Mahdzir tinjau murid duduki UPSR di SK Sodomon

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid meninjau persiapan dan memberi semangat kepada calon UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Sodomon, Keningau. – Foto Mohd Izham Unnip Abdullah

KENINGAU: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sebentar tadi meninjau persiapan dan memberi semangat kepada murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sodomon, di sini. Ketibaan beliau pada jam 7.30 pagi tadi disambut Guru Besar SK Sodomon, Anthony Amin. Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ellron Alfred Angin. Hadir sama, Pengarah Pendidikan Sabah, Maimunah Suhaibul.

Sumber: Berita Harian