STAR, SDAR johan debat Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris

SEKOLAH Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak muncul johan kategori Bahasa Melayu Pertandingan Debat Antara Sekolah Malaysia kali ke-14, 2016 yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini. – Foto Saifullizan Tamadi.

GOMBAK: Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak muncul johan kategori Bahasa Melayu Pertandingan Debat Antara Sekolah Malaysia kali ke-14, 2016 yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini. Membahaskan isu ‘Pemerintahan Tentera di Negara-negara Bergolak’ bagi kategori Bahasa Melayu, STAR berjaya menundukkan pasukan pendebat dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Kemenangan itu sekali gus melayakkan STAR membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 beserta piala pusingan, piala iringan, piala individu dan sijil. Kategori bahasa Inggeris pula menyaksikan kehebatan pendebat Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Negeri Sembilan menewaskan pasukan STAR dengan isu perdebatan ‘Amerika Syarikat Perlu Membayar Wang Tebusan kepada Kumpulan Pengganas Untuk Membebaskan Rakyatnya’. Sebanyak 80 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran UIAM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia yang bermula 22 Julai lalu.

Sumber: Berita Harian