PDRM pantau pengaruh IS di sekolah – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau pengaruh kumpulan militan IS di setiap institusi pendidikan termasuk sekolah bagi mengelak daripada menular dalam kalangan guru serta pelajar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu. “Memang kita risau jika sel senyap wujud dan sebab itu kita beri perhatian penuh terhadap sekolah supaya tiada penularan elemen ekstremis dalam kalangan warga pendidik dan pelajar. “Setakat ini, tiada seorang guru pun yang ditahan kerana terbabit dengan elemen pengganas, “katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, sebentar tadi.

Sumber: Berita Harian