11 pensyarah dilantik sebagai Adiguru IPGM

REKTOR Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Azian Tengku Syed Abdullah menyampaikan watikah Perlantikan Adiguru kepada Dr Nordiana Hamzah (kiri) pada Majlis Watikah Perlantikan Adiguru dan Pelancaran Buku Institut Pendidikan Guru Malaysia di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. – Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Seramai 11 pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pelbagai kampus dari seluruh negara dilantik sebagai Adiguru pertama institut berkenaan. Program Adiguru IPGM yang setaraf dengan proses pelantikan Munsyi Dewan, bertujuan memperbanyak pakar rujuk Bahasa Melayu dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK). Rektor IPGM, Dr Azian Tengku Syed Abdullah, berkata pelantikan Adiguru amat besar ertinya dalam perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu. Katanya, kumpulan Adiguru ini akan berperanan sebagai pembimbing dan pakar rujuk Bahasa Melayu dalam kalangan pensyarah, guru sekolah, pelajar dan masyarakat. “Kita berharap sekurang-kurangnya seorang Adiguru bagi satu IPGK berjaya dilantik menjelang 2020,” katanya pada Majlis Watikah Pelantikan Adiguru dan Pelancaran Buku IPGM, di IPGK Bahasa Melayu Lembah Pantai, di sini, hari ini.

REKTOR Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Azian Tengku Syed Abdullah menyampaikan watikah Perlantikan Adiguru kepada Dr Nordiana Hamzah (kiri) pada Majlis Watikah Perlantikan Adiguru dan Pelancaran Buku Institut Pendidikan Guru Malaysia di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. – Foto Aziah Azmee REKTOR Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr Azian Tengku Syed Abdullah memegang buku yang dilancarkan pada Majlis Watikah Perlantikan Adiguru dan Pelancaran Buku Institut Pendidikan Guru Malaysia di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. – Foto Aziah Azmee «»

Sumber: Berita Harian