UiTM juara pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas

NOOR Haqim (kanan), Muhammad Syafiq (kiri) bersama Koordinator Debat UiTM SeMalaysia, Azmi Mat selepas pasukan itu diumumkan juara pada Pertandingan Akhir DeTIK 2016 di IPGKIK, hari ini. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul juara Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) 2016 pada pertandingan akhir hari ini, sekali gus mengetepikan 59 pasukan lain. Kemenangan itu menyaksikan pasukan diwakili dua pendebat daripada jurusan undang-undang yang kali pertama berada di pentas akhir DeTIK dan bertindak sebagai pembangkang penutup, Muhammad Syafiq Jebat, 19, serta Noor Haqim Noor Hamiddon, 20, membawa pulang piala pusingan, trofi juara, piala individu, wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan. Naib Juara disandang Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) selaku kerajaan penutup yang melayakkan mereka menerima piala individu, wang tunai RM1,500 dan sijil penghargaan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membawakan peranan sebagai pembangkang pembuka menduduki tempat ketiga, manakala Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mewakili kerajaan pembuka, mendapat tempat keempat. Dua pasukan itu masing-masing menerima trofi individu, wang tunai dan sijil penghargaan. Pertandingan akhir membawa usul ‘dewan ini percaya tanggungjawab melahirkan kepimpinan muda terletak pada institusi pendidikan’ adalah kemuncak kepada penganjuran selama empat hari DeTIK 2016 bermula 7 Oktober lalu di IPGKIK. Pengarah IPGKIK, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali, berkata pertandingan debat bahasa Melayu secara tahunan sejak tahun 2014 anjuran institusi pendidikan itu, bermatlamat menyediakan platform kepada mahasiswa melontarkan idea, mendedahkan mereka dengan isu pendidikan negara dan menggalakkan keyakinan peserta. “Pertandingan ini berpotensi mengembangkan pemikiran mahasiswa berhubung topik pendidikan selaras Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa dan melahirkan generasi berpengetahuan luas. “Kita dapat lihat pertandingan ini bukan saja menjadi wadah dan wacana yang baik kepada mahasiswa untuk berdebat melalui saluran positif, malah medan perbincangan isu semasa serta merapatkan hubungan dalam kalangan peserta daripada institusi pendidikan berbeza,” katanya. Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanathan. Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Perhubungan Luar (SHEPL) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Mohd Shukor Abas. Sebanyak 60 pasukan dan 120 pendebat dari institut pendidikan guru, universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta dan politeknik menyertainya, berbanding 40 pasukan pada penganjuran tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

Advertisements

PT3 bermula pagi ini

KUALA LUMPUR: Seramai 432,514 calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2016 di seluruh negara menduduki peperiksaan itu bermula hari ini hingga Khamis ini. Mereka dijadualkan menduduki dua mata pelajaran hari ini, iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Esok, calon akan menduduki kertas Bahasa Inggeris dan Sains, disusuli Kemahiran Hidup Bersepadu serta Pendidikan Islam pada hari ketiga. Kertas peperiksaan pada hari terakhir ialah Bahasa Arab/Cina/Tamil/Punjabi/Iban/Kadazandusun dan Maharat Al-Quran (Kertas 1).

MUAR 10 OKTOBER 2016. Sebahagian daripada pelajar-pelajar tingkatan 3 mula menduduki peperiksaan PT3 yang bermula pada hari ini di Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

SEBAHAGIAN pelajar menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Indera Mahkota, Kuantan yang bermula hari ini. – Foto Luqman Hakim Zubir

PELAJAR Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan, Muhammad Nasrul Hakimy Noraisham (kanan) bersama rakan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3 ) di Unit Pendidikan Khas, Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bharu, hari ini. – Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin «»

Sumber: Berita Harian

Setting a vision for the disabled

Sunday, 9 October 2016

The team is of the view that the disabled shouldn’t be left out as they are differently abled. From left: Jefri, Muhammad Irfan, Norhanisha, Nazierah, Nor Hazirah and Natasha are all smiles after receiving the award.

SHE had won three gold medals for Malaysia but only her family members were there to greet her at the airport, said a Whatsapp message about the poor reception Felicia Mikat from Sabah received.

This was after her three-gold-medal win at the Eighth Asean Para Games held in Singapore in December last year.

The message quickly caught the attention of many, including the media and state government who then came out to support the visually impaired athlete.

 It was both the plight and the perseverance of the 16-year-old, that had a group of students thinking about the abilities of the disabled and the potential they had in bringing pride to the nation.

Seeing that the disabled can deliver, the prolific Team Mettlesome of SMK Muhibbah, Sandakan, were inspired to use Felicia as the face of their Public Service Announcement poster.

The impressive poster with the tagline “#Let’s Celebrate! Disabled Are Capable’’ byTeam Mettlesome comprising Muhammad Irfan Yassin, Norhanisha Mohd Irwan, Nazierah Natasha Erati and Nor Hazirah Sardon caught the eye of the judges and won the Outstanding Award for the best poster entry from Sabah.

“What we felt was that Felicia, the daughter of a farmer, has shown everyone that the disabled too, are just as capable.

“She has shown that despite her background and her disability, she is able to contribute and make the country proud,’’ said Muhammad Irfan in explaining the team’s rationale in featuring Felicia in its poster.

He said that there was a lot of focus given to the able-bodied sportsmen and sportswomen. But it was little-known disabled athletes like Felicia, who needed the attention as they were excelling in the fields they were in.

“We brainstormed and discussed how best to bring out the message. Felicia was the central figure in it. “Many do not appreciate the sacrifices and contributions of the disabled,’’ said Muhammad Irfan who spoke on behalf of the team.

Working together, they strung a sentence for the poster that read: “We might not appreciate nor understand what it is like to be disabled but that should not stop us from recognising the abilities and outstanding achievements of these true Malaysians. Take pride in supporting them.’’

In their poster with Felicia and the Malaysian flag in the background, they also quoted the runner: “I can see things but not at a distance, and not at night. What is important is for me to work harder and never give up. Who knows, I might be a world sprinter one day.’’

For Muhammad Irfan and his team – all 17-year-olds – crafting the poster helped them understand that the disabled were indeed capable.

They also spent time finding appropriate words in the English language to convey the message.

“We enjoyed doing the PSA poster. We felt good about it as we did our part by creating awareness on the plight of the disabled,’’ he said.

Winning the Outstanding Award was sweet success. It is the sixth time that the students from the school had participated in The Star’s yearly NiE contests.

Their teacher Natasha Naharuddin Boro, said that the students worked on their own without much supervision.

“They came up with the idea and developed the content… my role was merely to guide them,” said Natasha who has been encouraging her students to participate in the event annually.

SMK Muhibbah Sandakan principal Jefri Abdul Ahmad said that the contest was good as it helped shape young minds not only in learning the English language but in helping them understand issues that need to be addressed through Public Service Announcements.

The school, he said, will continue to encourage students to participate in the competition as it helps them develop their critical thinking skills while boosting their self-confidence.

Sumber:  The Star Online  – http://www.thestar.com.my/news/education/2016/10/09/setting-a-vision-for-the-disabled/

Kementerian galak universiti guna MOOC Pembelajaran dalam talian sejajar teknologi masa kini

IDRIS JUSOH beramah mesra dengan pelajar selepas merasmikan program

IDRIS JUSOH beramah mesra dengan pelajar selepas merasmikan program CSR Ilmu Mengubah Destinasi di SKMA Nurul Ittifaq, Kuala Besut, Terengganu, semalam. UTUSAN/KAMARUDIN HAMZAH

BESUT 9 Okt. – Kementerian Pendidikan Tinggi menggalakkan lebih banyak unversiti awam di negara ini membangunkan platform pembelajaran dalam talian atau Massive Open Online Courses (MOOC) sejajar dengan kemajuan teknologi masa kini.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, semua universiti dan rakyat perlu bersiap sedia untuk melakukan perubahan yang memberi banyak ruang untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang dengan lebih mudah.

Katanya, dengan mengguna­kan teknologi terkini, pelajar ti­dak perlu lagi hadir ke bilik kuliah, sebaliknya boleh diakses secara dalam talian dari rumah.

“Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang mengiktiraf dan membenarkan pemindahan kredit yang membolehkan pelajar mengikuti pengajian di beberapa institusi pendidikan tinggi (IPT) secara dalam talian.

“Pendekatan alaf baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah seiring dengan usaha murni universiti untuk mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan memberi faedah kepada pelajar secara keseluruhannya,” ujarnya.

– Sumber : Utusan online

Makmal mikro tepati ciri pembelajaran abad ke-21

Lim Gin Keat (kanan) menunjukkan cara membuat eksperimen yang

Lim Gin Keat (kanan) menunjukkan cara membuat eksperimen yang betul menggunakan Kit Makmal Mikro kepada pelajar SBP Integrasi Gombak di sekolah itu di Gombak, Selangor, baru-baru ini.

PENGGUNAAN makmal berskala mikro mudah alih menepati ciri pembe­lajaran abad ke-21 yang ber­pusatkan pelajar, pem­­belajaran aktif dan pem­belajaran kendiri de­ngan melakukan amali atau eksperimen yang di­sediakan.

Guru Kimia Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak, Noor Hashimah Ali Musa berkata, eksperimen berbeza yang dilakukan mengikut stesen atau secara ga­llery walk juga menepati keperluan pembelajaran abad ke-21.

“Elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan penggunaan pengetahuan sedia ada juga dapat diterapkan menerusi eksperimen makmal mikro ini.

“Selain itu, penggunaan makmal mikro ini juga dapat menjimatkan kos penggunaan bahan kimia sehingga 70 peratus,” katanya ketika ditemui selepas tamat mengendalikan makmal itu di SBP integrasi Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Demonstrasi Kit Makmal mikro oleh Pusat Pengajian Sa­ins Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM) ini bertujuan menarik minat pelajar mempelajari kimia dan sains.

SBP Integrasi Gom­bak merupakan sa­tu-satunya sekolah di luar Pulau Pinang yang memanfaatkan penggunaan kit makmal mikro sejak empat tahun lalu.

Menurut Pensyarah Pusat Pe­ngajian Sa­ins Kimia USM, Lim Gin Keat, kit yang dibangunkan pada tahun 2000 ini digunakan di 13 buah sekolah di sekitar Pulau Pinang.

“Dengan kit ini pelajar berpeluang membuat eksperimen sehingga mahir dan memperoleh keputusan yang tepat.

“Tambahan pula, alat yang digunakan tidak mudah pecah, bahan kimianya selamat dan pro­sesnya juga mudah,” jelas beliau.

– Sumber : Utusan online

AeU bukti komitmen Malaysia jayakan ACD

BANGKOK 9 Okt. – Penubuhan Asia e University (AeU) menjadi bukti komitmen Malaysia dalam menjayakan Dialog Kerjasama Asia (ACD) yang bertujuan me­ningkatkan pembangunan sektor pendidikan dan sumber manusia antara 34 negara-negara anggota di rantau ini.

MAK CHAI

Naib Presiden Akademik dan Pentadbiran AeU, Prof. Dr. Mak Chai berkata, projek AeU yang diilhamkan sejak penubuhan ACD pada 2002 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia dan mendapat peruntukan awal daripada Kementerian Kewangan.

Katanya, AeU yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu memulakan operasinya pada 2007 dengan melakukan pengambilan pertama pelajar pada 2008 dan kemudian bergerak sebagai sebuah universiti swasta sepenuhnya yang memanfaatkan pembelajaran melalui teknologi maya.

“Pada masa ini, kira-kira 20,000 pelajar mengikuti pengajian di universiti itu yang 23 peratus daripadanya merupakan pelajar luar dari 60 negara,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini, yang membuat liputan lawatan rasmi Datuk Seri Najib Tun Razak ke Thailand.

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini lewat malam tadi untuk menyertai Sidang Kemucak ACD selama dua hari dan dijangka pulang selepas menyampaikan ucapan pada sesi plenari di sidang itu, esok.

Prof. Mak berkata, penubuhan AeU adalah satu-satunya projek yang telah menjadi kenyataan dan menjadi penggerak utama kerjasama dalam bidang pendidikan antara negara-negara anggota ACD melalui platform dalam talian.

Katanya, AeU menawarkan kursus-kursus seperti pengurusan, perniagaan, pendidikan, teknologi maklumat dan sebagainya dengan tumpuan utama penawaran pengajian kepada pekerja yang ingin meningkatkan pendidikan mereka.

“Kami lebih ba­nyak menawarkan pengajian peringkat kedoktoran, sarjana dan sarjana muda kerana ia lebih sesuai untuk para pekerja yang ingin meningkatkan pengetahuan atau kedudukan mereka dalam pe­kerjaan,” kata­nya.

Ditanya mengenai cabaran AeU, Prof. Mak berkata, walaupun pengajian-pengajian yang ditawarkan di universiti itu mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia tetapi masih banyak lagi negara-negara yang tidak mengiktirafnya kerana pembelajarannya dilakukan melalui Internet.

“Mereka tidak dapat membezakan universiti elektronik tulen seperti AeU berbanding ‘universiti internet’ yang sebenarnya tidak wujud dan menawarkan ijazah palsu,” tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, bagi mengatasi masalah itu, AeU telah mengadakan program kerjasama dengan universiti dan kolej di negara-negara luar bagi memudahkan pelbagai pihak mengiktiraf pelajar lulusan AeU. – UTUSAN

– Sumber : Utusan online

Jangan salah guna ilmu – Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meninggalkan majlis selepas Konvokesyen

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meninggalkan majlis selepas Konvokesyen ke-16 UTHM di Dewan Sultan Ibrahim UTHM Batu Pahat, Johor semalam. BERNAMA

BATU PAHAT 8 Okt. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menasihatkan golongan terpelajar bahawa ilmu yang dipelajari tidak seharusnya disalahgunakan untuk melakukan perkara-perkara tidak berfaedah termasuk menipu dan mencuri.

Titah baginda, golongan gra­duan yang menerima ijazah juga jangan bersikap terlalu sombong dengan ilmu pengetahuan atau kelebihan yang dimiliki, tetapi perlu bijak merancang kehidupan dan tidak terikut-ikut serta terpengaruh dengan rakan-rakan yang cetek akal.

“Sekiranya kejayaan yang diharap­kan belum dicapai, buatlah dahulu apa juga kerja yang boleh beri pendapatan dan rezeki yang halal.

“Jangan pula menggunakan ilmu dan kebolehan yang ada untuk kerja-kerja yang tidak baik seperti menipu atau mencuri,” titah baginda semasa merasmikan istiadat konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Dewan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pro Canselor UTHM.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pro Canselor UTHM, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Pengerusi Lembaga Pe­ngarah UTHM, Tan Sri Dr. Ir. Jamilus Md. Hussin dan Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.

Pada istiadat itu, Sultan Ibrahim yang juga Canselor UTHM ber­kenan menganuge­rahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Gabenor Sulawesi Selatan, Dr. Syahrul Yasin Limpo atas sumba­ngan dan kejayaan membangunkan wilayah tersebut.

Titah baginda, tidak ada jalan singkat bagi sesiapa pun berjaya dalam kehidupan yang penuh mencabar melainkan bermula dari bawah dengan mencari kerja, meningkatkan pengetahuan dan kebolehan serta membentuk kualiti dalam diri.

“Setiap manusia diberikan rezeki yang berbeza, namun kita mesti sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk dan jangan pula ikut resmi lalang, makin berisi makin tegak,” titah baginda.

Baginda turut berbangga de­ngan pencapaian UTHM yang menjadi salah sebuah universiti awam yang menjadi pilihan industri untuk mengambil graduan be­kerja.

– Sumber : Utusan online