Laporan Khas: Kes tatatertib sektor awam perlu adil

01/02/2010

Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Magendran Rajagopal
bhnews@bharian.com.my

Kakitangan kerajaan diberhenti kehilangan segala hak, faedah ikut Perintah Am: Cuepacs

GABUNGAN Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan hukuman dalam Perintah Am, Bab D – Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993, khususnya berkaitan pemberhentian kerja penjawat awam.

Presidennya, Omar Osman, berkata kajian semula ke arah penambahbaikan itu amat penting untuk memastikan tindakan tatatertib diambil terhadap penjawat awam adalah adil dan saksama. Ini bagi mengelak penganiayaan atau sehingga mencetuskan perasaan ‘dendam’ terhadap kerajaan. 

Katanya, antara aspek utama perlu diberi penekanan dalam kajian semula itu ialah kehilangan segala hak dan faedah secara mutlak termasuk pencen, perubatan, gratuiti, ganjaran cuti terkumpul serta kemudahan lain apabila seseorang penjawat awam diberhentikan kerja akibat kesalahan tatatertib.

Beliau berkata, ada kes pemberhentian kerja membabitkan penjawat awam yang sudah berkhidmat 30 tahun malah mungkin pernah memperoleh anugerah kecemerlangan ketika bertugas serta mempunyai jumlah cuti terkumpul yang banyak.

“Apabila seseorang penjawat diberhentikan, dia mengalami kerugian besar kerana kehilangan mutlak segala hak dan faedahnya sebagai anggota perkhidmatan awam. Lebih menyedihkan, ada kes membabitkan penjawat awam yang hanya tinggal dua tahun untuk bersara wajib atau sudah mempunyai jumlah cuti terkumpul sebanyak 120 hari.

“Keadaan tanpa sebarang pampasan itu akan mengakibatkan permasalahan besar kepada keluarga, lebih-lebih lagi sekiranya mempunyai anak kerana beban kewangan seperti mungkin ada hutang yang masih belum selesai.

“Oleh itu, sekurang-kurangnya gratuiti serta ganjaran cuti yang dikumpulkan sepanjang tempoh berkhidmat patut dibayar dan tidak dikaitkan dengan pemberhentian kerja kerana ia adalah hasil keringat mereka sebelum berlaku kesalahan tatatertib,” katanya.

Omar berkata, Cuepacs memandang berat aspek itu kerana bimbang penjawat awam yang dibebani kesukaran mendadak akibat diberhentikan kerja akan `berdendam’ terhadap kerajaan sehingga mungkin bertindak membuat hasutan.

“Hasrat Cuepacs ialah supaya seseorang penjawat awam yang diberhentikan kerja namun masih taat setia kepada kerajaan kerana hukuman dikenakan bukanlah secara mutlak, sebaliknya masih ada pertimbangan.

“Dengan itu, penjawat terbabit akan lebih dapat menerima hakikat hukuman dan mengakui kesalahan yang dilakukan kerana kerajaan tetap menghargai perkhidmatan selama ini dengan pemberian imbuhan untuk meringankan beban.

“Bagaimanapun, kehilangan faedah pencen, perubatan dan kemudahan lain serta tidak boleh lagi berkhidmat dalam sektor awam adalah hukuman setimpal,” katanya.

Berdasarkan statistik sektor awam tahun lalu, Omar berkata, kira-kira 380 kes pemberhentian kerja akibat pelbagai kes kesalahan tatatertib, termasuk tidak hadir bertugas tanpa cuti selama tujuh hari berturut-turut.

Dalam konteks ini, beliau berkata, penjawat yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas tanpa cuti selama tujuh hari berturut-turut wajar dipanggil untuk membela diri dalam panel lembaga tatatertib sebelum penetapan keputusan memberhentikan kerja.

Katanya, ini supaya mereka berpeluang menjelaskan permasalahan atau punca sebenar kejadian itu kerana mungkin berlaku kes kecemasan tertentu yang tidak dapat dielakkan tetapi peruntukan cuti sudah habis.

“Penjawat yang melakukan kesalahan tatatertib akan diberi surat tunjuk sebab dan keputusan memberhentikan kerja hanya dibuat berdasarkan jawapan dalam surat itu tanpa dipanggil berjumpa dengan panel lembaga tatatertib.

“Ini tidak adil kerana ada sebilangan penjawat yang kurang arif menjawab surat tunjuk sebab dan mungkin ada kes teraniaya. Tambahan pula, lazimnya 90 peratus kes rayuan gagal.

“Sehubungan itu, Cuepacs meminta kerajaan mengkaji semula supaya hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan kerana perkara ini memang banyak dipersoalkan dan mencetus perasaan tidak puas hati.

“Cuepacs mencadangkan supaya setiap penjawat awam yang menghadapi tuduhan kesalahan tatatertib mesti dipanggil ke dalam lembaga tatatertib dan dibicarakan secara adil dan juga saksama, bukan keputusan dibuat berdasarkan surat tunjuk sebab saja. Selain itu, wajar dilantik pemerhati seperti di kalangan wakil kesatuan,” katanya.

Lebih memeritkan, Omar berkata, ada segelintir ketua jabatan menggunakan ancaman `hukuman tatatertib’ sebagai senjata gertakan untuk melakukan suatu tugas ke atas kakitangan bawahan.

Beliau berkata, tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku ketika kerajaan dalam proses mentransformasi sektor awam ke arah kualiti kerja, produktiviti dan sistem penyampaian terbaik kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah.

Katanya, Cuepacs sudah menetapkan dalam Sasaran Kerja Tahunan 2010 untuk meneliti semula Perintah Am, Bab D berkenaan, meliputi dari segi relevan dan kesesuaian dengan perkembangan semasa.

“Cuepacs akan mengadakan bengkel bagi tujuan ini, dijangka Februari tahun depan membabitkan penyertaan pihak seperti ahli dalam bidang perundangan dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.

//

 http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Rencana/20100301055748/Article/index_html

Wanita kuasai sektor awam

23/02/2010

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita. 

Ahmad Shah berkata, perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Ketika dihubungi Berita Harian pula, Ahmad Shah mendakwa nisbah kakitangan awam wanita meningkat dengan ketara sejak awal 2000, malah sudah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan.

Beliau berkata, antara faktor utama menyumbang kepada senario itu ialah sistem pengambilan kakitangan awam berasaskan pemprograman komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik sehingga menyebabkan kebanyakan calon lelaki tersingkir pada saringan pertama lagi.

“Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan tersendiri, seperti mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin.

“Apabila wanita terbabit memegang kuasa pada peringkat pembuat keputusan, maka banyak keputusan penting akan tertangguh sehingga menyebabkan pelaksnaaan pelbagai urusan tergendala,” katanya.

Ahmad Shah menegaskan, isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi gender, malah Cuepacs tidak mempertikaikan keupayaan atau kebolehan wanita, tetapi bersandarkan kebimbangan kesan fenomena sedemikian untuk jangka panjang.

Katanya, Cuepacs menerima aduan daripada orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih kreatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi, sekali gus memudahkan penyelesaian suatu urusan atau masalah dengan lebih pantas.

“Dalam keadaan lain pula, sikap semula jadi wanita yang penyayang ada kala menjadi halangan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu, khususnya pengetua wanita dalam menangani isu disiplin pelajar lelaki kerana tidak wujud perasaan `gerun’ kepada mereka,” katanya.

Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar.

“Merit kelulusan akademik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka akan lebih baik berbanding penjawat lelaki.

“Sebaliknya, `sentuhan langsung’ dengan panel penilai mesti diwujudkan dari peringkat saringan pertama lagi di mana pelbagai kriteria penting harus dititikberatkan seperti tahap kecerdasan minda, keupayaan menyelesaikan masalah, kebijaksaan membuat pertimbangan, tahap ketahanan mental dan keluasan pengetahuan am setiap calon,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20100223023600/Article/index_html