Pentaksiran Berasaskan Sekolah ganti UPSR, PMR

2010/06/24

Laporan Sariha Mohd Ali, Nazura Ngah dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
Lembaga peperiksaan, sedia panduan buat soalan nilai pelajar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran bercadang memperkenalkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) bagi menggantikan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dimansuhkan selepas ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian mahu menyeragamkan pelaksanaan SBA menerusi lembaga peperiksaan yang akan menentukan bentuk soalan yang bakal disediakan guru untuk peperiksaan serta membolehkan sekolah membuat penilaian terhadap pencapaian pelajarnya. Beliau berkata, hasil keputusan SBA membolehkan guru dan ibu bapa mengetahui tahap pencapaian pelajar, sekali gus menolak andaian pemansuhan UPSR dan PMR akan menghapuskan sistem penilaian pelajar dan hanya dilakukan ketika mereka di tingkatan lima.

Katanya, cadangan memansuh dua peperiksaan itu juga bukan perkara baru, sebaliknya sudah dikaji kementerian sejak 2007 oleh pasukan yang meneliti isu sistem pendidikan negara ini yang lebih berorientasikan peperiksaan kerana wujud tiga peperiksaan awam, berbanding hanya satu peperiksaan di kebanyakan negara.

“Kita bukan nak hapuskan sistem tanpa ada penilaian, tetapi mungkin perkenalkan SBA. Ini belum kita maklumkan tetapi sudah diteliti serta dikaji dan didapati mungkin sesuai kerana SBA sudah diamalkan di banyak negara dan tidak menjejaskan pembelajaran, pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Beliau berkata, hasil keputusan SBA membolehkan guru dan ibu bapa mengetahui tahap pencapaian pelajar, sekali gus menolak andaian pemansuhan UPSR dan PMR akan menghapuskan sistem penilaian pelajar dan hanya dilakukan ketika mereka di tingkatan lima.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PentaksiranBerasaskanSekolahgantiUPSR_PMR/Article