Selangor agama schools urged to register with ministry

30/04/2010

KLANG: All Muslim religious secondary schools in Selangor should register as government-aided schools to upgrade their level in line with mainstream national-type schools, Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said.

“Our aim of encouraging Muslim religious schools to register with the Education Ministry is to provide them with aid and assist them to operate efficiently so they can avoid closing down due to the numerous problems they face,” he said.

He was addressing a function to rename Sekolah Agama Menengah Tinggi Jalan Kota Raja to Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hisamuddin here.

Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah officiated at the renaming ceremony.

Muhyiddin said SAMT Sultan Hisamuddin was one of the 156 Muslim religious schools that the Federal Government provided aid for in wages and teaching resources.

“Most of the registered religious schools are from Selangor, Perak and Kelantan. In Selangor, 23 have registered with the ministry and we hope others would foIlow,” he said.

He added that all the registered schools would get help in administrative matters, getting trained teachers, ensuring that wages are paid and school maintenance is carried out.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/4/30/nation/6164766&sec=nation

Minda Pengarang: Isu berkaitan agama perlu diurus dengan berhati-hati

16/04/2010

AGAMA isu yang amat sensitif, berpengaruh dan mampu mendorong tindakan. Justeru, apa saja isu, permasalahan dan persepsi mengenai kepercayaan beragama perlu diurus dengan berhati-hati. Perkataan ‘agama’ pada Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama adalah persoalan terbaru ketika kerajaan berusaha mencari kesefahaman dan kesepakatan di kalangan pemimpin agama serta penganut masing-masing. Jawatankuasa itu ditubuhkan dengan maksud antara lain menjadi wadah rasmi semua wakil penganut agama berbincang, memberi penjelasan atau menyatakan pendirian berhubung apa saja permasalahan berkaitan. Namun kelmarin, semua mufti sepakat mencadangkan kerajaan menggugurkan perkataan ‘agama’ yang digunakan jawatankuasa itu dan ditukar dengan ‘kaum’ bagi mengelakkan kekeliruan terutama di kalangan umat Islam. Nama atau perkataan dikhuatiri diambil kesempatan pihak tertentu untuk menjejas, mempersoal atau mencabar kepentingan Islam. Nama, perkataan atau istilah memberi makna sangat besar. Ini membawa makna atau persepsi yang rencam sekali gus boleh dimanipulasi atau disalahertikan pihak yang sengaja mahu menimbulkan masalah. Dari sudut lain, kesepakatan suara mufti itu turut memberi mesej tersendiri bahawa pandangan ulama terhadap keputusan umarak, perlu diambil kira apatah lagi ia membabitkan soal Islam. Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama ditubuhkan Kabinet pada Februari 2010 lalu. Ia bertanggungjawab mengenal pasti masalah yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama termasuk soal menukar agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat serta isu tanah perkuburan. Tetapi apa yang lebih penting dan sangat mendesak dilakukan daripada menukar perkataan ‘agama’ dengan ‘kaum’ ialah mencari penyelesaian kepada beberapa isu sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang memberi impak kurang baik kepada perhubungan kaum.

Faktor pertama yang mesti dilakukan ialah mencari penyelesaian. Antara isu yang mencetuskan impak kurang baik kepada hubungan agama ialah status si mati, perebutan jenazah, isu menukar agama, hak penjagaan anak serta isu pembahagian harta. Walaupun semua kes ini membabitkan beberapa individu namun ia bertukar menjadi sentimen kaum apabila ada kaitan dengan anutan agama berbeza di kalangan pihak yang bertelagah dalam kes berkenaan. Jelas dalam semua permasalahan, ia mesti dibincangkan secara intelektual dan waras membabitkan wakil yang ada autoriti. Islam mengajar penganutnya bersederhana dalam semua urusan. Ekstrem atau pasif bukan tuntutan Islam. Justeru, untuk mencari penyelesaian dalam isu agama yang secara ketara dianuti kaum yang berbeza di negara ini, kita perlu pendekatan dan sikap lebih terbuka. Maksud keterbukaan dalam skop toleransi ialah keterbukaan yang berpandukan al-Quran. Usaha mahu menyelesaikan permasalahan besar akan gagal kalau kita menggunakan pemikiran, skop, rujukan dan pendirian sempit. Islam berdiri dengan kekuatan teras yang menggabungkan banyak jurusan agama dan menggunakan satu atau dua bidang dalam usaha mahu menyelesaikan persoalan begini mungkin tidak mencukupi. Sikap sama juga perlu ada pada wakil agama lain yang mesti menggunakan jalan tengah berbanding ketegasan bersikap kiri atau ekstrem kerana semua ini akhirnya akan merugikan rakyat.

KAP mantapkan pendidikan agama generasi muda

23/01/2010

ANIS Alya Hazani menulis tulisan jawi ketika mengikuti Kelas Agama Petang di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Ja’afar Dua, kelmarin.


SEREMBAN 22 Jan. – Pada Februari 2005, kerajaan negeri memperkenalkan Kelas Agama Petang (KAP) dengan penekanan terhadap pendidikan agama dalam usaha membentuk asas agama yang kukuh di kalangan generasi muda.

Sasaran utama KAP adalah murid Islam dari tahun satu hingga lima yang belajar di sekolah kebangsaan seluruh negeri ini.

Kini, setelah hampir lima tahun ia dilaksanakan, KAP terus menjadi teras ke arah memantapkan generasi akan datang dengan akhlak mulia dan budi pekerti tinggi.

Sememangnya tanggungjawab melahirkan generasi yang cemerlang dalam pelbagai lapangan ilmu menjadi teras utama bagi kerajaan negeri untuk mencapai misi tersebut.

Usaha itu mendapat kerjasama jitu daripada semua pihak termasuk sekolah-sekolah.

Statistik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mencatatkan sehingga kini terdapat lebih 35,801 murid di 200 buah sekolah kebangsaan di seluruh negeri ini menyertai KAP.

Menurut Penyelaras KAP, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tuanku Ja’afar Dua (SKTTJ 2), Nadzrah Abd. Rahman, silibus pembelajaran KAP meliputi pelbagai aspek seperti fardu ain, tajwid, hafalan, dan kaedah bacaan al-Quran yang berkesan.

”KAP meliputi murid-murid dari darjah satu sehingga darjah lima. Kita akan mengajar mengikut tahap kefahaman mereka dan setiap tahap tersebut ada ujian tertentu yang mereka perlu lalui.

”Bagi murid yang lemah dari segi pembelajaran, kita memberikan tumpuan lebih serta modul pembelajaran yang berbeza,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya lagi, murid yang menyertai KAP mempunyai penguasaan membaca al-Quran yang baik berbanding murid yang tidak menyertai kelas itu.

”Sebagai contoh, pada kelas sesi pagi kita uji pembacaan murid-murid dalam mata pelajaran Agama Islam dan murid yang menyertai KAP mampu membaca dengan lebih baik.

”Selain itu, murid KAP akan menduduki ujian khas iaitu Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) pada darjah lima. Ujian ini dijalankan bagi mengukur tahap kefahaman mereka sepanjang mengikuti kelas tersebut,” katanya.

Menurutnya, ujian UPKK memberi kelebihan kepada murid untuk masuk ke kelas aliran agama apabila di tingkatan satu nanti.

”Dari tahun ke tahun, terdapat peningkatan dari jumlah bilangan murid yang mendaftar. Hal ini membuktikan ibu bapa menyedari tentang kepentingan KAP ini.

”Namun, ibu bapa perlu bersama-sama mendidik anak-anak ini dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada guru sekolah,” katanya.

KAP di STTJ 2 beroperasi sejak 2005 dan pada tahun ini seramai 500 murid telah mendaftar pada hari pertama KAP bermula.

Seorang murid SKTTJ 2, Mohd. Rifaie Mohd. Nazam, 8, berkata, pembelajaran KAP menyeronokkan dan menarik .

“Saya suka datang ke kelas ini kerana ramai kawan hadir untuk belajar agama.

”Di samping itu, ustazah di sini sentiasa membimbing saya mengaji dengan betul dan sekarang saya sudah mahir menulis jawi,” ujarnya.

Nur Dinie San Kamarulzaman, 8, pula berkata, KAP berjaya memupuk minatnya terhadap pembelajaran agama dengan lebih mendalam.

”Saya hendak khatam al-Quran sebelum masuk tingkatan satu,” ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm