Kekalkan fungsi IPGKTHO – Alumni

BATU PAHAT 6 Jun – Persatuan Alumni Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) merayu kerajaan mengkaji semula keputusan menukar fungsi kampus tersebut menjadi Kolej Vokasional.

IPGKTHO yang beroperasi sejak 1992 hingga kini melahirkan seramai 10,367 guru sehingga dua tahun lalu yang mempunyai prasarana lengkap dan sesuai sebagai pusat latihan pendidikan guru.

Seramai 200 ahli persatuan tersebut hari ini hadir bagi memberi sokongan agar kerajaan mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat terhadap IPGKTHO, sebelum ini.

Mengikut perancangan, peranan IPGKTHO yang melatih para guru akan berakhir menjelang tahun 2020 sebaik sahaja kumpulan pelatih guru ketika ini tamat mengikuti kursus masing-masing.

Yang turut hadir, Penaung persatuan itu, Dr. Hamzah Ihsan yang juga bekas Pengarah IPGKTHO; Pengerusi Jawatankuasa persatuan, Halif Md. Saleh dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Johor, Tee Wee Meng.

Advertisements
%d bloggers like this: