Terokai ilmu penyelidikan

01/04/2012

KUALA LIPIS 1 April – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) di sini perlu menerokai pelbagai ilmu pengetahuan berasaskan penyelidikan bagi meningkatkan keupayaan pengajaran setiap pensyarah dan guru pelatih di sini.

Baginda bertitah, pengetahuan hasil penyelidikan itu merupakan satu cara mencapai kejayaan yang menjadi unsur penting untuk kecemerlangan dalam peradaban manusia.

Oleh itu, baginda mahu para pensyarah dan guru pelatih digalakkan terus membuat penyelidikan dalam memperbanyakkan pengetahuan yang berguna.

“Kewujudan IPGKTAA sebagai institusi latihan perguruan wajar dihayati sebagai bukti usaha gigih kerajaan negeri meningkatkan tahap profesionalisme dan memartabat pendidikan menerusi latihan sebagai acuan membentuk seorang guru

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm

Golongan muda diminta bantu perangi dadah

ARAU 1 April – Kerajaan negeri meminta golongan muda supaya bersama-sama menggerakkan gelombang sukarelawan untuk memerangi dadah dari peringkat awal lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Md. Isa Sabu berkata, gerakan sukarelawan boleh dimulakan bagi aktiviti pencegahan, rawatan, pemulihan dan penguatkuasaan terutama dari aspek mengesan penagih dadah.

“Menerusi gerakan ini kita akan dapat mengesan mereka yang ingin menjalani program rawatan dan pemulihan secara sukarela,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Yazid Mat pada pelancarkan Sambutan Peringatan Anti Dadah Kebangsaan 2010 di Dewan 1Malaysia, Simpang Empat di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis, Mashayani Md. Arif.

Md. Isa berkata, operasi pula boleh diselenggarakan bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Imigresen, Bahagian Kawalan Filem, Jabatan Penjara dan jabatan-jabatan lain yang terlibat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm

Tidak perlu jadikan sastera sebagai subjek wajib – Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR 2 April – Pembelajaran sastera sebagai subjek elektif di sekolah menengah sekarang sudah mencukupi dan tidak perlu diperluaskan sebagai mata pelajaran wajib dalam sistem persekolahan kebangsaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, selain sebagai subjek elektif di Tingkatan Empat dan Lima, sastera juga didedahkan kepada pelajar sekolah menerusi kokurikulum.

“Buat masa ini, saya tidak nampak keperluannya (untuk diperkenalkan sebagai subjek wajib),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Castlefield di Puchong, di sini hari ini.

Beliau mengulas saranan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) semalam supaya sastera wajib dipelajari dari peringkat prasekolah sehinga institusi pengajian tinggi.

Mohd. Puad berkata, pengenalan subjek itu sebagai mata pelajaran wajib memerlukan kajian terperinci kerana akan melibatkan kos dan perubahan jadual pembelajaran di sekolah.

“Bagaimanapun Gapena boleh menghantar kertas cadangan mereka kepada Kementerian Pelajaran,” katanya. – BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm