42,060 calon duduki UPSR di Sarawak

KUCHING: Seramai 42,060 orang calon dari 1,284 pusat peperiksaan di Sarawak menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016, hari ini. Daripada jumlah itu seramai 31,687 orang calon atau 75.34% menduduki UPSR Aliran Bahasa Melayu manakala 10,373 orang calon (24.66%) menduduki UPSR Aliran Bahasa Cina. Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Rakayah Madon berkata, calon bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sudah menduduki ujian itu mulai Khamis lalu hingga 8 September ini manakala calon Sekolah Kebangsaan pula mulai hari ini dan berakhir 8 September ini. Beliau berkata, seramai 277 orang penyelia kawasan dan seramai 5,547 orang pengawas akan terbabit dalam urusan pengendalian peperiksaan itu. Rakayah turut mengingatkan mereka yang menghadapi sebarang kesulitan supaya menghubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di talian 082-473538 atau 082-473520 atau Unit Penilaian dan Peperiksaan di Pejabat Pendidikan Daerah iaitu Kuching (082-240851/ 242254); Samarahan (082-628177); Sri Aman (083-322581); Betong (083-472595): Sarikei (084-651761): Sibu (084-332443): Mukah (084-871259): Kapit (084-796362): Bintulu (086-330541): Miri (085-416485) dan Limbang (085-211150).

Sumber: Berita Harian