Siti Sa’diah dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UUM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi melantik bekas Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM). Dalam kenyataannya yang dikeluarkan UUM hari ini, pelantikan itu untuk tempoh tiga tahun, sehingga sehingga 31 Mei 2019. Naib Canselornya, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata seluruh warga UUM merakamkan ucapan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan itu. Katanya, pengalaman luas Siti Sa’diah dalam sektor korporat diyakini dapat membantu memacu UUM sebagai universiti pengurusan dan perniagaan terkemuka di rantau ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada bekas Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Samsudin Osman yang berkhidmat selama empat penggal mulai Mei 2006 hingga April lalu.

Sumber: Berita Harian