Tricky Maths Kira Pantas serlah bakat murid

Johan Abdul Aziz (tengah) bergambar bersama peserta Bengkel Tricky

Johan Abdul Aziz (tengah) bergambar bersama peserta Bengkel Tricky Maths Kira Pantas tahap 2 di Bangi, Selangor, semalam.

BANGI 24 Mei – Pintar dan me­ng­a­­gumkan. Hanya itu kata-kata yang dapat menggambarkan ke­hebatan serta kebijaksanaan pe­lajar menyelesaikan pengiraan Mate­matik dalam program Bengkel Tricky Maths Kira Pantas Tahap 2 di sini.

Dalam tempoh antara lima hingga 10 saat tanpa bantuan sebarang alat, segala soalan sukar dilontarkan oleh pengendali program yang juga pakar perunding Matematik iaitu PLF Coach Hissam Che Daud dapat dijawab dengan tepat oleh keseluruhan pelajar terlibat.

Program anjuran bersama sya­rikat Bijak IT Dot Com, Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Semenyih dan Majlis Guru Besar Daerah Hulu Langat itu diadakan bagi meningkatkan kecerdasan minda dan keyakinan kendiri pelajar dalam mengira Matematik secara pantas.

Penaung program, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, bengkel itu juga dilihat sangat berkesan dalam membendung masalah fo­bia mata pelajaran tersebut da­lam kalangan pelajar.

“Kami bercadang memperluaskan program itu ke semua sekolah di kawasan Semenyih berikutan sambutan diterima ibu bapa amat menggalakkan,” kata­nya ketika ha­dir menutup program Bengkel Tricky Maths dekat sini.

Yang hadir sama, Penasihat 1 Program Tricky Maths merangkap Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Shahrom Samsudin; Penasihat 2 Program Tricky Maths myang juga Yang Dipertua Majlis Guru Besar Hulu Langat, Mohamad Jamil Yahaya dan Pengarah Program Tricky Maths, Dzulkarnain Idris.

Seramai 143 pelajar daripada sekolah rendah dan menengah dari sekitar daerah Semenyih menjayakan program yang berlangsung selama dua hari itu.

Sementara itu, Dzulkarnain berkata, selaras dengan tema ia­itu ‘Rahsia Membongkar Teknik Kiraan Pantas’, program tersebut berupaya memberi persaingan dalam menghadapi cabaran ilmu matematik dengan pantas.

“Selain memupuk kemahiran berfikir secara analitikal dan kritikal, kaedah yang digunakan ini juga dapat menarik minat murid-murid untuk memberi lebih tumpuan semasa di dalam kelas,” katanya sambil memberitahu orang ramai berminat boleh melayari laman sosial facebook: bijak math-semenyih atau meng­hubungi Dzulkarnain di talian 0173011263.

– Sumber : Utusan online

%d bloggers like this: