Don’t read too much into hubby’s book and sex story, says wife

06/06/2010

By R.S.N. MURALI

HULU TERENGGANU: Her husband’s public sharing of how reading and having sex every night has kept him energetic during the day has drawn criticism from some. But Rosmawati Abdullah is proud of her award-winning husband Alias Ismail’s honesty.

“He was just being honest,” she said in an interview at the couple’s house yesterday.

“Through reading and having a cordial relationship, we managed to raise our children to be caring and disciplined. What’s wrong if my husband shares his formula with others?”

The 41-year-old housewife said those who criticised her husband were still stuck in the “old school of thought”.

Loving couple: Alias busy in his small study while his wife attends to him at their house in Kuala Berang yesterday.

She said there was nothing wrong in talking openly about sex between married couples.

“He is being honest about sex because he is concerned that the social ills among students are quite high. It’s important not to have illicit sex. People should scrap the mentality that sex education is taboo.”

Alias, a Bahasa Malaysia teacher at SMK Menerong, was the inaugural recipient of the state-initiated Tokoh Nilam award to honour an ourstanding teacher.

He had then said his secret to remaining active was to read, have an intellectual discussion with his wife and having sex nightly.

Meanwhile, Alias, 42, who insisted that he was not a hypocrite and was encouraging only legitimate sex, said he was disappointed by certain parties who were attempting to discredit him. “Many people in Kuala Berang shook hands and congratulated me after Friday prayers saying that I was different from other teachers. A day prior to that, a group of teachers in Hulu Terengganu threw a party for me for winning the award,” he added.

Alias also revealed that his handphone was flooded with a huge number of SMSes after his story appeared in The Star on May 31 with most praising him.

The couple still sleep on a mattress and live in a wooden house because his salary is spent on buying books and other reading material.

The couple’s eldest son, Moham-mad Sallehuddin, 24, said his father was a “sporting” person who openly discussed matters that were taboo in other families.

“He teaches us to be humble while advising us not to indulge in illicit sexual relationships,” he said.

“To me, we have the best dad.”

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/6/nation/6413639&sec=nation

Remaja mati lemas dipukul ombak

06/06/2010

LUMUT 5 Jun – Seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun mati lemas, manakala dua adik perempuannya tenat apabila dipukul ombak besar semasa bermandi-manda di pantai peranginan Teluk Senangin, Segari, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, kejadian itu berlaku semasa ketiga-tiga mereka sedang berkelah bersama ahli keluarga di pantai berkenaan pada kira-kira 2.20 petang.

“Ketika mereka sedang asyik mandi manda, satu ombak besar secara tiba-tiba memukul pantai. Kejadian itu disedari ayah mereka Kamaruddin Marbawi yang berada berhampiran, tetapi beliau hanya sempat menyelamatkan dua anak perempuannya,” kata Mohd. Jamil kepada pemberita di sini.

Mangsa, Khairul Afizi Kamaruddin, yang merupakan anak sulung, hilang dibawa ombak, dan dijumpai terdampar tidak jauh dari tempat kejadian oleh pasukan bomba dan penyelamat yang tiba ke tempat kejadian setengah jam selepas kejadian, katanya.

Mohd. Jamil berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung dekat sini meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM).

Dua adik mangsa, Saidatul, 15, dan Dalilah, 14, dimasukkan ke unit rawatan rapi HSM dan dilaporkan masih kritikal, katanya.

Mayat Khairul Afizi dituntut ayahnya pada pukul 6 petang selepas dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Imran Ahmad berkata, sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sejurus mendapat maklumat.

Beliau menasihati orang ramai supaya berwaspada apabila mandi di kawasan pantai berikutan musim hujan yang menyebabkan ombak besar sering melanda pantai. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Dua pelajar terselamat, kereta terjunam ke terusan

06/06/2010

MOHD. Alim Ya Omar berjaya keluar dari keretanya selepas terbabas ke dalam terusan di Kampung Bunga Emas, Simpang Empat Perlis, semalam.


KANGAR 5 Jun – Dua pelajar terselamat meskipun kereta yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam sebatang terusan berhampiran Jalan Alor Setar-Kangar di Kampung Bunga Emas, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu melibatkan penuntut Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis, Mohd. Alim Ya Omar, 18, dan rakannya, Azlina Khazali, 18, pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman di Alor Setar.

Ketika kemalangan, kedua-duanya sedang dalam perjalanan dari arah Alor Setar ke Kuala Perlis.

Mohd. Alim berkata, bagaimanapun semasa tiba di jalan itu, kereta Perodua Kancil yang dipandunya tiba-tiba terbabas dan terlanggar sebatang pokok.

Katanya, dia yang tidak sempat berbuat apa-apa gagal mengawal kereta itu sehingga terjunam ke sebatang terusan.

“Kami bernasib baik kerana ada beberapa lelaki yang secara kebetulan melalui tempat kejadian segera membantu mengeluarkan kami dari kereta.

“Mujurlah ada yang membantu, jika tidak tak tahulah apa berlaku ke atas kami,” katanya yang kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm

Risda lulus peruntukan RM1.2j tuisyen luar bandar

06/06/2010

ALOR GAJAH 5 Jun – Pihak Berkuasa Pertubuhan Pekebun Kecil Getah (Risda) memperuntukan RM1.2 juta bagi melaksanakan tuisyen kepada pelajar luar bandar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata pelaksanaan tuisyen di bawah Program Kecemerlangan Pendidikan, melibatkan 120 kawasan parlimen dan setiap kawasan menerima peruntukan sebanyak RM10,000.

“Ini adalah tanggungjawab sosial Risda untuk membantu anak pekebun kecil dan peneroka di kawasan kampung mendapat kelas tambahan agar mereka mencapai keputusan cemerlang dalam pendidikan,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan majlis sambutan Jubli Perak Tabung Pelajaran Kampung Air Hitam Darat dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, inisiatif Risda itu selaras dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang prestasi pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar.

Abdul Rahim, yang juga Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), berkata, Pusat Sehenti Gabem yang setakat ini wujud di Kuala Lumpur akan diperluaskan ke negeri lain.

Beliau berkata, pusat itu mendapat sambutan menggalakkan daripada usahawan bumiputera terutama mereka yang ingin mencari peluang baru selain usahawan menghadapi masalah modal.

Katanya Gabem sebagai pemerhati dan pelindung kepada usahawan bumiputera akan memastikan mereka mempunyai daya saing bagi merebut pelbagai peluang ekonomi. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

Wang ihsan turut diagih kepada pelajar tingkatan 6

06/06/2010

BACHOK 5 Jun — Pengagihan wang ihsan di Kelantan yang sebelum ini hanya untuk pelajar sekolah rendah akan turut diberi kepada pelajar tingkatan enam bawah dan enam atas yang layak.

Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata pihaknya telah mengenal pasti antara 6,000 dan 8,000 pelajar tingkatan enam yang akan menerima wang tersebut.

Selain itu, antara 12,000 dan 14,000 murid sekolah rendah juga akan menerima wang ihsan tersebut yang akan diberi dalam tempoh terdekat membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM10 juta, katanya kepada Bernama selepas merasmikan Ujian Kemahiran Menembak di Lapang Sasar Gunung, di sini hari ini.

Masing-masing akan menerima RM200, katanya.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, kerajaan persekutuan juga bersetuju garis pendapatan ibu bapa yang melayakkan anak mereka menerima wang ihsan itu dinaikkan daripada RM530 kepada RM1,500 sebulan.

Peningkatan garis pendapatan bulanan ini akan membolehkan penjawat awam berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak turut menikmati bantuan tersebut, katanya.

Bagaimanapun, Awang Adek berkata, pelajar sekolah rendah yang menerima bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin tidak akan diberi wang ihsan itu. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm