50 pelajar terima tajaan, biasiswa Maybank

NORA (dua dari kiri) dan Shahril (kiri) beramah mesra bersama pelajar pada majlis penyerahan biasiswa Maybank di Menara Maybank, hari ini. – Foto Saddam Yusoff

KUALA LUMPUR: Seramai 50 pelajar seluruh negara terpilih menerima tajaan dan biasiswa penuh daripada Malayan Banking Bhd (Maybank) membabitkan peruntukkan lebih RM14 juta, tahun ini. Tajaan dan biasiswa yang mengutamakan pelajar daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan itu diberikan untuk mereka meneruskan pengajian di peringkat tinggi sama ada di universiti tempatan mahupun luar negara. Penyerahan biasiswa berkenaan disampaikan Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abdul Manaf bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank, Shahril Azuar Jimin di Menara Maybank, di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian