Galas beg berisiko alami sakit belakang

08/04/2012

NEW YORK 8 April – Remaja sekolah yang menggalas beg dengan berat melebihi antara 10 dan 15 peratus daripada berat badan mereka berisiko mengalami sakit belakang dan masalah berkaitan, menurut satu kajian terkini.

Penyelidik berkata, keadaan itu bertambah buruk seandainya remaja terbabit tidak melakukan senaman secukupnya.

Kajian tersebut dilakukan terhadap lebih 1,400 pelajar berusia antara 12 dan 17 tahun, di 11 buah sekolah, di sebuah wilayah barat laut Sepanyol.

Penyelidik turut mengumpul maklumat seperti ketinggian pelajar, kekerapan melakukan senaman, masalah kesihatan lain dan juga sejarah kesakitan di bahagian belakang badan.

“Kebanyakan beg belakang memiliki berat kira-kira tujuh kilogram dan hampir 62 peratus pelajar membawa beg belakang dengan berat melebihi 10 peratus daripada berat badan mereka, manakala 18 peratus lagi membawa beg belakang dengan berat melebihi 15 peratus daripada berat badan mereka,” kata penyelidik.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

Mansuh PTPTN jejaskan Melayu

08/04/2012

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
saiful73my@gmail.com

 

KUALA LUMPUR 8 April – Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dirancang pihak pembangkang akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tempat yang disediakan di universiti-universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit dalam kalangan pelajar.

Hakikatnya, beliau berkata, pengajian percuma di universiti hanya akan menyebabkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa ditutup kerana para pelajar lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata, ia berikutan para pelajar tidak lagi mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS kerana tiada pembiayaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm