Murid SK Bachang pelajari bijak urus kewangan

Murid SK Bachang memberi tumpuan dalam ceramah penerangan kelas My Finance Coach di sekolah itu baru

Murid SK Bachang memberi tumpuan dalam ceramah penerangan kelas My Finance Coach di sekolah itu barubaru ini.

Sekolah Kebangsaan (SK) Bachang, Melaka menjadi lokasi keenam penganjuran kelas My Finance Coach iaitu akti­vi­ti mendidik murid mengurus perbelanjaan dan pengguna yang baik anjuran Allianz Malaysia baru-baru ini.

Ia disertai 120 murid terdiri daripada tahun 4 dan 5 dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sempena pertandingan Sambutan Hari Pengguna Malaysia 2016.

Pengurus Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad cawangan Melaka, Francis Tan Chin Foo berkata, pihaknya mula bekerjasama dengan Fomca dalam menganjurkan program itu sejak 2013 melibatkan 54 buah sekolah di 11 buah negeri.

Menurutnya, antara topik yang ditekankan pada program itu seperti membezakan antara ke­perluan dan kehendak, me­ngenal pasti peralatan yang digunakan dalam iklan dan juga mempelajari kriteria pembelian yang mempengaruhi keputusan konsumer.

“Aktiviti lain yang turut diperkenalkan ialah PINTAR Mobile Learning Unit 2 (PMLU2) iaitu sebuah bas yang diubah menjadi ruang pembelajaran yang seronok dan bertujuan untuk mencetus tindakan dan pemikiran dalam kalangan murid

“Kemudahan bas itu bertindak sebagai replika lorong membeli-belah lengkap dengan pengimbas kod bar ia bertujuan menggalakkan kanak-kanak me­rancang dan menggunakan wang mengikut bajet dan pada masa yang sama membezakan antara keperluan dan kehendak, melalui senario biasa pembelian barangan runcit,” katanya.

Selain itu, menurut Tan, aktiviti lain iaitu Rancangan Menabung bertujuan memboleh­kan murid mengatur simpanan agar mencapai matlamat sasaran dan murid dapat memasukkan matlamat simpanan mereka dan jumlah kos serta jumlah yang mereka dapat sumbangkan setiap minggu.

“Ia bagi membolehkan murid menyedari bahawa matlamat simpananan mereka boleh dicapai dan diurus sekiranya dirancang dngan betul.

“Melalui aktiviti interaktif ini, kami berharap dapat menarik minat anak-anak muda dalam topik celik kewangan dan membantu mereka memahami kepentingan pengurusan wang,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa PMLU merupakan alat pembe­lajaran yang dilihat mampu dimanfaatkan oleh murid dalam berkongsi maklumat dan tips bagi pengurusan wang yang lebih teratur dan bijak.

My Finance Coach adalah program celik kewangan yang bertujuan meningkatkan kemahiran pengurusan wang orang muda dan dibawah program itu, pekerja sukarelawan dilatih sebagai My Finance Coach untuk mengadakan kelas di sekolah dan pertubuhan disertai 7,400 pelajar dan 79 se­kolah serta organisasi sejak diperkenalkan tahun 2012.

– Sumber : Utusan online

%d bloggers like this: