Keputusan UPSR diumum 17 November ini

KUALA LUMPUR: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 akan diumumkan pada 17 November ini.    Tahun ini, seramai 452,721 calon menduduki UPSR di seluruh negara yang bermula dari 1 September sehingga 8 September lalu.   Daripada jumlah itu, seramai 443,677 calon membabitkan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,044 calon lagi daripada sekolah swasta.

Sumber: Berita Harian