 10am at Jalan Pelanduk next to the surau at Taman Scientex. Also present was Taman Scientex 2 Umno division members and the housing estate’s Rukun Tetangga sector members.

Mohd Sazwan Kamaludin, 43, said the residents had waited too long for the authorities to act.
“We are unhappy because Taman Kota Masai, which is near Taman Scientex, has two new schools but there are more people living in Taman Scientex.

“Moreover, people who have been living in Taman Scientex for the past 10 years had to send their children to schools in other neighbourhoods.”

http://www.nst.com.my/nst/articles/3pkt/Article/