Parent-teacher associations to get special briefing on IS threat, education minister says

Mahdzir_Khalid2308f_620_413_100Mahdzir said the special briefing will focus on two main aspects, namely Islam’s view on terrorism and the misuse of Islam for terrorism purposes. — Picture by Saw Siow Feng

SERDANG, July 27 ― Professionals in terrorism and experts on Daesh will be invited to brief the parent-teacher associations, the teachers unions and the students associations on the danger posed by the militant group.

Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid said the special briefing will focus on two main aspects, namely Islam’s view on terrorism and the misuse of Islam for terrorism purposes.

“This is to ensure that all parties that are related to education, whether at federal, state or district level can get a clear explanation of Daesh, and thus prevent educators from being involved with the militant group,” he told a  press conference at MOE’s Aidilfitri open house at Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) here, today.

Mahdzir said although no students, teachers or school administrators were involved in Daesh, they should be given a clear explanation to stop it from spreading to schools.

On another note, he said the Risda proposal to cultivate ketum should consider its effect on the educational institution, especially the students.

The minister said that school students were found to be involved in the drinking of ketum juice although ketum was not widely cultivated.

Asked whether the proposal would create a new problem, Mahdzir said: “I hope they pick another plant to cultivate because it (ketum) spells trouble.”

Risda chairman Datuk Zahidi Zainul Abidin yesterday said they will seek government approval to cultivate ketum to raise the income of rubber smallholders since there is high demand from pharmaceutical companies in America (US) and Europe.― Bernama

 

Source: Malay Mail

Advertisements

Manfaatkan Tutor bantu hadapi SPM

Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak digalakkan menggunakan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor SPM bagi menghadapi peperiksaan itu pada November nanti.

Pengerusi Biro Pendidikan Parlimen Padang Rengas, Cikgu Mohamad Azir Ismail berkata, calon SPM perlu memanfaatkan akhbar pendidikan Tutor sebagai bahan sokongan untuk latihan dan ulang kaji.

“Kandungan Tutor dibangunkan sesuai dengan format peperiksaan dan ini sangat membantu memahirkan pelajar dalam menjawab soalan-soalan bagi setiap mata pelajaran yang diambil,” kata alumni SMK Tun Perak tahun 1962 ini.

Beliau berkata demikian selepas tamat mengendalikan Program Motivasi dan Strategi Pecutan Akhir SPM 2016 yang melibatkan 200 pelajar tingkatan lima SMK Tun Perak di sekolah itu di Padang Rengas, Perak, baru-baru ini.

Program ini anjuran Alumni SMK Tun Perak 1962 dengan kerjasama Biro Pendidikan Parlimen Padang Rengas dan Unit Kaunseling SMK Tun Perak.

Sementara itu, bagi menye­marakkan semangat pelajar menduduki SPM, Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberikan kad ucapan motivasi kepada semua pelajar tingkatan lima SMK Tun Perak.

– Sumber : Utusan online

Peluang pendidikan sama rata

Kabali

Rajinikanth pelakon utama Kabali.

KUALA LUMPUR 25 Julai – Kerajaan tidak pernah menafikan peluang pendidikan terhadap mana-mana kaum termasuk masyarakat India seperti yang didakwa di dalam filem Tamil, Kabali.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sejak selepas kemerdekaan negara, kerajaan tidak berhasrat untuk menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negara ini.

“Layanan kerajaan kepada semua kaum di dalam bidang pendidikan sama rata dengan matlamat untuk menyatukan sesama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai babak di dalam filem Kabali yang mempersoalkan mengenai peluang pendidikan di negara ini

– Sumber : Utusan online

Guru perlu kawal emosi tangani isu displin pelajar

P. Kamalanathan

P. KAMALANATHAN

KOTA BHARU 26 Julai – Semua guru perlu bijak mengawal emosi dalam menangani isu displin dan salah laku membabitkan pelajar di sekolah masing-masing.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan berkata, guru menggalas tugas berat kerana bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan malah bertanggungjawab membentuk akhlak pelajar.

“Bukan semua orang boleh jadi guru, bila kita dipanggil guru, kita menggalas tanggungjawab besar. Dalam mendidik pelajar, kawalan emosi amat penting.

“Di sekolah anak-anak ada banyak ragam, ada yang baik, ada yang nakal malah ada yang terlalu nakal. Bila kita ambil tindakan disiplin ke atas mereka, sila maklumkan juga kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) bersama guru besar dan pengetua sekolah seluruh negeri di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Tunjong, di sini hari ini

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Ab. Aziz Abdullah.

Kamalanathan mengulas mengenai kes seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Tanah Merah yang mengalami kekejangan saraf selepas ditampar ustazahnya, Selasa lalu.

Pelajar terbabit dituduh mencukur kening, namun menafikannya menyebabkan ustazah berkenaan hilang sabar lalu bertindak menamparnya.

Kamalanathan dalam pada itu berkata, pihak kementerian menganggap kes tersebut selesai selepas kedua-dua belah pihak iaitu pengurusan sekolah dan ibu bapa pelajar bertemu dalam suasana muhibah, kelmarin.

– Sumber : Utusan online

Wajibkan subjek Pendidikan Islam di IPT

SebahAgian daripada Ahli Parlimen Mahasiswa mengaminkan doa sebelum

Sebahagian daripada Ahli Parlimen Mahasiswa mengaminkan doa sebelum bermula persidangan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam

KUALA LUMPUR 26 Julai – Seorang Ahli Parlimen Mahasiswa hari ini men­cadangkan agar mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dijadikan subjek wajib di universiti sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah sosial dalam kalangan remaja.

Wakil Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Aiman Ahmad berkata, mata pelajaran tersebut perlu diberikan mata jam kredit dalam proses pem­belajaran di universiti.

Beliau berkata, langkah tersebut penting bagi membentuk akhlak yang baik kepada setiap mahasiswa di negara ini.

“Masalah akhlak dan moral dalam kalangan golongan remaja semakin membimbangkan dan usaha ini mampu memberi peringatan yang berterusan kepada setiap remaja terutama mahasiswa supaya hidup mereka di­pimpin dengan panduan yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan usul untuk memperluaskan bidang pendidikan di negara ini di Parlimen Mahasiswa di sini hari ini.

Parlimen Mahasiswa Sesi 2016 bersidang di Parlimen bermula hari ini dengan penyertaan seramai 210 mahasiswa dari 26 universiti tempatan di seluruh negara.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari sehingga esok itu bukan sahaja disertai mahasiswa universiti awam tetapi turut disertai pelajar universiti swasta.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dalam ucapan alu-aluan berkata, beliau berharap mahasiswa yang me­­yertai persidangan kali ini dapat menggunakan platform tersebut untuk menimba pengalaman dengan sebaik mungkin.

“Parlimen Mahasiswa bertujuan menyediakan ruang dan peluang kepada mahasiswa berbahas secara intelektual untuk menjadi pemimpin masa depan.

“Jadi, saya melihat perkara ini membolehkan mahasiswa membahaskan pelbagai isu-isu semasa dan saya berharap mahasiswa menggunakan platform ini sebaik mungkin,” jelasnya.

– Sumber : Utusan online

KKPG lahirkan 
ramai usahawan jaya

NORMALA ABDUL SAMAD (dua dari kiri) bersalam dengan sebahagian

NORMALA ABDUL SAMAD (dua dari kiri) bersalam dengan sebahagian daripada kakitangan KKPG semasa merasmikan Majlis Sambutan 10 Tahun Kolej Komuniti Pasir Gudang Di Aidilfitri di Pasir Gudang,Johor Bahru, kelmarin. UTUSAN/BAAzlan ibrahim

JOHOR BAHRU 25 Julai – Kolej komuniti mungkin tidak segah universiti awam atau swasta yang banyak terdapat di negara ini.

Namun kolej komuniti yang diwujudkan kerajaan turut mempunyai peranan besar dalam pembangunan modal insan negara kerana telah terbukti berjaya me­lahirkan ramai usahawan berjaya.

Tidak kurang hebatnya dalam menaburkan jasa tersebut ialah Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) yang menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya semalam.

