Tablet Tutor Guru terima maklum balas baik

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Penggunaan tablet yang dilengkapi perisian akhbar pendidikan Tutor menerima maklum balas yang baik daripada guru-guru sekolah di Sarawak dan Wilayah Persekutuan yang telah menggunakannya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, pemberian tablet itu bermanfaat meningkatkan kualiti pengajaran dalam menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21.

“Kita mendapat maklum balas yang baik daripada guru-guru sekolah di Sarawak dan Wilayah Persekutuan tetapi penggunaannya perlu ditambah baik serta diperluaskan lagi.

“Kita telah mulakan program ini di Sarawak dan pada masa ini, hampir 42,000 guru dan pegawai di pejabat pelajaran di Sarawak telah menerima tablet tersebut,” katanya ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) berkenaan Program Tutor Guru di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Kamalanathan berkata, pihak kementerian me­netapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi program tersebut mesti mencapai 60 peratus pada Disember 2017.

– Sumber : Utusan Online

%d bloggers like this: