PETRONAS AYY 2017, lahir pelajar serba boleh

PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim (Johor) hadir pada pertandingan PETRONAS All About Youth (AAY) 2017 di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Salhani Ibrahim

KUALA LUMPUR: Lima pasukan membentangkan projek masing-masing berkaitan isu sosial komuniti setempat bagi merebut gelaran juara pertandingan PETRONAS All About Youth (AAY) 2017 di sini, hari ini.

Penganjuran tahun keempat itu menyaksikan saingan sengit daripada lima sekolah terbabit iaitu Sekolah Tinggi Melaka (Melaka), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim (Johor); SMK Paka (Terengganu); SMK Sindumin (Sabah) dan SMK Lutong (Sarawak).

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Zahariah Abdul Rahman, berkata PETRONAS AAY adalah program pelaburan sosial korporat (CSI) bertujuan membentuk belia serba boleh dalam bidang pembangunan sosial, kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.

PELAJAR Sekolah Tinggi Melaka (Melaka) hadir pada pertandingan PETRONAS All About Youth (AAY) 2017 di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Salhani Ibrahim

Beliau berkata, PETRONAS AAY adalah program bagi memperkasakan idea belia yang dilaksanakan di kawasan berhampiran operasi syarikat minyak dan gas negara.

“Bagi merealisasikan usaha ini, setiap kumpulan diberikan geran bernilai RM1,000 untuk membolehkan mereka memulakan projek masing-masing terutama dalam menyelesaikan isu setempat,” katanya ketika ditemui di sini.

Pemenang tempat pertama bakal menerima hadiah bernilai RM50,000 bagi meningkatkan projek mereka serta pengubahsuaian kelas.

Selain itu, sejumlah RM1,000 disalurkan dalam akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) peserta.

PELAJAR SMK Lutong (Sarawak) hadir pada pertandingan PETRONAS All About Youth (AAY) 2017 di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Salhani Ibrahim

Sumber: Berita Harian

Advertisements