Perkongsian Profesionalisme Guru tingkatkan kualiti PdP guru

Dr. Ismail Zain (tengah) dan Suhaimi (kanan depan) bergambar bersama sebahagian guru SK Taman Paroi

Dr. Ismail Zain (tengah) dan Suhaimi (kanan depan) bergambar bersama sebahagian guru SK Taman Paroi Jaya sempena Program Perkongsian Profesionalisme Guru tentang Strategi Persediaan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini

Warga pendidik Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan berpeluang menyertai program Per­kongsian Profesionalisme Guru tentang Strategi Persediaan Pe­lak­sanaan Pembelajaran Abad Ke-21 anjuran Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Sembilan baru-baru ini.

Antara pengisian program itu dikendalikan Penasihat Tutor Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain dengan tajuk ‘Strategi Pelaksana­an Pembelajaran dan Pengajaran Abad Ke-21 melalui pengaplikasian Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE’.

Melalui program itu, guru diberi pendedahan mengenai ke­pentingan mengintegrasikan fi­tur-fitur Pembelajaran Abad 21 (PA21) dalam proses PdP dalam bilik darjah selain menjadikan mo­del ASIE sebagai mekanisme atau alat perancangan pembelajaran dan pengajaran bagi memu­dahkan guru mereka bentuk pe­nga­jaran mereka berasaskan PA21.

Sementara itu, Guru Besar SK Paroi Jaya, Suhaimi Norazi berkata, perkongsian ilmu oleh Dr. Isma­il dilihat amat relevan dengan situa­si PdP dan sistem pendidikan negara pada masa kini.

“Saya nampak Model ASIE bukan sahaja memudahkan guru merancang pengajaran tetapi memberi kemudahan kepada pemantau sama ada Guru Besar, pegawai PPD atau dari pihak nazir,” katanya.

Beliau yang juga Bendahari Agong MGB Negeri Sembilan berkata, pendedahan itu juga sebagai jaminan kualiti bagi menyemak perkembangan perancangan urus secara dalam talian dan sentiasa mampu memberi bimbingan kepada guru melalui fitur-fitur Model tersebut.

Selain itu, menurut, Guru Kanan Pentadbir, Hamidah Othman berkata, pendedahan melalui program itu selaras dengan keperluan pendidikan semasa yang memerlukan guru merancang pengajaran berasaskan konsep Pembelajaran Abad Ke-21.

“Perancangan melalui Model ASIE secara dalam talian memudahkan guru berinteraksi dan ber­kolaborasi dalam mereka ben­tuk pengajaran di luar waktu sekolah dan ciri ini menjadi nilai tambah kepada amalan dalam program Komuniti Profesionalisme Pembelajaran (PLC) yang sedang berlaku ketika ini,” kata­nya.

Bagi guru kaunseling dan Se­tiausaha Latihan dalam Perkhidmatan, Azizi Lamat, model ASIE mampu merealisasikan salah satu tujuan Ujian Psikometrik yang dilaksanakan di sekolah dalam menjadi penentu kepada corak perancangan pengajaran guru yang sebelum ini kurang diberi tumpuan.

“Model ASIE menonjolkan ru­musan penting data-data profil murid dalam pelbagai ujian se­perti Ujian Aptitut Am, Ujian Aptitut Khas dan ujian-ujian lain bagi guru memberi pertimbangan untuk mereka bentuk strategi perancangan pembelajaran me­­reka yang bersifat ‘pemusatan murid’,” katanya.

Katanya, usaha sedang dilak­sanakan bagi membolehkan Mo­del tersebut dapat dirintis di beberapa sekolah di Negeri Sembilan untuk guru-guru dalam pro­ses melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 ini.

Mana-mana pihak yang bermi­nat menganjurkan program yang sama boleh menghubungi talian 019-5713745 bagi mendapatkan butiran lanjut me­ngenainya.

– Sumber : Utusan online

%d bloggers like this: