Kementerian Pendidikan semak aduan sekolah Lembah Klang

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Kementerian Pendidikan akan menyemak semula semua aduan daripada sekolah sekitar Lembah Klang yang mengalamami masalah kekurangan bilik darjah dan bangunan sekolah akibat peningkatan jumlah pelajar.

Datuk P. Kamalanathan
Datuk P. Kamalanathan

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak bertanggungjawab secepat mungkin bagi mengelakkan masalah tersebut berlanjutan.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan pembangunan pendidikan berkualiti di negara ini dengan menambah bilangan bilik darjah di semua sekolah yang dikenal pasti menghadapi masalah tersebut.

Jadi kita akan semak dan dapatkan maklumat terperinci mengenainya daripada semua pihak di Kementerian Pendidikan,” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian surat sumbangan bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kinrara Puchong, dekat sini hari ini.

– Sumber : Utusan Online

%d bloggers like this: