Program Yeo’s & BH Didik di SK Seremban 2A

ANTARA murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seremban 2A yang menyertai Siri Jelajah Perut Sihat bersama Yeo’s Yeogurt dan BH, hari ini. – Foto Iqmal Haqim Rosman

SEREMBAN: Kira-kira 500 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seremban 2A di sini, menyertai Siri Jelajah Perut Sihat bersama Yeo’s Yeogurt dan BH. Program kerjasama Yeo’s dan BH Didik, itu bertujuan bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan murid bagi menjaga sistem penghadaman setiap hari, supaya kekal sihat dan selesa. Ketua Skuad Renjer Sekolah Yeo’s, Wawarah Saidpudin, berkata sesi interaktif bermula dengan meminta murid membaca isu semasa dalam surat khabar. Katanya, sesi diteruskan dengan menyampaikan tips menjaga kesihatan perut dan kebaikan Yeo’s Yeogurt membantu sistem penghadaman supaya lebih lancar. “Bagi mendapatkan perhatian murid, sesi diselang-selikan dengan Kuiz Siapa Cepat bagi menguji minda dalam memberikan jawapan yang tepat dan pantas mengenai tips yang dikongsi,” katanya selepas Siri Jelajah Perut Sihat bersama Yeo’s Yeogurt dan BH di SK Seremban 2A di sini, hari ini. Program selama sejam itu diakhiri dengan pemberian akhbar BH dan sekotak Yeo’s Yeogurt kepada semua murid Tahun Empat, Lima dan Enam yang menyertai program itu.

Sumber: Berita Harian