Persidangan Perubatan Malaysia 2017 di Universiti AIMST

KUALA LUMPUR: Persidangan Perubatan Malaysia (MMeC) 2017 akan diadakan pada 6 hingga 8 Oktober ini bertempat di Universiti AIMST dekat Bedong, Kedah.

Program selama tiga hari itu menyasarkan penyertaan pelajar dalam bidang perubatan, kejururawatan dan farmasi dari seluruh negara.

Program itu dianjurkan oleh Pelajar Perubatan Universiti AIMST dengan kerjasama Komuniti Pelajar Persatuan Perubatan Malaysia (SMMAMS).

Bertemakan ‘Keselamatan Pesakit dan Peranan Penjagaan Kesihatan Junior Profesional’, persidangan itu memberi fokus topik mengenai isu keselamatan pesakit, pengamalan kejururawatan dan pembedahan selamat, teknik komunikasi efektif serta aspek perundangan dalam perubatan.

Peserta yang hadir juga boleh menyertai bengkel mengenai teknik “suturing” dan cara berkomunikasi yang betul antara pengamal perubatan.

Bagi yang berminat untuk menyertai persidangan ini boleh layari Facebook Malaysian Medicare Conference 2017 – MMeC atau hubungi Karishma di talian 014-3045569, Logindrrah (019-6844367), Tharvina (012-3721334) atau Subha Shree (0143038406).

Setiap peserta dikenakan bayaran RM180 untuk menyertai program tiga hari itu, termasuk penginapan, manakala pelajar AIMST (RM160) dan ahli SMMAMS juga RM160.

Sumber: Berita Harian

Advertisements