Pusat Satelit ISN Miri mampu martabat sukan Sarawak

09/04/2012

MIRI 9 April – Penubuhan pusat satelit di Institut Sukan Negara Miri (ISN) diharap mampu mengangkat status atlet negeri ini ke tahap yang lebih tinggi dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu berkata, pusat satelit yang kedua di negeri ini akan menyediakan kemudahan sains sukan dan perubatan sukan untuk kawasan utara Sarawak.

”Kementerian juga telah menetapkan sasaran untuk menubuhkan sekurang-kurangnya satu pusat satelit ISN di setiap negeri tahun depan.

”Semua ini selari dengan usaha kita untuk mengangkat martabat sukan di negara ini, sekali gus menyokong wawasan negara untuk menjadi sebuah negara sukan bertaraf dunia,” katanya ketika merasmikan Pusat Satelit ISN Miri di Stadium Miri di sini semalam.

Ping Sieu berkata, selain di Kuching dan Miri, Pusat Satelit juga terdapat di Larkin dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Johor serta di Kelantan, Terengganu, Kota Kinabalu, Melaka dan Pahang.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_07.htm

PSMZA sasar status Politeknik Premier

09/04/2012

Zolkarnain Jobshi (kanan) diberi penerangan oleh pelajar mengenai projek inovasi mereka yang memenangi anugerah dalam satu pertandingan baru-baru ini di Dungun, semalam.

 

DUNGUN 9 April – Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini menyasarkan untuk mencapai status Politeknik Premier pada tahun hadapan.

Pengarahnya, Mejar (K) Zolkarnain Jobshi berkata, ia berasaskan Pelan Strategik PSMZA 2009-2013 untuk memacu prestasi politeknik itu ke tahap yang lebih tinggi dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Katanya, ia sejajar dengan Pelan Transformasi Politeknik bagi merealisasikan hasrat Jabatan Pengajian Tinggi yang mahu menempatkan institusi itu setanding dengan institusi pengajian tinggi awam ternama.

”Ini dilakukan melalui usaha meningkatkan kualiti akademik, pengurusan dan pencapaian graduan termasuk melalui jaringan kerjasama dengan pihak-pihak yang mempunyai kepakaran dalam dan luar negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm

 

PIBG disaran sentiasa sokong program sekolah

09/04/2012

SERAMAI 27 murid Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda yang mendapat 5 A pada UPSR 2011 diraikan pada Mesyuarat Agung PIBG di Johor Bahru, baru-baru ini. – GAMBAR IKHSAN SEKOLAH

 

JOHOR BAHRU 9 April – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) disaran agar sentiasa menyokong program dan aktiviti sekolah bagi mencapai kecemerlangan pelajar dan seterusnya memacu transformasi negara ke tahap lebih tinggi.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru, Yusuf Adam berkata, komitmen, kesungguhan dan kerjasama yang mantap guru-guru, ibu bapa dan pelajar boleh membawa kejayaan sekolah dengan didokong oleh kepimpinan PIBG.

Katanya, PIBG boleh memainkan peranan dengan mengikuti perkembangan pelajar, membantu menambah sumber kewangan dan meningkatkan kemesraan antara guru dan masyarakat.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm

 

Peta visual mampu bantu pelajar

09/04/2012

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

 

SEBAHAGIAN pelajar sekolah menengah di Melaka tertarik dengan Buku Edisi Khas Melaka selepas dilancarkan oleh Mohd. Ali Rustam di Yayasan Melaka, Air Keroh, Melaka, semalam.

 

MELAKA 9 April – Teknik pendidikan peta visual melalui program aplikasi peta minda menjadi penggerak dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar).

Menurutnya, kaedah itu merupakan skop pengajaran dan pembelajaran yang semakin meluas, justeru ia perlu dimanfaatkan bagi menjadikan suasana di dalam kelas hidup dan lebih efektif.

“Hari ini, penguasaan ilmu dan berketerampilan sahaja tidak mencukupi seandainya tidak disertai dengan pemikiran yang kreatif dan inovatif.

“Dengan adanya gandingan mantap antara kerajaan dan swasta, pendidikan akan menjadi lebih beraspirasi ke arah peningkatan iklim pembelajaran yang kondusif dan progresif,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Pendidikan: Kerajaan terbuka kepada cadangan

09/04/2012

KUALA LUMPUR 9 April – Kerajaan bersikap terbuka terhadap mana-mana cadangan untuk mengubah dasar pendidikan negara selagi ia tidak menjejaskan falsafah yang diamalkan selama ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk itu, kerajaan tidak akan sekali-kali menyekat apa jua pandangan terutama yang datang daripada rakyat.

Sebaliknya, ujar beliau, ia akan diambil kira bagi membolehkan sistem pendidikan negara terus ditingkatkan dari semasa ke semasa.

“Dasar sedia ada bagus. Tetapi kalau ada perkara-perkara tertentu yang difikir sesuai (untuk) diubah tanpa menjejaskan sistem dan falsafah pendidikan negara, itu kita boleh lakukan.

“Kalau yang melibatkan peruntukan dalam akta, ia perlu kepada kajian. Apa pun tidak mengapa, boleh kemuka cadangan dan kita (kerajaan) akan kaji,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm