SBP Integrasi Gombak harum nama negara di Korea Selatan

Pasukan SBP Integrasi Gombak menerima sijil kemenangan daripada

Pasukan SBP Integrasi Gombak menerima sijil kemenangan daripada wakil penganjur dalam Pertandingan Kreativiti Ciptaan Dunia kelima di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak berjaya mengharumkan nama negara dengan meraih pingat emas dalam Pertan­dingan Kreativiti Ciptaan Dunia kelima di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.

Pasukan Sekolah Berprestasi Tinggi yang diwakili Aliah Adlina Hisshamuddin, Farah Hani Ahmad dan Nasree Hayeesama di bawah bimbingan Cikgu Norzaina Zainal Abidin itu menewaskan 15 buah sekolah lain dari seluruh dunia.

Mereka mengetengahkan projek jubin berasaskan kulit telur yang dinamakan ‘Caco Tiles’ untuk menambat hati dan perhatian juri.

Inovasi yang diusahakan oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan sekolah ini pernah meraih pelbagai anugerah inovasi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Pencapaian ini sekali gus membuktikan inovasi dan kreativiti pelajar kita setanding malah lebih baik serta berdaya saing di pe­ring­kat global.

– Sumber : Utusan online

%d bloggers like this: