Nine schools to benefit

Sunday, 26 June 2016

BY SANDHYA MENON
Working together: Dr Wan Mohd Zahid (third from right) exchanges a document with Prof Zakaria while Prof Noraini (left), SP Setia Bhd president and chief executive officer Datuk Khor Chap Jen (second from right) and deputy president and chief operating officer Datuk Wong Tuck Wai (right) look on.

A memorandum of agreement (MoA) was recently signed between both parties to reach out to more underperforming schools.

Launched by the foundation in April last year, the Setia Caring School Programme initially adopted three underperforming schools with the aim of inspiring pupils to become good role models in future as well as to instil caring values in them.

Six more underperforming schools within the Klang Valley have been adopted under this collaboration.

The schools are SK Meru Jalan Tap, SJK (C) Lee Min, SJK (T) Ladang Vallambrosa in the Klang Valley, SK Felda Bukit Permai, SJK (C) Seelong, SJK (T) Kulai Besar in Johor, SK Batu Ferringhi, SJK (C) Aik Hwa Georgetown and SJK (T) Tasek Permai in Penang.

“It is a pleasure to have UPSI on board the Setia Caring School Programme,” said SP Setia Foundation chairman Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

He commended UPSI professors for their volunteerism and commitment towards the programme.

“As an example, the university’s deputy vice-chancellor (Research and Innovation) Prof Datuk Dr Noraini Idris has suggested ways to make the learning of Science and Maths more enjoyable and less intimidating for pupils,” he added.

Thanks to the MoA, S P Setia Foundation officially appoints UPSI as its strategic partner in designing more programmes under the Setia Caring School Programme banner.

This three-year agreement will see UPSI carry out 14 projects with each project comprising between two to three phases, which will benefit 500 students annually.

To date, two projects have been carried out successfully since April 2016. These are Rethinking Nature and Environment Appreciation camps.

UPSI vice-chancellor Prof Datuk Dr Zakaria Kasa said as many as five faculties are involved in the project.

“We will conduct research to identify issues faced by these underperforming schools and subsequently come up with a solution.

“Our role is to also come up with teaching techniques that would boost the pupils’ academic performance as well as to create harmony through unity,” he added.

Dr Wan Mohd Zahid said the foundation intends to expand into secondary schools in the future.

“However, it’s not just about the number of schools we adopt but it is the impact of the programme that is important,” he added.

Founded in 2000 under S P Setia Berhad, the S P Setia Foundation is a charity trust that focuses on education and national unity.

Sumber:  The Star Online

http://www.thestar.com.my/news/education/2016/06/26/nine-schools-to-benefit/

Advertisements

School for street kids gets hostel

Sunday, 26 June 2016

Unique school: Najib and Rosmah mingling with children from the school while their daughter Noorhayana Najwa and Zulkernai (standing behind Najib) look on. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Unique school: Najib and Rosmah mingling with children from the school while their daughter Noorhayana Najwa and Zulkernai (standing behind Najib) look on. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star
PRIME Minister Datuk Seri Najib Tun Razak visited Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, the only school in the country for street children, and approved a RM30mil allocation to build a hostel there.
He said the future of the children at the school, in Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, would be more assured with a hostel.

“The future of the children at this school is unique and challenging. As such, the government decided to build a hostel at the school,” he said.

SBJK provides free education to children aged from four to 19.

It was established on the initiative of the Education Ministry to provide access to education to street children in Kuala Lumpur.
Najib was impressed with the commitment of the school principal, Zulkernai Fauzi, and the teachers in educating these children.

“They are doing something that goes beyond their scope of duties, for the sake of giving these children an education,” he said.

The Prime Minister also praised the teachers for their efforts in seeking out street children and getting them admitted to the school.

Earlier, in his speech, Najib said the school, with an enrolment of 143, was unique in Malaysia and probably the only one of its kind in the world.

He said the school helped these children to get a complete education so that they would have a brighter future.

He also advised the children to study hard and realise their dreams.

“I hope all of you will study hard to realise your ambitions. We have to study hard. Do not skip school.

“Just now, my wife (Datin Seri Rosmah Mansor) asked what you want to be when you grow up.

“Some of you said you want to become doctors, bank officers, teachers and footballers. Some of you said you want to be the prime minister.

“Whatever your dreams and ambitions, you must study hard,” he said.

At the event, Najib handed over Aidilfitri goodies to the children.

He also announced the appointment of show host Datuk Aznil Nawawi as the icon and mentor of the school.

Deputy Finance Minister Datuk Johari Abdul Ghani, who is the MP for Titiwangsa, and Education Ministry secretary-general Tan Sri Dr Madinah Mohamad were also present at the event. — Bernama

Sumber:  The Star Online

http://www.thestar.com.my/news/education/2016/06/26/school-for-street-kids-gets-hostel/

Wah Lian, SJKC pertama langgan Tutor Utusan Malaysia

FOONG NGAN YEE  ( baju hitam tengah ) menyampaikan replika Langganan

FOONG NGAN YEE ( baju hitam tengah ) menyampaikan replika Langganan Tahunan Tutor kepada Rashid Omar ( baju biru tengah ) di SJK (C) Wah Lian, Sungai Pelek, Sepang,Selangor, semalam. Turut kelihatan Nang Song Wen. utusan/Shaifudin Mohd. Nor

SEPANG 23 Jun – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wah Lian, Sungai Pelek merupakan SJKC pertama di negara ini yang melanggan akhbar sisipan Tutor Utusan Malaysia bagi membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid sekolah tersebut.

Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SJKC Wah Lian, Nang Song Wen berkata, pihaknya memilih Tutor Utusan Malaysia sebagai bahan P&P setelah melihat banyak sekolah cemerlang di negara ini melanggan akhbar sisipan tersebut.

“Oleh demikian, PIBG memutuskan untuk menaja langganan Tutor Utusan Malaysia bagi memberi peluang kepada para murid melakukan ulang kaji menerusi akhbar sisipan, selain nota serta latihan yang diberikan oleh guru.

“PIBG berhasrat meneruskan langganan Tutor Utusan Malaysia pada tahun hadapan dan berharap usaha ini dapat dicontohi oleh semua SJKC yang lain,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Akhbar Sisipan Tutor Utusan Malaysia kepada SJKC Wah Lian di sini hari ini.

Yang hadir sama Guru Besar SJKC Wah Lian, Foong Ngan Yee dan Eksekutif Pemasaran Wilayah Tengah Utusan Melayu, Rashid Omar.

PIBG SJKC Wah Lian menaja 7,000 naskhah akhbar sisipan Tutor Utusan Malaysia untuk tahun ini yang memberi manfaat kepada 401 murid, khususnya calon yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Dalam pada itu, Ngan Yee memberitahu, selain ingin memperluaskan kaedah P&P di dalam kelas, pihaknya melanggan Tutor Utusan Malaysia untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris dalam kalangan murid.

“Tutor yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia selaku akhbar nasional di negara ini diyakini mampu membantu para murid SJKC Wah Lian mendalami bahasa Melayu dengan baik.

“Kita tidak boleh hanya bergantung kepada bahan dalam kelas sahaja untuk menguasai bahasa Melayu tetapi memerlukan saluran lain seperti Tutor Utusan Malaysia bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut,” katanya.

– Sumber : Utusan online

Tugasan Sejarah PT3 dikaji

PADANG TERAP 23 Jun – Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula arahan mewajibkan pelajar melakukan tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi mata pelajaran Sejarah untuk mendapatkan tandatangan di Jabatan Warisan Negara.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian akan berbincang dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi melihat kewajaran mendapatkan tandatangan itu.

“Saya juga kena lihat semula semua perkara yang dibangkitkan itu. Saya mahu dapatkan maklumat daripada lembaga itu terlebih dahulu.

“Ini termasuk juga jadual kajian Sejarah yang dibuat pada hujung minggu pertama selepas cuti sekolah,” katanya selepas majlis buka puasa bersama warga Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesukaran pelajar terpaksa beratur lebih dua jam untuk mendapatkan tandatangan di Jabatan Warisan Negara, Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut Mahdzir, jika tiada keperluan untuk mendapatkan tandatangan itu pihaknya bersedia memansuhkannya.

“Kita akan tengok balik sama ada perlu sampai begitu (mendapatkan tandatangan) dan kalau tidak perlu, tak payahlah (tak perlu diteruskan),” ujar­nya.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan semua pengusaha kantin di sekolah supaya mematuhi garis panduan penjualan makanan dalam usaha mengurangkan risiko obesiti dalam kalangan pelajar.

“Kita akan mencari mekanisme untuk melakukan penguatkuasaan untuk memantau makanan yang dijual di kantin sekolah.

“Jika pengusaha kantin tidak dapat mencapai standard yang ditetapkan kementerian, kita akan beri amaran dan jika terus berdegil, maka tindakan tegas akan diambil,” katanya.

– Sumber : Utusan online

Utusan-Limkokwing jalin kerjasama akademik Tawar biasiswa kepada 100 pelajar terpilih

MOHD. NOORDIN  ABBAS (belakang, empat dari kiri), Othman Mohamad

MOHD. NOORDIN ABBAS (belakang, empat dari kiri), Othman Mohamad (belakang, dua dari kiri) dan Raja Aznil Raja Hisham (belakang, tiga dari kiri) bersama 10 pelajar yang menerima tajaan biasiswa Kumpulan Utusan bersama ibu bapa masing-masing selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman penajaan biasiswa kepada penuntut Universiti Limkokwing, di Kuala Lumpur, semalam. utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 23 Jun – Universiti Limkokwing dan Kumpulan Utusan hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang menawarkan biasiswa penuh bagi yuran pengajian di institusi pengajian itu dalam pelbagai bidang untuk 100 pelajar terpilih.

Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan Naib Presiden Kanan Pemerkasaan Industri, Universiti Limkokwing, Datuk Raja Aznil Raja Hisham dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas.

Menurut Mohd. Noordin, pemberian biasiswa itu bertujuan menyediakan peluang pembelajaran kepada pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian di universiti awam dan juga mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.

“Kita mahu pelajar mengambil peluang yang diberikan ini dalam memacu pendidikan dalam bidang kreatif dan inovatif.

“Kumpulan Utusan sangat berbangga dapat menjadi rakan kerjasama dengan Universiti Limkokwing yang telah berjaya menghasilkan graduan-graduan berkualiti dan serba boleh,” katanya dalam majlis menandatangani MoU itu di Universiti Limkokwing, Cyberjaya dekat sini.

Majlis yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Kanan Pembangunan Korporat Universiti Limkokwing, Datuk Fajura Juffa Mohd. Mustafa Kamal itu turut mengurniakan 10 pelajar sekolah yang terpilih untuk menyambung pengajian bermula Ogos ini.

Sementara itu, Raja Aznil berkata, kerjasama itu selaras dengan usaha Presiden yang juga Pengasas Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing berjuang sejak tahun 1970-an untuk menggerakkan hala tuju pendidikan berteraskan teknologi kreatif dan kemahiran.

“Pihak universiti amat menghargai kerjasama yang diberikan Kumpulan Utusan dan kesudiannya demi menjayakan hasrat kami menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi yang disegani dunia.

“Pelajar daripada lebih 160 negara ada di sini untuk meneruskan pengajian mereka dalam pelbagai bidang industri kreatif sehingga kami dikenali sebagai mini United Nation,” katanya.

Pemberian biasiswa berkenaan merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan Utusan dan yang pertama secara bersama dengan Universiti Limkokwing.

Maklumat lanjut berkenaan kursus pengajian yang ditawarkan serta borang permohonan boleh didapati di laman web http://www.biasiswautusanlkw.com.my dan juga diiklankan di akhbar Utusan Malaysia bermula Sabtu ini.

– Sumber : Utusan online

Biasiswa Utusan Limkokwing

biasiswa utusan lkw

Biasiswa Kumpulan Utusan – Universiti Limkokwing

biasiswa lkw program ditawarkan

Kelayakan Minima

  • Ijazah – 5 Kredit SPM
  • Diploma – 3 Kredit SPM

Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Kumpulan Utusan Universiti Limkokwing

Borang permohonan dan dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dikirimkan ke alamat berikut:

u/p. Biasiswa Kumpulan Utusan Universiti Limkokwing
Jabatan Komunikasi Korporat,
Utusan Melayu (M) Berhad,
No. 44, Jalan Utusan,
Off Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur

 

– Sumber : Utusan online

Pelajar USIM dekati penduduk Gemencheh

Seramai 40 pelajar tahun empat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyemarakkan program kemasyarakatan bersama penduduk di Kampung Felda Bukit Rokan menerusi penganjuran karnival i-Health Jom Sihat 2016.

Program yang mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tampin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan itu merupakan rentetan kajian yang telah diadakan selama hampir enam minggu di Felda Bukit Rokan.

Kajian itu adalah mengenai pengetahuan dan sikap terhadap kesihatan sosial dan penyakit berkaitan dalam kalangan penduduk berumur 18 tahun hingga 24 tahun.

Pengarah program, Muhammad Luqman Yunus berkata, antara objektif program adalah menggalakkan penduduk khususnya belia mengamalkan gaya hidup sihat, meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai kesihatan sosial, di samping membina hubungan baik antara komuniti Felda Bukit Rokan dengan pelajar perubatan USIM.

“Selain itu, karnival i-Health Jom Sihat 2016 ini merupakan kesinambungan pembentangan hasil kajian kami kepada komuniti Felda Bukit Rokan, khususnya bagi mereka yang terlibat.

“Program ini diharap dapat meningkatkan kepekaan dan kesedaran penduduk tentang kepentingan kesihatan sosial dan penyakit berkaitan masalah sosial,” tambah Muhammad Luqman.

Perasmian karnival itu telah disempurnakan oleh ADUN Gemencheh, Mohd Isam Mohd Isa. Turut hadir, Dekan FPSK Prof. Madya Dr. Muhamad Shamsir Mohd Aris.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama penduduk, antaranya pertandingan mewarna, sukaneka, menghias makanan, kuiz dan cabutan bertuah.

Turut diadakan pameran kesihatan dan antidadah, pemeriksaan kesihatan dan gigi serta derma darah.

– Sumber : Utusan online