Sarawak juara Pertandingan Robotik Kebangsaan 2016

Kontinjen dari Sarawak dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan

Kontinjen dari Sarawak dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2016 di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.

PARIT 27 Sept. – Kontinjen Sarawak muncul juara keseluruhan Per­tandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2016 yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dekat sini kelmarin.

Sarawak yang menghantar penyertaan 11 ciptaan mengungguli dua kategori utama pertandingan iaitu Terbuka dan Bola Sepak.

Kemenangan itu melayakkan Sarawak mewakili negara dalam pertandingan Olimpiad Robotik Dunia (WRO) 2016 di New Delhi, India pada 25 hingga 27 November ini.

Sebanyak 187 pasukan dari sekolah rendah dan menengah seluruh negara menyertai pertan­dingan tersebut yang dianjurkan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad dan Jabatan Pendidikan ne­geri.

Hadiah kepada pemenang di­sampaikan oleh Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendi­dikan, Dr. N. Mehander Singh yang mewakili Ketua Pengarah Pendi­dikan, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik) UTP, Prof. Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.

Ketua Kontinjen Sarawak, Pu­yang Ngau Wan berkata, pasukannya akan membuat persiapan rapi terutamanya aspek teknikal robotik menjelang pertandingan WRO.

“Penyertaan dalam pertan­dingan di sini memberi peluang kepada kami untuk memperbaiki beberapa kelemahan. Semoga ka­­mi dapat mempamerkan aksi yang lebih baik dalam pertan­di­­ng­an WRO November ini,” katanya.

Sementara itu, dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Mehander, Khair berkata, program tersebut merupakan langkah terbaik untuk menarik minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Katanya, kemahiran dalam bidang itu dapat membantu golong­an pelajar membina kemahiran penting yang diperlukan dalam era moden.

“Pertandingan ini menggalakkan pelajar berlatih kemahiran dalam mengeluarkan, memperbaharui idea dan menganalisis masalah secara mendalam di samping mengaplikasi konsep STEM semasa cabaran pertan­ding­an,” katanya.

– Sumber : Utusan online

%d bloggers like this: