Clip of female student hitting another shown on YouTube

14/06/2010

PETALING JAYA: The Education Ministry is investigating a YouTube video clip of a recent bullying incident at a Johor Baru school.

Deputy Minister Datuk Dr Wee Ka Siong said the ministry wants to know what really happened and the identity of the students involved.

“We are also asking the school and state education authorities to submit a report on the incident and to ensure that such an incident does not recur,” he said after officiating at the Tan Chong Group Bowling Championship here yesterday.

A local Chinese newspaper reported yesterday that a video clip of a school bully slapping her schoolmate in front of other students at the school had been posted on YouTube.

The film also showed the bully, called Big Sister by others, lighting up a cigarette and “lecturing” the victim.

The victim was seen crying while others watched.

Dr Wee, who is also MCA Youth chief, said parents had an important role to play to ensure their children were not involved in bullying other students at school.

Dr Wee urged parents to keep an eye on their children because students could have disciplinary problems in schools although they may behave very well at home.

“Parents must not be so defensive of their children when they are called for a meeting to discuss their children’s problems,” he said.

Referring to an article published in Utusan Malaysia criticising the establishment of the Tun Tan Cheng Lock memorial, Dr Wee said he was saddened by the comments made by the author.

“One can never overlook the contribution made by the late Tun Tan Cheng Lock towards the building of the nation,” he said.

“He was one of the founding fathers who worked for all Malaysians irrespective of their race. The setting up of the memorial is a timely effort for due recognition to him,” he added.

Dr Wee, who spoke on helping the partially-aided schools, said MCA would speak to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to help in paying the water and electricity bills of these schools under the 10th Malaysia Plan.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/14/nation/6464287&sec=nation

Murugiah: Govt fair in awarding PSD scholarships

14/06/2010

IPOH: The Government has been fair in giving out Public Services Department (PSD) scholarships to deserving students.

Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk T. Murugiah said the scholarships were given to students from each ethnic group, comparative to the size of their respective population.

He was commenting on a recent complaint by the Federation of Malaysian Indian Organisations that the Government had been unfair in awarding scholarships to minority races.

“They have to understand that the population size of other races is larger than that of Indians. There are only 1,500 scholarships available but 6,000 people have applied for them,” he told reporters here yesterday.

“We cannot give scholarships to everyone,” he said, adding that most applicants wanted the scholarships to study abroad.

Murugiah pointed out that he had also been helping students to get other scholarships.

On another matter, Murugiah said the Barisan Nasional Suppor ters Club planned to set up 2,100 branches throughout Peninsular Malaysia beginning next month.

He said all members, consisting of his supporters, needed a platform in order to stay united and serve the people.

“They will not go back to PPP as long as Datuk M. Kayveas is still president,” claimed Murugiah, who was sacked from the party last May.

“We will start with Kedah,followed by Penang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negri Sembilan, Malacca and Johor.”

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/14/nation/6463927&sec=nation

Mandarin and Tamil teachers may be made compulsory

14/06/2010

KUALA LUMPUR: The Education Ministry will study a proposal to ensure Mandarin and Tamil language teachers are compulsory in national schools.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said there was already such a policy in place, but that it had not been implemented.

He said he wanted to ensure that such teachers were available so that People’s Own Language classes could be carried out properly in all national schools.

In his opening speech at the Federal Territory PPP convention at the Putra World Trade Centre here, he said it would be good for all races to know more than two languages. It fostered racial unity and expanded knowledge, he said.

“The people, regardless of where they are of Indian or Chinese ancestry or other ethnic groups, can learn more than two languages.

Strong backing: Muhyiddin along with (from left) PPP secretarygeneral Datuk Mohan Kandasamy, Kayveas and the party’s FT chairman Datuk A. Chandrakumanan raising their hands in support of the party in Kuala Lumpur yesterday.

“The national language and English are important but other languages such as Mandarin and Tamil should also be learnt.”

Muhyiddin said by understanding the languages, Malaysians could better appreciate the way of life, values and cultures of the country’s various races.

Earlier, PPP president Datuk M. Kayveas had proposed to Muhyiddin to make Mandarin and Tamil compulsory subjects in schools.

Kayveas also asked Muhyiddin to look into the discrepancy in awarding Public Service Department scholarships, claiming that students who did not excel in their studies received the scholarships.

“There are students with 9As, 12As, and 14As who are left out,” he said. “But then, there are those with 4As and below, who do not qualify, but still get the scholarships.

“Something must be done to correct this.”

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/14/nation/6464043&sec=nation

UIAM hargai sumbangan Insanoglu sebagai ilmuwan, pemimpin global

14/06/2010

Oleh Abdul Halim Taib

UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan memberi anugerah Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam bidang Sains Politik kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Prof Dr Tan Sri Ekmeleddin Ihsanoglu di atas sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada pembangunan ummah dan dunia Islam keseluruhannya.

Anugerah disampaikan oleh Presiden UIAM Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu upacara Konvokesyen Khas di Kampus UIAM Kuala Lumpur, Jalan Duta, esok. Ihsanoglu sebelum ini sudah menerima anugerah doktor falsafah kehormat daripada beberapa universiti seperti Mimar Sinan University di Turki (1994), Dowling College, Amerika Syarikat (1996), Akademi Sains di Azerbaijan (2000), Universiti Sofia di Bulgaria (2001), Universiti Sarajevo di Bosnia-Herzegovina (2001), Akademi Sains di Tatarstan (2004), Moscow State University of International Relations, Universiti Padua di Itali (2006), University of Exeter, United Kingdom dan Universiti Islam Uganda (2008). Ihsanoglu dilahirkan di Kaherah, Mesir pada 1943. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Ain Shams pada 1966 dan ijazah sarjana dalam kimia pada 1970. Pada 1974 beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Ankara, Turki pada 1974. Kemudian Ihsanoglu meneruskan pengajiannya sebagai felo penyelidikan di University of Exeter, United Kingdom dari 1975 hingga 1977.

Berasal dari Turki, beliau pemimpin pertama dipilih secara undian sebagai Setiausaha Agung OIC. Beliau mengambil langkah serius menjadikan OIC sebagai sebuah pertubuhan berkesan. Usahanya memperkukuhkan OIC mendapat sambutan banyak ketua negara dan kerajaan serta mendapat pengiktirafan media serta orang ramai.

Ihsanoglu memulakan kegiatan berkaitan penyelidikan, penerbitan dan menganjurkan kongres dalam pelbagai bidang termasuk sejarah kesenian dan sains serta hubungan antara budaya. Beliau menumpukan hasil kajian ke arah menimbulkan kesedaran mengenai kebudayaan Islam di seluruh dunia. Malah beliau memula dan mengawasi program bagi mengawal dan mempromosi penulisan warisan seni bina tamadun Islam di banyak negara.

Sumbangan beliau dalam perdebatan mengenai dialog antara budaya. Dengan kedudukannya secara peribadi dan mewakili institusi, beliau mendapat pengiktirafan di kalangan intelek sebagai penyumbang utama dalam menghubungkan budaya antara Islam dan dunia barat. Beliau terkenal di kalangan ahli akademik Barat dan Timur sebagai seorang tokoh ilmuwan.
Ihsanoglu berbangga dengan kemuliaan dunia Islam, dan mempunyai perancangan objektif mengenai perubahan sosioekonomi bagi membolehkan rakyat biasa menikmati faedah pembangunan. Beliau begitu bersungguh menyokong hak minoriti Islam dan menghormati kebebasan hak semua orang di seluruh dunia yang dilahirkan melalui penulisan dan ucapannya.

Ihsanoglu menulis beberapa buah buku, rencana dan kertas
kerja dalam bahasa Turki, Inggeris dan Arab mengenai sains, sejarah sains, kebudayaan Islam, kebudayaan Turki, hubungan antara dunia Islam dan dunia Barat, hubungan Turki dengan Arab yang sebahagian daripadanya di-terjemahkan ke dalam bahasa Russia, Perancis, Jepun, Melayu, Korea, Bosnia dan Albania.

Buku terbarunya Dunia Islam di Abad Baru: Pertubuhan Persidangan Islam 1969-2009, diterbitkan oleh Hurst Publishers di London pada Mac 2010. Beliau ahli kepada beberapa persatuan antarabangsa; majlis sains, lembaga penasihat kepada beberapa pusat dan institut akademik, sidang pengarang banyak jurnal di Turki, Mesir, Jordan, Arab Saudi, Tunisia, Perancis, Jerman, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Di atas jasa itulah, beliau dianugerahkan pingat dan bintang seperti Darjah Kebesaran Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun lalu selain ‘Medal of Distinguished State Service’ oleh Presiden Turki (2009), ‘Medal of Distinguished of the First Order’ (1990) dan the “State Medal” (2009) oleh Presiden Mesir.

Beliau juga dianugerahkan The “Independence Medal of the First Order” oleh Raja Jordan (1996).

The National Commander of the Merit Order (2002) dan Commander of the Lion National Order Award (2006) oleh Presiden of Senegal, “Hilal-I Pakistan” anugerah oleh Presiden Pakistan (2010).

Ihsanoglu turut menerima anugerah “The World Prize for the Book of the Year”, daripada Presiden Seyed Mohammad Khatemi, Iran (2000), menerima pingat Alexander Koyr’e dari Akademi Antarabangsa berpusat di Paris mengenai sejarah sains pada 2008.

Ia adalah penyelidikan inovatif terkemuka setebal 15 jilid mengenai sejarah sains ketika pemerintahan ottoman. Ini mengambil masa 25 tahun untuk mengumpul sekumpulan penyelidik di bawah arahan beliau untuk menyiapkannya.

Penulis ialah Penolong Pengarah (media & penerbitan) di Pejabat Perhubungan Awam UIA.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UIAMhargaisumbanganInsanoglusebagaiilmuwan_pemimpinglobal/Article

Program satelit bawa revolusi pendidikan, kesihatan di India

14/06/2010

Oleh M Thilinadan
thilly@bharian.com.my

Projek pembangunan angkasa hampir 40 tahun dapat bantu rakyat pelbagai peringkat, sumbang peningkatan taraf sosioekonomi

BANYAK kritikan timbul apabila India dengan jumlah penduduknya lebih 1 bilion, dan lebih 60 peratus daripadanya miskin mula berjinak dengan program pembangunan angkasa sejak 1963 dengan alasan wang itu sepatutnya digunakan untuk membekalkan makanan, kemudahan perumahan, bekalan air bersih dan elektrik bagi penduduknya. Bagaimanapun, kedegilan kerajaan dan saintis seperti Dr Vikram Sarabhai yang digelar bapa program angkasa lepas negara itu, India secara perlahan dan sistematik bermula dengan pelancaran satelit percubaan Aryabhatta pada 1970, kini menjadi antara pemain besar teknologi angkasa lepas. Dr Vikram pernah berkata: “Ada yang mempersoalkan program angka lepas bagi sebuah negara yang sedang membangun seperti India. Kita tidak berkhayal untuk bersaing dengan negara kuat dalam penerokaan bulan atau planet lain.

Bagaimanapun, kami yakin jika kita mahu memainkan peranan berkesan dalam komuniti negara-negara, kita mesti menggunakan teknologi moden untuk mengatasi masalah sebenar manusia dan masyarakat.”

Itulah dilakukan India kerana program satelitnya yang kini berusia hampir 40 tahun sudah memainkan peranan penting dalam kehidupan rakyatnya, membantu pelbagai golongan rakyat, tidak kira sama ada petani, nelayan, penduduk kampung atau pelajar.

Sejak pelancaran satelit pertama pada 1970, India kini boleh berbangga dengan pencapaian program angkasa lepasnya. Sehingga tahun lalu India sudah melancarkan 76 satelit ke orbit, termasuk 22 milik negara asing termasuk Jerman, Korea, Indonesia, Argentina, Israel, Itali, Belanda dan Jepun.
India juga kini mencipta nama sebagai vendor teknologi angkasa lepas. Sebuah syarikat pembuat satelit terbesar Amerika Syarikat menempah perisian satelit bernilai lebih RM2.2 juta dari India. Malah, eksport teknologi angkasa lepas India dikatakan meningkat setiap tahun.

Dengan peruntukkan tinggi setiap tahun (AS$1 bilion (RM3.2 bilion) tahun ini), program angkasa lepas India memasuki era baru pada 2008 dengan pelancaran kapal angkasa pertama, Chandrayaan-1 ke bulan, iaitu negara keempat di dunia untuk melakukannya.

India kini bercita-cita menyertai negara elit seperti Amerika Syarikat dan Russia untuk menghantar manusia ke angkasa lepas menggunakan kapal angkasanya sendiri. Projek ke arah membangunkan kenderaan orbit untuk membawa dua angkasawan sudah pun bermula dengan pelancarannya dijadualkan pada 2015.

Projek dengan kos AS$3 bilion (RM9.2 bilion) yang dicadangkan Pertubuhan Penyelidikan Angka Lepas India (ISRO) sudah diluluskan Suruhanjaya Angkasa Lepas dan kerajaan India. Untuk tujuan itu, ISRO sedang membangunkan sebuah pusat latihan angkasawannya di Bangalore, selain membina pusat pelancaran ketiga di Sriharkota, Utara Chennai untuk misi berkenaan.

