Wujud sistem pendidikan terbaik

28/06/2010

CADANGAN kerajaan untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR tentulah ada asasnya. Difahamkan antara sebabnya ialah kerajaan ingin mewujudkan pendidikan secara holistik atau menyeluruh.

Memang tidak dinafikan, UPSR dan PMR lebih bersifat akademik atau teori dengan pelajar mengguna pakai semua ilmu mereka dalam bentuk jawapan bertulis. Kemudian mereka diberikan markah. Seterusnya markah mereka akan dikumpul sama ada cemerlang, baik, sederhana dan lemah.

Ia akan memudahkan pihak sekolah mengenal pasti tahap pencapaian pelajar. Biasanya pelajar yang cemerlang akan terus berjaya dalam akademik. Paling kurang akan melanjutkan pengajian di peringkat sijil, diploma dan sarjana.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wujudsistempendidikanterbaik/Article

Pendidikan kesihatan reproduktif di sekolah Julai

28/06/2010

PELABUHAN KLANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Pelajaran menggerakkan projek perintis bagi program kesihatan reproduktif melalui kokurikulum di sekolah, bermula awal bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata program yang dilaksanakan menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu membabitkan lima sekolah terpilih iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu.Katanya, ini berikutan kes kehamilan luar nikah membabitkan pelajar bawah umur semakin membimbangkan dan usaha membendung serta memberi pengetahuan mengenainya perlu dijalankan segera. “Idea utamanya bukan menjadikan pendidikan kesihatan reproduktif ini satu subjek, tetapi satu modul kukuh di sekolah.”

“Masalah sosial tidak boleh diselesaikan secara mendadak dan ia memerlukan penyelesaian yang berterusan,” katanya selepas melancarkan Skuad Sayang dan Hari Keluarga Wanita Parlimen Klang di sini, semalam.

Mengenai Skuad Sayang Parlimen Klang, Shahrizat berkata, sambutan yang diterima daripada masyarakat setempat terhadap skuad itu amat menggalakkan khususnya pada peringkat akar umbi.

“Setiap komander skuad perlu memastikan setiap ahli menjalankan tugas dengan penuh disiplin dan berintegriti. Setiap kes diambil perlu ditangani sehingga ia selesai dan mendapatkan pembelaan secara tersusun,” katanya.
Beliau berkata, skuad berkenaan sedia membantu menyelesaikan masalah sosial dihadapi masyarakat dengan mengemukakannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bantuan dapat digerakkan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PendidikankesihatanreproduktifdisekolahJulai/Article

Universiti perlu lahir jurutera berdaya saing: Shaziman

28/06/2010

MELAKA: Universiti tempatan perlu menitik beratkan untuk melahirkan jurutera muda yang berdaya saing dan mampu diterima peringkat global.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata dalam melahirkan jurutera muda berkualiti, pihak universiti mesti memastikan kurikulum, kaedah pengajaran dan pendedahan yang diberi kepada bakal jurutera itu mesti mengikut aturan dan standard tertentu. “Menjadi hasrat kita agar lebih ramai jurutera yang dihasilkan universiti tempatan dapat diterima di peringkat global,” katanya semasa merasmikan Persidangan Kejuruteraan dan Teknologi Universiti-universiti Teknikal Malaysia di sini hari ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Nur Haizi Abdul Hai.

Persidangan itu dianjurkan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Universiti Tun Hussin Onn Malaysia, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.

Shaziman yang juga Menteri Mentor Universiti-universiti Teknikal Malaysia berkata, mengikut statistik Lembaga Jurutera Malaysia, di bawah kementeriannya terdapat 9,985 jurutera profesional dan 51,908 jurutera berijazah di seluruh negara.

Beliau berkata, bilangan itu kian meningkat dan ia menunjukkan bidang kejuruteraan masih diminati serta memberi peluang besar kepada siswazah.
Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan, berkata MTUN akan mempergiatkan penyelidikan dan inovasi untuk mencari teknologi baru bagi kegunaan masa depan.

Beliau berkata, hubungan MTUN dan pihak industri juga akan terus diperkukuhkan bagi membolehkan lebih banyak hasil penyelidikan dikomersialkan. – BERNAMA

 //

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Universitiperlulahirjuruteraberdayasaing_Shaziman/Article

Bahasa Cina, Tamil diambil kira dalam pemberian biasiswa: Wee

28/06/2010

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa tanggapan kononnya Kementerian Pelajaran tidak memberi layanan yang sama kepada mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil dalam pemberian biasiswa adalah tidak benar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata asas pertimbangan yang digunakan dalam pemberian biasiswa adalah berdasarkan kepada sembilan mata pelajaran teras. “Murid yang dapat keputusan baik dalam Bahasa Cina dan Tamil ada kelebihan, contohnya kalau mahu menceburi bidang perguruan. Ini kerana salah satu daripada kelayakan yang diperlukan adalah kredit dalam mata pelajaran tersebut,” katanya kepada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang mempersoalkan mengapa kedua-dua mata pelajaran bahasa ibunda itu tidak dimasukkan dalam subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia melalui forWee berkata, kementerian tidak menghalang malah menggalakkan murid sekolah untuk mengambil mata pelajaran yang mereka mahu, termasuk kedua-dua mata pelajaran itu.

Beliau berkata, bagi tujuan pemilihan calon SPM untuk Hadiah Biasiswa Nasional, kementerian akan menyenarai pendek nama calon berdasarkan purata peratus jumlah markah mentah yang memperoleh gred A+ bagi semua mata pelajaranyang diambil, bagi menjamin kualiti pencapaian calon.

Wee juga berkata, kementerian tidak melakukan apa-apa dalam soal pemberian biasiswa kecuali memberi maklumat dan data kepada pihak yang memerlukan kerana pertimbangan untuk tujuan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam tertakluk kepada keputusan JPA bergantung kepada kursus yang dipohon. – BERNAM

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BahasaCina_Tamildiambilkiradalampemberianbiasiswa_Wee/Article