Kementerian nafi soalan UPSR berbaur perkauman

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Kementerian Pendidikan hari ini menafikan dakwaan soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 berunsur perkauman seperti yang disebarkan dalam media sosial.

kpm

Kementerian tersebut dalam satu kenyataan berkata, siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan mendapati soalan yang tersebar di media sosial tersebut tidak terdapat dalam peperiksaan UPSR 2016.

“Pihak kementerian amat kesal dengan kenyataan yang tidak benar tersebut. Soalan-soalan yang dibina dalam setiap kertas soalan oleh Lembaga Peperiksaan telah melalui proses penilaian bagi memastikan kecukupcakupan kurikulum dan menepati objektif mata pelajaran berkaitan.

“Malah, pihak Lembaga Peperiksaan amat mementingkan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat terutama dalam konteks peperiksaan,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut mengulas dakwaan yang tersebar di media sosial berkenaan soalan Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR 2016 yang dikatakan berbaur perkauman.

Peperiksaan UPSR 2016 diadakan mulai 1 September lalu dan berakhir hari ini melibatkan 452,721 murid di 8,100 pusat peperiksaan seluruh negara.

– Sumber : Utusan online

%d bloggers like this: