Pendigitalan pendidikan hapus jurang bandar, luar bandar

Timbalan Menteri Pendidikan

P. KAMALANATH

KUALA LUMPUR 1 Jun- Pendigitalan pendidikan akan menghapuskan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar, terutama dari segi penyediaan akses sama rata kepada pendidikan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.Menurut beliau, pendigitalan pendidikan juga boleh membantu menangani banyak isu berkaitan pendidikan seperti akses kepada pendidikan, jarak dan kemampuan.

Beliau berkata, inisiatif 1BestariNet adalah contoh jelas usaha mendigitalkan pendidikan oleh kerajaan apabila pelajar dan guru disediakan akses kepada Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya.

“Sebagai contoh, SK Ulu Lubai di Sarawak telah mula menggunakan Skype untuk bertukar-tukar idea dengan pakar dari seluruh dunia dalam bertukar-tukar maklumat tentang pendidikan,” kata Kamalanathan kepada pemberita pada sidang akhbar mengenai Sidang Kemuncak dan Ekspo Kepimpinan Bett Asia di sini hari ini.

Acara itu, yang akan diadakan pada 15 dan 16 Nov. tahun ini, akan mengandungi perbincangan dan perbahasan serta menyediakan platform untuk para pempamer mengetengahkan penyelesaian inovatif serta berkongsi trend terkini dalam teknologi pendidikan.

Kamalanathan berkata, walaupun kerajaan mengambil inisiatif untuk menonjolkan kepentingan pendidikan secara digital, keutamaan tambahan perlu diberi kepada sistem pendidikan berasaskan e-pembelajaran kerana ia merupakan kaedah pendidikan masa depan.

“Pendigitalan tidak boleh dipisahkan daripada dasar pendidikan negara kita dan oleh itu, saya berpendapat lebih banyak perlu dilakukan bagi memperkasakan sistem berkenaan,” katanya.- BERNAMA

– Sumber : Utusan online

%d bloggers like this: