A wind-erful victory

Sunday, 29 March 2015

BY ANN-MARIE KHOR

Earlier this month, the orchestra competed against seven other teams in the New York Wind Band Festival 2015 at the prestigious Isaac Stern Auditorium, Carnegie Hall.

THEY were definitely not just full of hot air.

Earlier this month, 70 girls from Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya clinched the New York Wind Band Festival 2015 Silver Award.

In their festival debut, the Seri Puteri Symphonic Wind Orchestra, also known as SP Winds, performed two classical pieces, Overture to Candide andExtreme Beethoven.

 After the performance, the group received a standing ovation, which Aisyah Umairah Mohd Kheiruddin, 17, called “overwhelming”.

“At first, we were really paranoid. We were afraid people would stare at us or treat us differently, simply because we wore tudung.

“After the performance, we realised that people weren’t looking at our differences after all. Music brought us together,” she shared.

Although Siti Nurulhazwani Mohd Lukhman, 17, had previously travelled with the band and competed overseas, she said this trip was “the most challenging”.

“Not only was our travel time almost 24 hours, but the other orchestra groups also performed really, really well,” she said.

Seri Puteri Symphonic Wind Orchestra teacher-in-charge Shahriyah Abdul Rashid noted that the “jury of international musicians motivated them to do their best in the competition”, referring to San Luis Obispo Wind Orchestra musical director Prof Emeritus Wiliam Johnson, Royal Conservatory of Music, The Hague conductor Johan De Meij and Long Island University Music professor Dr James McRoy.

The group, knowing that they were representing Malaysia on a global stage, had aimed to take home the Gold Award, she said.

“However, we are grateful for the invaluable opportunity to perform in New York, as we received detailed constructive comments from the judges of the competition. This will definitely help SP Winds improve in the future,” she said.

The 13th instalment of the festival saw the all-girl orchestra compete against seven other formidable teams including Kaimuki Middle School Symphonic Winds, Dobyns-Bennett High School Wind Symphony, Belleville High School Symphony Band, University of Wisconsin–Madison Wind Ensemble as well as Hellgate High School Wind Ensemble, which took home the Gold Award.

Notably, the 33-year-old wind orchestra ensemble were the only team from outside the United States invited to compete at the prestigious Isaac Stern Auditorium in Carnegie Hall.

Nurul Fathonah Mohd Azid, 17, said: “We are still excited about playing in Carnegie Hall and getting to attend the festival workshops. It was just amazing.”

School principal Siti Rogayah Yahya extended her appreciation to various parties for their support of the school band’s “journey to musical excellence” in New York, calling it a huge exposure for her young students.

“I am so proud of their performance,” she said.

Sumber:  The Star Online

http://www.thestar.com.my/news/education/2015/03/29/a-winderful-victory/

Advertisements

Presiden Poland puji pencapaian pelajar Malaysia

ANDRZEJ Duda.

PUTRAJAYA: Presiden Poland, Andrzej Duda, memuji pencapaian cemerlang pelajar Malaysia di Poland. Duda memberikan pujian itu semasa menerima kunjungan Duta Malaysia ke Poland, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin semasa duta itu menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden pada 14 Jun. Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, Duda turut menyatakan bahawa Poland dan Malaysia berkongsi pandangan serupa berhubung isu antarabangsa dan serantau kepentingan bersama. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas sokongan terhadap pencalonan Poland dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi penggal 2018-2019 dan hubungan dua hala rapat dalam pendidikan tinggi, menurutnya. “Beliau berharap kedua-dua negara dapat menerokai peluang perniagaan dan pelaburan baharu dalam sektor-sektor lain,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan bersempena penyerahan watikah pelantikan itu. Penyerahan watikah pelantikan itu berlangsung dalam upacara rasmi di Belvedere Courtyard, Warsaw. Ahmad Fadil, dalam ucapan balasnya, menekankan bahawa komunikasi adalah teras dalam diplomasi, menurut kenyataan Wisma Putra itu. “Dalam konteks ini,” katanya sambil memberi jaminan kepada Presiden bahawa beliau akan berkhidmat sebagai saluran komunikasi yang jelas antara kedua-dua kerajaan,” menurut kenyataan itu. Ahmad Fadil ialah Duta Malaysia ke Poland yang ke-11 dan pada masa sama turut ditauliahkan ke Lithuania. Sebelum pelantikannya sebagai duta, Ahmad Fadil ialah Konsul Jeneral Malaysia di Dubai dan pernah berkhidmat di pejabat kedutaan Malaysia di Australia, Cuba dan Chile. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Poland dijalin secara rasminya pada 21 Jun, 1971. Poland menubuhkan kedutaan di Kuala Lumpur pada 1977 manakala Malaysia menubuhkan kedutaan di Warsaw pada 1978. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Lulusan sekolah agama setanding aliran biasa – TPM

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis Iftar Perdana Warga Pendidikan Daerah Sabak Bernam dan Penjenamaan Semula Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sabak Bernam di Sungai Besar, sebentar tadi. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

SUNGAI BESAR: Pelajar lulusan sekolah agama perlu diberi peluang sama rata dalam apa juga bidang pekerjaan dan perkhidmatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, sekiranya diberi peluang, lulusan sekolah agama mampu untuk melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab yang diberikan seperti dirinya yang kini menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. “Sebagai contoh, saya adalah produk Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah Ipoh, Perak dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam Rendah. Kalau kita diberi peluang, produk sekolah agama juga boleh menjalankan (tugas) jika diberikan kepercayaan, peranan dan tanggungjawab. “Akan tetapi kita harus mampu menzahirkan kemampuan dan keupayaan kita. Yang penting jika kita menerima tugas dan tanggungjawab kerana Allah, nescaya Allah akan beri petunjuk kepada kita,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis Iftar Perdana Warga Pendidikan Daerah Sabak Bernam dan Penjenamaan Semula Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sabak Bernam di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar. Dalam majlis itu yang dihadiri 1,000 tetamu dan guru dari seluruh daerah Sabak Bernam, Ahmad Zahid mengumumkan penjenamaan semula SMKA Sabak Bernam kepada SMKA Tun Hajah Rahah (THR) sempena mengambil nama ibu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Saya sendiri menemui Perdana Menteri selepas mesyuarat Kabinet Rabu lalu untuk meminta izin menggunakan nama ibu beliau di sekolah ini kerana sekolah ini juga Sekolah Kluster Kecemerlangan,” katanya. Beliau turut meluluskan projek mengecat semula enam blok bangunan SMKA THR dan menilai kesesuaian permohonan menyediakan padang untuk pelajar menjalankan aktiviti. Ahmad Zahid turut mengumumkan kelulusan bagi projek pembinaan bangunan baharu Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam di tapak sama.

Sumber: Berita Harian

Kementerian Pendidikan tangguh sementara KiDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menangguhkan sementara kursus I-Think dalam talian (KiDT) susulan rungutan guru berhubung kesulitan mereka menjalani kursus itu menjadi viral di media sosial. Kementerian itu menerusi satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, memaklumkan keputusan itu dibuat bagi membolehkan kementerian menambah baik sistem pelaksanaannya bagi guru-guru yang mengalami kesukaran untuk menjalani kursus berkenaan. “Ingin juga dimaklumkan semasa sistem ditambah baik, guru tidak ada tempoh atau jangkamasa untuk perlu menamatkan kursus ini. “Bagi guru-guru yang tidak menghadapi masalah menjalankan KiDT, mereka boleh terus mengikuti kursus itu sehingga tamat,” katanya. Difahamkan, ada sesetengah guru berhadapan kesukaran untuk mengakses sistem laman web kursus berkenaan dan isu itu berlarutan sehingga menyebabkan guru-guru menghabiskan masa yang banyak di hadapan komputer. Kursus dalam talian itu pernah dilakukan pada tahun 2014 dan dihentikan sementara selepas masalah kualiti laman web berkenaan sebelum dimulakan semula pada Januari dan semua guru perlu menamatkan kursus itu sebelum akhir tahun ini.

Sumber: Berita Harian

Tahap kesihatan guru kriteria kenaikan pangkat RM2 juta bina bangunan baru SK Simpang Lima

Mahdzir KhalidMenteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua, kiri), beramah mesra bersama mantan Guru Besar, Haron Radzi (tengah), isterinya, Kalsom Idris (dua, kanan), anaknya, Mohd Zohdi Haron (kiri), dan isteri, Nur Hayati Husain, ketika program ziarah kasih di Taman Bakti, Sungai Besar, di sini hari ini. – UTUSAN

SABAK BERNAM 17 Jun – Kementerian Pendidikan sedang mempertimbang untuk menjadikan tahap kesihatan antara syarat tambahan untuk proses kenaikan pangkat dalam perkhidmatan keguruan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, syarat tersebut dilihat sebahagian keutamaan memandangkan keupayaan guru dalam menjalankan tugas yang diamanahkan amat bergantung pada tahap kesihatan yang baik.

“Peralihan jawatan dari Zon A ke Zon B mungkin perlu dirujuk balik dan dipertimbangkan untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi seorang pesara guru, Haron Radzi, 75, di kediamannya di Taman Bakti, pekan Sungai Besar di sini hari ini.

Haron pernah bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Utama di sini.

Tambah Mahdzir, beliau turut mencadangkan supaya Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) mengadakan pengumpulan data atau maklumat mengenai guru-guru yang mempunyai masalah kesihatan termasuk penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetes dan jantung.

Data itu, katanya akan memudahkan pihaknya melaksanakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan guru terbabit termasuklah bantuan yang diperlukan meskipun mereka menerima manfaat perubatan sebagaimana yang termaktub dalam syarat-syarat perkhid­matan.

Sementara itu, Mahdzir turut mengumumkan peruntukkan RM2 juta bagi pembinaan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Lima untuk menggantikan struktur lama yang sudah uzur.

Beliau ketika melawat sekolah berkenaan berkata, bangunan satu tingkat dengan kapasiti enam bilik darjah itu akan dibina menggunakan sistem bangunan berindustri (IBS).

Sementara itu, dalam lawatan lain, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi pembinaan dewan terbuka untuk kegunaan guru dan murid di SK Sungai Limau.

– Sumber : Utusan online

Tindakan tatatertib pensyarah hina budaya, agama

KUALA LUMPUR 17 Jun – Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pensyarah universiti awam dan swasta di negara ini yang didapati bersalah menghina agama serta budaya kaum-kaum lain sewaktu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebagai seorang pensyarah, mereka perlu memahami perbezaan dan keunikan kepelbagaian kaum yang terdapat di negara ini.

Sehubungan itu jelasnya, pihak universiti awam dan swasta di negara ini diberi kuasa autonomi untuk mempertimbangkan bentuk tindakan terhadap pensyarah yang melakukan kesalahan tersebut.

“Setiap universiti awam dan swasta diberi kuasa autonomi untuk mengambil tindakan terhadap pensyarah-pensyarah mereka. Sebagai pensyarah, mereka perlu memiliki semangat 1Malaysia,” katanya selepas merasmikan Majlis Iftar Semarak Kasih Majlis Profesor Negara (MPN) Bersama Anak-Anak Yatim Lembah Klang di Bandar Baru Bangi dekat sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi MPN, Prof. Tan Sri Zakri Abdul Hamid.

Majlis tersebut meraikan lebih 300 anak yatim dari empat buah rumah kebajikan sekitar Lembah Klang iaitu Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah Taman Koperasi Polis Gombak, Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih, Puchong, Raudhatul Fareedz Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dan Rumah Anak Yatim Nur Hikmah, Kajang.

Idris mengulas isu seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengundang kontroversi kerana menggunakan slaid pengajaran mengandungi perkataan-perkataan menghina agama Hindu baru-baru ini.

Dalam isu yang berlaku di UTM, Idris menambah, Jawatankuasa Tatatertib UTM telah diberikan hak untuk menentukan bentuk tindakan terhadap pensyarah yang terbabit. Katanya, beliau sudah menerima laporan mengenai perkara itu daripada Naib Canselor UTM, Prof. Ir. Dr. Wahid Omar sendiri dan berpuas hati dengan laporan berkenaan.

– Sumber : Utusan online

Kerajaan umum RM30 juta bina asrama SBJK 18 Jun 2016 1:26 AM

NajibNAJIB Tun Razak (duduk,dua, kanan) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (duduk,tiga,kanan) beramah mesra dengan para pelajar ketika melawat Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Lorong Haji Hussin 2 Kampung Baru hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dan anak perempuan Najib, Noohayana Najwa Najib (duduk, empat, kanan). – BERNAMA

KUALA LUMPUR 17 Jun – Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membina asrama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) yang terletak di Kampung Baru di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan adanya asrama itu, para pelajar akan mendapat tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat, selain masa depan mereka lebih terjamin.

“Untuk masa depan pelajar sekolah ini, mengambil kira keadaan yang agak unik lagi mencabar, maka kerajaan melalui Kementerian Pendidikan mengambil keputusan bahawa sebuah asrama perlu dibangunkan untuk sekolah ini. Dengan itu kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk mendirikan asrama di sebelah sekolah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke sekolah tersebut bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuannya, Nooryana Najwa, hari ini.

Lawatan beliau itu turut diiringi Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa serta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad.

Sekolah tersebut yang ditubuhkan pada 2011 merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan dalam menyediakan akses pendidikan formal kepada kanak-kanak jalanan serta terpinggir di ibu kota termasuk golongan miskin bandar, anak yatim dan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Menurut Najib, SBJK yang kini menempatkan 143 pelajar berumur antara empat dan 19 tahun merupakan sekolah yang unik di Malaysia dan mungkin satu-satunya sekolah seumpama itu yang wujud di dunia.

Beliau berkata, kesungguhan Pengetua, Zulkernai Fauzi dan guru-guru di sekolah itu juga luar biasa kerana mereka melakukan usaha-usaha di luar batas kerja dan amalan biasa supaya kanak-kanak terus dapat belajar di sekolah tersebut.

“Kebiasaannya pengetua dan guru-guru akan menunggu pelajar-pelajarnya di sekolah, namun di SBJK, pengetua dan guru-guru keluar mencari kanak-kanak untuk datang ke sekolah. Jadi saya nak ucap setinggi-tinggi penghargaan kepada usaha luar biasa mereka ini.

“Saya amat berharap pelajar-pelajar di sekolah ini belajar bersungguh-sungguh dan jangan sesekali ponteng sekolah. Kalau ada pelajaran, insya-Allah masa depan kita akan berubah,” katanya.

Terdahulu, Najib menyampaikan sumbangan raya kepada semua pelajar SBJK dan mengumumkan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi yang turut hadir dalam lawatan itu sebagai bapa angkat dan mentor kepada pelajar-pelajar tersebut.

– Sumber : Utusan online