Percubaan pertama misi angkasa lepas membawa manusia dilakukan menerusi sebuah kapsul 600 kilogram menggunakan roket Polar Satellite Launch Vehicle (PSLV) dan selamat kembali 12 hari kemudian. Ujian itu juga membuktikan keupayaan India membangunkan teknologi tahan kepanasan yang diperlukan apabila kapal angkasa lepas memasuki ruang udara di bumi.

Angkasawan pertama India ialah Rakesh Sharma yang menyertai misi melalui kapal angkasa Russia pada 1984.

Dengan menggunakan 54 satelit buatan sendiri yang sudah dilancarkan ke orbit, teknologi angkasa lepas kini menyumbang kepada pelbagai program sosioekonomi rakyatnya, selain menjadi infrastruktur komunikasi utama untuk sebuah negara yang besar saiznya seperti India.

Siri satelit Indian National Satellite (INSAT) digunakan untuk tujuan telekomunikasi (STD), penyiaran (lebih 100 saluran televisyen), komunikasi perniagaan, komunikasi telefon bimbit, teleperubatan, operasi mencari dan menyelamat, kaji cuaca, manakala INSAT-3A bagi sokongan pengurusan malapetaka dan pusat sumber luar bandar.

Satelit Indian Remote Sensing (IRS) pula digunakan untuk pengurusan sumber semula jadi, sistem maklumat pengurusan sumber termasuk pengurusan air, perhutanan, pertanian, tanah, bahan galian, alam sekitar dan lautan.

EDUSAT, iaitu satelit pertama khusus untuk telependidikan pula digunakan untuk membawa sistem pendidikan moden ke kawasan luar bandar/kampung melalui pendidikan jarak jauh.

Pengarah Perhubungan Awam ISRO, Dr S Satish berkata dengan menggunakan INSAT, hampir sebahagian besar kawasan luar bandar India kini mempunyai sistem telekomunikasi yang menghubungi seluruh dunia. Malah, satelit itu juga digunakan Jabatan Meteorologi untuk mengumpul data mengenai puting beliung dan amaran malapetaka serta operasi mencari dan menyelamat di mana-mana bahagian negara itu tidak kira laut atau darat.

“Satelit ini juga sudah membawa kemudahan perubatan dan rawatan kepada 307 hospital luar bandar, 382 hospital bandar, 58 hospital pakar dan 17 unit bergerak melalui teleperubatan. Lebih 350,000 orang sudah mendapat rawatan menggunakan teknologi ini, khususnya di luar bandar.

“Melalui EDUSAT, India menjadi negara pertama dunia mempunyai satelit khusus untuk pendidikan. Guru kini boleh menggunakan satelit ini mengajar di 600,000 kampung di seluruh India. Setakat ini, kira-kira 60,000 kelas di kawasan luar bandar di seluruh negara sudah mendapat manfaat daripada kemudahan ini,” katanya.

Satish berkata, program satelit membawa revolusi dalam sistem pendidikan, kesihatan dan penyiaran negara.

“INSAT-3A juga mewujudkan rangkaian komunikasi bagi sektor pertanian dan perikanan. Sebagai contoh, dengan menggunakan satelit ini, kami membantu nelayan mengenal pasti kawasan banyak ikan dan ini berjaya mengurangkan sehingga 70 peratus masa mencari kawasan menangkap ikan. Ia juga digunakan untuk mengesan air bawah tanah, khususnya untuk membina telaga di kawasan luar bandar.

“Setakat ini lebih 200,000 telaga sudah diwujudkan di seluruh India menggunakan teknologi satelit kerana ketepatannya mencapai sehingga 90 peratus,” katanya.

Dengan kira-kira 17,000 orang terbabit dalam industri itu, termasuk lebih 10,000 saintis dan juruteknik angkasa lepas, pembabitan India dalam program angkasa lepas boleh disifatkan berbaloi.

Satish merumuskan hasil diperoleh rakyat melalui program angkasa lepas ini jauh melebihi perbelanjaan besar yang digunakan untuk menjayakannya, selain sebagai sebuah semenanjung, India mempunyai sempadan darat dan laut yang panjang dan sukar dipantau tanpa penggunaan satelit.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Programsatelitbawarevolusipendidikan_kesihatandiIndia/Article