Setakat ini KKPG mempu­nyai kira-kira 350 penuntut yang mengikuti pengajian dalam lima bidang iaitu Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil Terapi Kecantikan dan Spa, Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Dandanan Rambut dan Sijil Teknologi Maklumat.

Pengarahnya, Nordin Sariju berkata, sejak diwujudkan pada tahun 2006, KKPG melakar ba­nyak kejayaan termasuk melahirkan ramai job creator dalam pelbagai bidang seperti fesyen dan pakaian, dandanan rambut, kecantikan dan spa serta makanan.

“Selain melahirkan job creator, KKPG juga berjaya me­latih 25,000 peserta kursus jangka pendek seperti pemilik syarikat Linen Sutera Enterprise (jahitan), Raf Printer (pembuat pakai seragam), Izanees Enterprise (makanan), Suraya Food & Bakery (makanan sejuk beku), Syazana Fame (pastri dan kek) dan Din Sport Center (gelanggang futsal),” katanya dalam majlis Sambutan 10 Tahun KKPG di Aidilfitri di kolej berke­naan di Pasir Gudang, dekat sini.

Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad.

Turut hadir ialah tiga bekas Pe­ngarah KKPG, iaitu Roslina Lapanditah, Zainal Othman dan Jahabar Jainul Abideen Shahul Hameed.

Nordin berkata, sepanjang sedekad penubuhan KKPG, pihaknya menjalin kerjasama strategik dengan pihak industri, antaranya De’Wajah, Sage UBS, Dynac Sdn. Bhd., Sime Darby Engineering dan My SysNet untuk menyediakan pelajarnya dengan ilmu supaya menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Sementara itu, Normala yang juga Penasihat KKPG meminta semua lapisan masyarakat merebut peluang dengan menyertai pelbagai program terutamanya kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh kolej berkenaan untuk mendapatkan pengetahuan atau meningkatkan lagi kemahiran sedia ada.

“Selain melahirkan ramai usahawan, KKPG juga membantu golongan suri rumah menghasilkan pelbagai produk dari rumah, sekali gus berjaya menambah pendapatan keluarga,” katanya.

Selain dijamu dengan pelbagai juadah, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan pertunjukan fesyen oleh penuntut kolej tersebut.

– Sumber : Utusan online

10 anak Orang Asli terima biasiswa Utusan

KUALA LANGAT 26 Julai – Kumpulan Utusan akan memberikan biasiswa kepada 10 anak Orang Asli seluruh negara setiap tahun selama tiga tahun untuk mereka me­lanjutkan pengajian dalam bidang kreatif di Universiti LimKokWing, Cyberjaya.

Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas berkata, pemberian itu merupakan salah satu usaha bagi membantu meningkatkan kehidupan masyarakat Orang Asli terutama golongan muda dalam bidang pendidikan.

“Kita mengadakan sambutan Aidilfitri tahun ini bersama masyarakat Orang Asli setelah menerima cadangan supaya mendekati kehidupan masyarakat Orang Asli dan mengeratkan silatu­rahim.

“Selain pemberian biasiswa, kita juga telah merancang beberapa aktiviti kemasyarakatan dan kehidupan untuk Orang Asli sepanjang tahun dengan soko­ngan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Malah, kita juga sedang dalam perbincangan mengadakan program kesihatan di kampung-kampung Orang Asli terpilih seluruh negara,” katanya ketika berucap dalam program Anyaman Kasih anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) – Kumpulan Utusan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Taman Desa Kemandol, di sini hari ini.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd. Arif Abdul Rahman.

Sementara itu, Tok Batin Taman Desa Kemandol, Batin Kelat Anak Budin berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak terutama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kumpulan Utusan kerana hadir ke perkampungan mereka untuk sambutan Aidilfitri.

“Sebagai ketua di penempatan itu, saya menyambut baik usaha Kumpulan Utusan membawa masyarakat Orang Asli untuk meneruskan pendidikan ke tahap lebih tinggi demi masa depan mereka.

“Walaupun masyarakat Orang Asli dikaitkan sering ketinggalan dalam pendidikan, kita sebenar­nya sentiasa berusaha untuk me­ningkatkan tahap pendidikan terutama anak-anak muda,” katanya.

– Sumber : Utusan online