IBS diguna secara meluas 2017

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Sistem Binaan Berindustri (IBS) akan mula digunakan secara meluas bagi menggantikan kaedah pembinaan sekolah secara konvensional yang dilihat menelan kos besar, mulai tahun hadapan.

P. Kamalanathan

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, kaedah IBS tidak semestinya akan digunakan di sekolah kawasan pedalaman sahaja sebaliknya akan diperluaskan ke semua tempat.

“Kementerian sedang mengenal pasti sekolah berkenaan termasuk di kawasan bandar, yang penting ia digunakan untuk pembinaan blok gantian sekolah yang daif,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementeriannya akan mengkaji semula kaedah pembinaan secara konvensional yang dilihat menelan kos besar dan menggunakan ruang secara berlebihan.

Mahdzir berkata, kini sekolah tidak lagi memerlukan rekaan berlebihan serta ruang yang besar sebaliknya memadai untuk kegunaan sekolah.

– Sumber : Utusan online

Advertisements
%d bloggers like this: