452,721 murid duduki UPSR

KUALA LUMPUR: Seramai 452,721 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negara hari ini. Peperiksaan itu sudah bermula 1 September lalu bagi calon Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Daripada jumlah itu, seramai 443,677 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 9,044 bagi calon swasta. Kertas pertama bagi calon Sekolah Kebangsaan (SK) bermula jam 8.15 pagi untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan akan berakhir pada 8 September ini.

Sumber: Berita Harian