Penuntut tajaan YT di Turki selamat

PENGARAH Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Penutup Karnival Mahabbah SMID 2016 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, semalam. – Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: Yayasan Terengganu (YT) mengesahkan penuntut tajaannya selamat dan tidak terkandas di Lapangan Terbang Ankara, Istanbul ekoran cubaan rampasan kuasa di negara itu semalam. Pengarah YT, Mohamad Sulong, berkata ibu bapa kepada pelajar di beberapa universiti di Ankara, Istanbul tidak perlu risau kerana semakan mendapati tiada pelajar tajaan YT terbabit dengan konflik negara itu. “Walaupun ada pelajar dari negeri ini melanjutkan pengajian di beberapa universiti terutama di Ankara, tiada yang terkandas termasuk di Lapangan Terbang Ankara,” katanya hari ini. Mohamad berkata, ada kalangan ibu bapa pelajar berkenaan menghubungi YT untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai anak mereka. Katanya, semakan mendapati pelajar yang dikatakan terkandas di Lapangan Terbang Ankara adalah pelajar tajaan yayasan di Kelantan.

Sumber: Berita Harian