Kelebihan kursus dalam talian

KURSUS universiti maya yang diiktiraf memberi fleksibiliti masa

KURSUS universiti maya yang diiktiraf memberi fleksibiliti masa untuk seseorang menyambung pengajian tinggi secara dalam talian. GAMBAR HIASAN/AFP

ZAMAN ini semuanya dikatakan ‘era di hujung jari’. Kita boleh belajar membina atau membuat apa saja apabila dihubungkan ke internet.

Malah seseorang boleh mendapatkan kelayakan seperti orang lain yang menghadiri kuliah di kolej atau universiti melalui kursus internet termasuk diploma, ijazah mahupun ijazah doktor falsafah (PhD).

Perbezaannya adalah platform ini memberi lebih fleksibiliti untuk kita memilih kursus dan tempat di mana menyiapkan tugasan.

Apabila semuanya berada di dalam talian, bahan pembelajaran, penghantaran kerja kursus, perbincangan sesama pelajar dan pengajar semuanya berlaku di dalam talian.

Melalui sistem tersebut, kita mendapat akses kepada bahan pembelajaran, menonton syarahan dan melibatkan diri dalam perbincangan dalam talian dari rumah atau di mana sahaja yang dirasakan selesa.

Ada kursus-kursus yang memasukkan kerja berkumpulan bagi menggalakkan kerjasama pasukan dan interaksi dengan pelajar lain.

Bagaimanapun, ada berkemungkinan kita melengah dan melewatkan kerja atau tugasan sehingga saat akhir disebabkan fleksibiliti pembelajaran dalam talian.

Oleh itu, penting bagi pelajar universiti maya merancang dan menyusun jadual dengan rapi.

Jika memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, pelajar hanya perlu menghubungi staf akademik melalui e-mel, bersembang dalam talian atau menelefon.

AZIZI AHMAD

Segambut Luar, Kuala Lumpur

– Sumber : Utusan online

%d bloggers like this: